Fikir Dulu Sebelum …

by admin on May 24, 2013 · 24 comments

Sebelum kita buat apa-apa perkara, kita kena fikir dulu apa yang kita buat. Jangan dah buat tanpa fikir, baru nak menyesal.

Sebagai contoh. Fikir dulu sebelum BUANG.

Pagi tadi balik dari pasar, kereta depan aku ni, suka-suka dia saja buang sampah melalui tingkap. Macam mana negara kita nak bersih kalau sikap buruk macam tu. Aku rasa nak ambil saja sampah yang dibuang nya lepas tu pecut kejar kereta tu semula campak sampah dekat kereta dia.

Jadi kita jangan lah jadi macam tu ya. Orang macam tu jenis tak sayang bumi kita.

Selain itu, aku bagi contoh “fikir dulu sebelum mengata orang lain”.

Sebelum kita nak mengata orang, sebelum kita nak mengutuk orang lain, sebelum kita sebarkan aib orang lain, fikir dulu. Adakah diri kita ni sudah cukup baik atau perfect? Jika dah perfect atak maksum sangat, hah, pergilah kutuk dan mengata sesuka hati.

Macam diri aku ni, aku tahu orang mengata aku kata over sangat pakai topeng ni. Tapi mulut orang kan, memang susah nak tutup. Aku tak kisah pun orang nak mengata ke apa. Aku tahu diri aku siapa. Orang mengata pun aku buat tak dengar saja kerana masih ada lagi yang sokong aku untuk memakai topeng ni kan.

Yang tengah baca ni sokong tak? He he.

Ok sekarang ni, aku tengah fikir. Nak beli kuda ke tak. Kalau beli kuda, kena ada kandang pula.

Siapa nak sponsor aku seekor kuda siap ada kandangnya. Nak kuda warna coklat ya. Ekor cantik, handsome dan macho.

{ 24 comments… read them below or add one }

Izzuddin Fauzi May 24, 2013 at 3:44 pm

Menyesal dulu pendapatan… Menyesal kemudian tiada berguna… ahahaaa
Izzuddin Fauzi recently posted..Abaikan DiGi WWWOW Award

Reply

admin May 24, 2013 at 8:01 pm

haa kan da keluar peribahasa tu. hhehheh..

Reply

Denaihati May 24, 2013 at 3:59 pm

tak sokong pakai topeng kalau pergi pasar…hee
juga, kuda siap ada kandang mintak sebagai hantaran dari bakal suami nanti yer…heeee
Denaihati recently posted..Kuiz Facebook Astro Kasih – Reef Rescuers ‘7 Days of Sharing’

Reply

admin May 24, 2013 at 8:03 pm

haha tuan.. pakai topeng masa event blogger je…
uih reject nanti bakal suami tahu.. heeee

Reply

hafizrahim May 24, 2013 at 6:48 pm

beli kuda kepang je..tak payah beli kandang..senang sikit nak jaga..hehehe
hafizrahim recently posted..Buat Duit Dengan Affiliate

Reply

admin May 24, 2013 at 8:03 pm

alaa tak ori kuda kepang.. lagi segan nak bawak..heeee

Reply

Mus May 24, 2013 at 8:50 pm

bila diri dikata orang tandanya diri menjadi perhatian orang
Mus recently posted..Gambar Ops Daulat Lahad Datu Untuk DiGi WWWOW Awards 2013

Reply

admin May 24, 2013 at 8:56 pm

maknanye ada orang ambil tahu hal kita kan.. he he

Reply

akubiomed May 24, 2013 at 10:13 pm

Biasalah mulut orang bukan mulu kita boleh ditutup. Apa yang penting topeng tersebut sudah menjadi identiti Datin Tyka.
akubiomed recently posted..Drama king di Acer & Intel “PLAYsure Redefined” Party

Reply

jal May 24, 2013 at 10:44 pm

DT saya rasa mesti org yg buang sampah tu orang indon, mana taknya dulu masa dok sana kejap, buang sampah dari kenderaan tu dah jadi macam kewajipan tak kira lah ada kenderaan lain kat belakang ataupon tak sesuka hati jer deme, selalu gak kat kl ni nampak perangai orang macam tu nak buat mcm mana kalau marah bukannya nak dengar so kita ni lah kena jadi org baik sikit tolong kutipkan dan buang heheh,.
jal recently posted..Movie Review : Fast and Furious 6

Reply

JomJalan May 24, 2013 at 11:02 pm

Kuda? Kena kahwin dengan tauke restoran dulu lah.

p/s Dulu masa di Johor, saya kenal satu tauke restoran ikan patin yang ada kuda utk anak2 dia masuk equastrian. Dia letak kat KL. Bila cuti, satu family pergi KL, ramai2 naik kuda. Dengar je dah syok!

Reply

Khairul Zamri May 24, 2013 at 11:12 pm

biasalah tu nak senang main lempar je bukan nak fikir dulu
Khairul Zamri recently posted..Siap Hardcover Thesis

Reply

Faizal Fredley May 25, 2013 at 12:09 am

satu lagi kena fikir dulu sebelum buat apa2 status kat facebook..ehhehe
Faizal Fredley recently posted..Bila Lelaki Datang Bulan

Reply

admin May 25, 2013 at 12:18 am

haa ini betul .. selalu ramai terbabas post status termasuk la DT ni

Reply

titan May 25, 2013 at 12:50 am

beli kuda? sila abaikan.
titan recently posted..7 Tips Mengurangkan Peratusan Bounce Rate.

Reply

BUNDA May 25, 2013 at 1:17 am

assalamualaikum,
salam ukhuwah dari bunda
BUNDA recently posted..Kudis Buta…Scabies

Reply

munir ardi May 25, 2013 at 7:29 am

emmang sepatutnya apapun sebelum kita melakukan sesuatu mesti kena pikir dulu
munir ardi recently posted..Hasil Akhir Result Show X-Factor Indonesia Season Pertama Fatin jadi Juara

Reply

TehR May 25, 2013 at 1:15 pm

orang yang lemah jiwa memang macam tu
mengata dulang paku serpih
TehR recently posted..Aksi Si Pencuri

Reply

kodinz May 25, 2013 at 4:13 pm

Pakai topeng? Baru unik. Lain dari yang lain kata orang :) kodinz recently posted..4 Langkah Asas Buat Duit Dengan Affiliate

Reply

ProfHariz May 25, 2013 at 9:28 pm

Apa nak buat. teruskan asalkan tidak melanggar hukum Allah.

Mulut orang? Abaikan…
ProfHariz recently posted..Aku Usaha Aku Yakin Aku Berjaya !

Reply

blackrosehunter May 27, 2013 at 8:57 am

sikap orang kita..tak leh wt apa..tegur pun tak boleh..beli kuda??susah nak jumpa yang hensem tu..haha
blackrosehunter recently posted..BYOB : Bring Your Own Bottle

Reply

eiela May 27, 2013 at 6:55 pm

buat apa beli kuda. pelik nih
eiela recently posted..Tips Menghilangkan Lebam Bawah Mata

Reply

Hafizul June 6, 2013 at 11:07 am

Entah kadang2 saya pun suka buang tanpa berfikir..emmm menyesal..memang menyesal..
Hafizul recently posted..Pendapatan Ke 15 Dari Jobdirumah

Reply

Leny June 13, 2013 at 3:16 pm

bukan hanya dalam melakukan hal besar kita harus berfikir dulu, dalam melakukan hal sepele pun kita mesti berpikir dulu
Leny recently posted..Bedah dan hernia nucleus pulposus (HNP)

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

Previous post:

Next post: