Alhamdulillah ini kali pertama aku dapat join event anjuran Denaihati. Sebelum ni memang ada niat nak join tapi disebabkan ada komitmen dengan belajar.
Ok sambung cerita.
Pada mula nya aku bercadang untuk memandu sendiri ke tempat seminar iaitu di Petaling Jaya. Entah kenapa tulang belakang aku sakit secara tiba-tiba, maka my dad tolong hantarkan. Aku tahu my dad suka ke Petaling Jaya sebab geng-geng dia ada di sana.
Bila dah sampai, orang pertama aku tegur dan berborak adalah Ejam. Masa tu aku belum pakai ala zorro lagi. Mood zorro belum sampai lagi. Kemudian, kak Kujie pun datang tempat kami dan berborak kosong.
Dalam 8.30 pagi, kena beratur untuk pendaftaran. Masa beratur tu, masih ada yang tak kenal aku. ok tak apa-tak apa.
Bila aku sarung je topeng dan topi, maka aku ada dengar “lah, Datin Tyka ke?”. Orang pertama yang ambil gambar aku adalah kak gegel.
Dah masuk saja dalam dewan, maka aku nampak flash merata-rata dan tuju pada aku. Haa! Macam artis sekejap. Terima kasih kepada yang ambil gambar aku.
Dalam seminar tersebut, banyak aku dapat ilmu walaupun aku pernah dengar tips dari mereka. Cuma aku tak praktikan saja. Mungkin lepas ni aku akan lebih fokus dan ikut tips-tips dari mereka.
Ada kata kalau aku berani kekalkan trademark aku sebagai Zorro, pergi ke mana-mana event blogger dengan memakai seperti zorro, pasti boleh menjana juga. InsyaAllah akan cuba sebaik mungkin lepas ni.
Nanti aku buat entri tentang tips tu pula ya. Sekarang aku fokus nak cerita tentang aku ketika berada di seminar tersebut.
Ok sambung, dalam seminar ni ada cabutan bertuah. Hadiah paling menarik ada ipad mini, samsung galaxy s4, s3 mini, corby tapi semua ni aku tak dapat. Yang aku bertuah dapat sambal kentang. Tak kisah lah dapat apa, janji aku bertuah pada hari tu.
Dah selesai semua acara, maka bersurai lah. Masa aku nak kemas-kemas barang aku, ada yang nak bergambar dengan aku. Bila dah kemas, aku nak keluar, ada lagi nak bergambar dengan aku.
Bila aku nak keluar ni? My dad dah sampai kat depan tu. Terpaksa call my dad suruh tunggu sekejap.
Dalam 15 minit ke 20 minit juga aku bergambar. Ada geng blogger suka bergambar kat belakang tu, tapi aku tak join mereka. Kan aku cakap, aku tak suka bergambar. Aku hanya akan bergambar pada orang nak ambil gambar dengan aku. Tak baik menolak kan. He he.
Ni saja aku nak review tentang seminar buat duit dengan blog. Cuma aku belum kongsi ilmu apa yang aku dapat je kan. Ok nanti aku cerita, sekarang nak tidur sebab esok kerja. Maklum lah, dah bekerja kan sekarang.
*Maaf entri ni tak bergambar, tak tahu nak letak gambar apa sebab aku tak ambil gambar pun. Kodak habis.
Tulis dengan jiwa ni bak kata titan
{ 36 comments… read them below or add one }
glamornyee..jadi artis la kan kat situ
Blog Sensasi recently posted..Pelajar tingkatan lima dirogol bergilir-gilir oleh lelaki dikenali
DT jadi tumpuan masa seminar tu kot…mana ada yg pakai ala2 zorro dalam dewan tu…DT sorang je…heee~
Ezad Skytech recently posted..Burger King RM1.88
Bagus trendmark zorro tuh~ senang nak kenal~ huhu~
Akuro San recently posted..Persiapan Untuk Seminar Buat Duit Dengan Blog
Ramai la yang tulis dengan jiwa lepas nie.
hatiputera recently posted..Keputusan Johor Darul Takzim vs Kelantan
ngan topeng zorro tu, sapa x kenal DT! hehehe
JMR recently posted..Ilmu tak terkalah di Seminar Buat Duit dengan Blog 2013 anjuran DenaiHati Network
bila pakai topeng baru kenal.. sebelum tu ramai yang tak kenal
Branding yang bagus DT GreenLava recently posted..Recent Posts Image Gallery For Blogger
insyaAllah akan kekalkan selamanya
Topeng zorro tu trademark =)
Izzat Eshak recently posted..Perbezaan Preview dan Review
tahniah DT. dengan topeng Zorro ramai yang boleh kenal & cam DT.
memang ala2 retis la DT hari tu..nice to meet you ciklaili.com recently posted..Name Card Blogger #SBDdB13
hehe terima kasih… sebenarnya malu juga pakai topeng.. heee tapi belasah je la..
lepas ni shopping pun kena pakai topeng….tahniah dan terima kasih dengan sokongan hebat ni.
hehehehe agreed
zuan recently posted..Aku Spoiler! Kisah di The Loaf
mesti dapat diskaun nnti..cubalah =)
hafizmd recently posted..Kejohanan Badminton Berpasukan Piala Sudirman 2013
cadangan DH yang power tu…haha….
dzuandiey recently posted..Tips Untuk Gatal Kulit Kepala Dan Kelemumur
Rasanya DT sahaja blogger tunggal yang mempunyai trademark bertopeng..tak tahu la kot ada blogger lain yg bercirikan topeng jugak..
Hairul Azni recently posted..Komisen Pertama Dari Program Job Di Rumah
mana cerita pasal budak lelaki macho duduk sebelah DN??????
zuan recently posted..Aku Spoiler! Kisah di The Loaf
DT ada trademark sendiri. Cayalah ^_^
fyna recently posted..Tips Blogging Terbaik : Berapa Jumlah Entri Yang Sesuai Untuk Sehari?
Gegirl memang the best dan berani. Akak salute cara gegirl..keep it up gurl
AkmaOmar recently posted..Ego Lelaki Kacak Yang Tak Terkalah
Terbaiklah DT! Mana ada yg seberani DT. Moga makin sukses lepas ni..
hafizmd recently posted..Kejohanan Badminton Berpasukan Piala Sudirman 2013
huh menang bergayalah auc recently posted..Dari Volt ke Sahifa
terkejut ttibe disapa oleh Zorro.nasib baik tak hulur pedang kat tengkuk mintak button badge..hahahahaa
reezluv recently posted..Seminar Buat Duit Dengan Blog Vs Karipap Mini Part 3
gua tak berani datang dekat. takuttt..
titan recently posted..Lelaki kacak kena cukup tidur.
elehhh.. nak bergambar dengan cikgu titan, den malu… heeee
Gua kenal rupa lu yang sebenar
Akulahpaklan recently posted..Kenangan Lama IV
dasyat zorro datang dari jauh tu..
Melastik Bintang Yang Hensem recently posted..Terima Kasih Huggies
Blogger kalau ada trademark meamng mudah dikenali + boleh jana income jugak ;D
Myra jay recently posted..Susu Kambing Segar (Nubians Goat Milk) – kena dengan selera tekak
Kemain lagi yek…kat dewan menikus hahaha…
trademark tahap super dah ni..hehe…anyway, satu penjenamaan yang agak unik.. dzuandiey recently posted..Minum Air Suami Untuk Kekal Sihat
nasib baik DT perkenalkan diri dulu waktu jumpa ejam tu kalau tak blur kejap…hehe
ejam recently posted..Ada Zorro Di #SBDDB13
aku dan bro azrin (akubiomed) tegur DT time beratur kan…tak ingat lah tu…
wandisini recently posted..[Video] Seronokkah Seminar Buat Duit Dengan Denaihati?
Imej tersendiri. Teruskan dengan penampilan macam tu DT.
ProfHariz recently posted..Aku Usaha Aku Yakin Aku Berjaya !
mesti sedapkan sambal kentang tuh hehe garajku recently posted..Novel Aura Cinta – Aina Emir
jom bt duit dgn mudah di sini http://www.duitraya.cc/norish
ditunggu ya sharingnya
Leny recently posted..Bedah dan hernia nucleus pulposus (HNP)
utk buat duit melalui blog bukan smudah yg kite sangka.terlalu byk kerja yg kite perlu lakukan.bukan setakat buat blog kite sudah menjana pendapatan malahan ianya lebih dr itu.utk buat duit melalui blog kite harus mempuyai sifat tidak berputus asa.kata org putih don’t easy to give up when you challenge facing you.kental jiwa and then barula boleh berjaya.