Datin Zorro

by admin on May 15, 2013 · 7 comments

Semalam masa Istiadat Konvokesyen, kami duduk ikut susunan nama dan aku tak kenal belah kiri kanan aku kerana mereka dari kampus lain. Kalau yang kenal ada duduk depan belakang aku, tapi susah lah nak borak.

Kawan tu panggil aku Datin, kawan belakang pula panggil aku zorro. Ramah pula sebelah kanan kiri dan bertanya, “eh datin ke”.

Tergelak juga aku masa tu, lalu aku pun menjawab “kalau Datin, penuh dah tangan ni dengan gelang emas berlian.He he. Tak ada lah, nama panggilan Facebook saja.”

Nasib baik tak ada tanya kenapa Zorro. Kalau tanya, aku suruh saja baca dekat blog aku ni.

Oh ya, ada beberapa blogger menyarankan supaya aku pakai ala Zorro pada Seminar Buat Duit Dengan Blog pada Ahad ni supaya kekalkan trademark aku.

Dulu masa aku pakai ala Zorro tu, aku dapat hadiah cabutan bertuah periuk nasi. Mungkin kali ni, aku boleh dapat S4? Ipad Mini? Trip ke Kemboja?

Tunggu mimpi malam Sabtu nanti, kalau nampak ala ala Zorro dalam mimpi tu, aku pakai pakaian Zorro pada Ahad ni.

 

 

{ 7 comments… read them below or add one }

titan May 16, 2013 at 8:00 am

hang pi sana nanti..pakai la topeng zoro tu. senang nak kenal. haha..
titan recently posted..8 sebab korang kena pergi Seminar Buat duit dengan blog

Reply

Hazmin Hamudin May 16, 2013 at 11:57 am

Memang gempak habis la kalau pergi pakai topeng zorro tu. Haha
Hazmin Hamudin recently posted..Selamat Hari Guru 2013

Reply

Hafizul May 16, 2013 at 1:43 pm

satu trademark yang hebat kalau DT berpakaian mcm tu ke majlis tu..dari jauh dah kenal dah..hehe
Hafizul recently posted..Warkah Berlagu Pilu

Reply

Myra Jay May 16, 2013 at 2:44 pm

A’a DT, rasanya kena pakai ala2 Zorro, senang nak cam :) Myra Jay recently posted..SBDDB – Kita hanya Merancang

Reply

hafizmd May 16, 2013 at 3:27 pm

Ini kalau betul2 pakai ala2 zorro, mmg gempak habis satu malaysia!

paling jadi, pakai topeng zorro jadilah =)

p/s-baru tau budak2 sebelah kiri kanan tu..terkejut agaknye?
hafizmd recently posted..Speechless Thursday #6 Entri Super Thursday!

Reply

BeritaKaki May 18, 2013 at 12:41 am

datin nak pakai mask zorro ni ? whoaaa…mesti ramai kenal datin dari jauh..hehe
BeritaKaki recently posted..JAIS Sahkan Shahz Jaszle Ditangkap Khalwat

Reply

Ezad Skytech May 21, 2013 at 1:28 am

mmg senang nak kenal DT kalau pakai ala2 zorro ni..hee~
Ezad Skytech recently posted..Burger King RM1.88

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

Previous post:

Next post: