Kelebihan Bulan Rejab

by admin on May 9, 2013 · 21 comments

Memandangkan bulan Rejab dalam beberapa hari lagi, aku akan kongsi kelebihan bulan Rejab ni.

Beberapa hadis Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:

1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.

7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.

8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).

9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.

10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:

a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.

b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.

c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.

MasyaAllah kelebihannya sangat-sangat membuat diri ini mengejar untuk di akhirat nanti.

Pakcik (adik bapak) aku selalu puasa penuh dari bulan Rejab, Sya’aban dan Ramadhan. Belum kuat diri ini untuk puasa penuh kerana datang bulan. He he.

SUMBER

{ 21 comments… read them below or add one }

Hit seo May 10, 2013 at 1:47 am

bulan yang dinanti2..

Reply

admin May 11, 2013 at 10:32 am

betul tu.. lagi satu tidak sabar untuk menunggu bulan Ramadhan

Reply

onlajer May 10, 2013 at 3:38 pm

Alhamdulilah rejab sudah datang
onlajer recently posted..Doa Bulan Rejab

Reply

admin May 11, 2013 at 10:33 am

alhamdulillah sudah masuk hari ini…

Reply

Khairul Zamri May 10, 2013 at 6:15 pm

Jom sama-sama kita tingkatkan amal di bulan ini :) Khairul Zamri recently posted..Internship Offer

Reply

admin May 11, 2013 at 10:33 am

jom2 bulan ini dan seterusnya

Reply

hafizmd May 10, 2013 at 6:26 pm

Alhamdulillah. Sama2 kita usaha diri utk tingkatkan amal dan kurangkan kontroversi :P

thanks DT berkongsi
hafizmd recently posted..Jom Audit Diri!

Reply

admin May 11, 2013 at 10:34 am

datin memang banyak sangat kontroversi.. he hee

Reply

titan May 10, 2013 at 8:26 pm

mesti ramai orang tak tahu kan.
titan recently posted..Baru keluar hutan.

Reply

admin May 11, 2013 at 10:34 am

ramai tahu tapi buat endah tak endah je

Reply

BeritaKaki May 11, 2013 at 12:51 am

AllahuRabbi..begitu banyak kebaikannya ..
BeritaKaki recently posted..Suami Isteri Blogger, Bahagiakah ?

Reply

admin May 11, 2013 at 10:35 am

benar tu.. banyak rahsia Allah yang beri ganjaran kepada manusia yang kita tidak tahu

Reply

blackrosehunter May 11, 2013 at 2:44 am

3 bulan ni amat besar pahalanya untuk kita kalau banyak buat amalan..
blackrosehunter recently posted..Polis Dubai dengan Kereta Mewah

Reply

admin May 11, 2013 at 10:35 am

benar tu… sama2 kita mengejar pahala

Reply

Ladfe Amir May 11, 2013 at 2:07 pm

hadis palsu.

kita dilarang keras menyebarkan hadis palsu. ia berdusta terang-terangan atas nama Nabi s.aw.

melakukan amal ibadah bukan kerana mengejar pahala atau ganjaran tetapi kerana ikhlas kerana Allah Taala.

banyak lagi amal ibadah seharian yang boleh kita lakukan setiap masa dan hari jika kita ingin melakukan kebaikan
Ladfe Amir recently posted..Kelebihan Dan Fadhilat Serta Keistimewaan Bulan Rejab

Reply

admin May 11, 2013 at 3:49 pm

nanti DT akan tanye imam besar masjid Shah Alam tentang kelebihan bulan rejab ini iaitu ustaz mustafa.. kerana ustaz mustafa ada beritahu tentang hadith bulan Rejab seperti mana DT tulis ini

Reply

Ladfe Amir May 11, 2013 at 7:29 pm

Kena tanya juga pada pakar hadis. Kalau Ustaz Mustafa tu ada kepakaran dalam bidang hadis sepatutnya beliau tahu.

Kalau kat Selangor, Ustaz Adlan yg mengajar di Bangi salah seorang Ustaz yang ada tauliah mengajar Hadis.

Bukan semua Ustaz tahu bab masalah hadis kecuali mereka memang betul2 pernah belajar pengajian Hadis
Ladfe Amir recently posted..Jangan Sebarkan Hadis Palsu Dan Hadis Dhoif

Reply

zura rahman May 12, 2013 at 8:55 am

Selamat datang bulan rejab.sama2 kita penuhkan bulan ni dgn amalan2 yang lbh baik.tq kongsi info bkenaan bulan rejab ni.Amin!!!

Reply

Hafizul May 12, 2013 at 4:13 pm

Sama-samalah kita berusaha untuk dapatkan pahala bukan pada bulan2 tertentu sahaja..hehe
Hafizul recently posted..Kite Buatkan Untuk Mak

Reply

helmy May 13, 2013 at 2:27 am

Anda bnyk menulis berpandukan hadis daif.Bahaya.makruh memuliakan bulan Rejab sahaja.rujuk lah pada ulama&ustaz dahulu sebelum menyiarkan :lol:

Reply

Melastik Bintang Yang Hensem May 15, 2013 at 10:35 am

banyak kelebihan sebenarnya.. cuma kita sebagai manusia perlu pandai ambil peluang untuk dapat pahal dalam bulan rejab..
Melastik Bintang Yang Hensem recently posted..Wordless Wednesday – Keindahan

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

Previous post:

Next post: