Dilamun Cinta

by admin on May 7, 2013 · 18 comments

Siapa yang dah kahwin tu, mesti dah pernah merasai dilamun cinta kan.

Minggu lepas aku kena serang demam denggi, kali ni aku diserang penyakit dilamun cinta. Itu lah kata-kata dari kawan aku petang tadi.

Pagi tadi aku ambil jubah konvo dimana aku akan berkonvo pada minggu depan. Siapa pergi seminar buat duit dengan blog jangan lupa bagi hadiah dekat aku ya. He he.

Setelah selesai ambil jubah, terus aku ke Seoul Garden di Setia City Mall dengan kawan baik aku. Dah lama aku mengidam Seoul Garden.

Sampai di Seoul Garden dalam jam 11.30 pagi dan kami keluar dari restoren itu pada jam 3 petang. Lama kan aku makan. Sebenarnya, tak ada lah makan sangat pun, malah kami berdua banyak berborak.

Dalam perbualan kami tu, banyak aku cerita dengan kawan aku tentang Mr. Secret Admire (MSA). Kawan aku ni kenal rapat dengan MSA. Banyak aku minta tolong dengannya sebagai contoh, kirim salam. Kirim salam rindu.

Tadi di Seoul Garden, aku dah berangan kalau kahwin dengan MSA, siapa menjadi pengapitnya. Best juga berangan ni sampai daging aku hangus.

Last-last, kawan aku cakap “dilamun cinta ni, cepat-cepat lah berkenalan dan luahkan”. Aku terdiam, sebab aku perempuan. Boleh ke aku luahkan perasaan?

Nanti kata syok sendiri. Apa pendapat anda, perlukah aku berterus terang dengan MSA bahawa aku suka pada dia?

 

{ 18 comments… read them below or add one }

akubiomed May 8, 2013 at 12:10 am

Siapakah kumbang bertuah kerana hatinya telah dicuri oleh anak dara. :-) akubiomed recently posted..Keputusan PRU13 sudah, Apa selepas ini?

Reply

halif May 8, 2013 at 12:59 am

Yuhuuuu…sudah berada diawang-awangan kah?
halif recently posted..Konsep Setia dan Taat di PRU 13

Reply

AkmaOmar May 8, 2013 at 2:40 am

Luahkan aje gegirl..kalau tak melepas nanti hehe
AkmaOmar recently posted..PRU13 Saya Sayang Malaysia, Anda Bagaimana?

Reply

hafizmd May 8, 2013 at 5:25 pm

haaah..sis AO dah beri idea tu..

bersedia jer terima apa jer respons…hehe
hafizmd recently posted..Sir Alex Ferguson Bersara!

Reply

hafizrahim May 8, 2013 at 9:28 am

Takde hal pnye..sekarang perempuan pun boleh cari lelaki..hehe
hafizrahim recently posted..Jom Belajar Buat Duit Dengan Blog

Reply

Akuro San May 8, 2013 at 11:09 am

no komen. lihat pada karektor lelaki tersebut bagaimana. klu lelaki yg open minded, dia tak kisah dgn perempuan yg berterus terang. tapi kalau lelaki yg tak open minded, silap-silap dia ‘cop’ kita perempuan murahan kalau berterus terang~ huhu~ 8) Akuro San recently posted..Wordless Wed – Bila Blogger Jadi Maid

Reply

hafizmd May 8, 2013 at 5:25 pm

ada benornye yer…
hafizmd recently posted..Wordless Wednesday #37 Permainan Uji Minda Prof. Fizzwizzle

Reply

Melastik Bintang Yang Hensem May 8, 2013 at 11:36 am

haha… dalam hati sudah ada taman ka DT….
Melastik Bintang Yang Hensem recently posted..Adakah Blog Anda Di Indeks Google

Reply

eiela May 8, 2013 at 2:19 pm

dilamun cinta ek. saya setuju dgn komen akuro san.
eiela recently posted..Nombor 206 Pukul 4.00am

Reply

Denaihati May 8, 2013 at 3:15 pm

terbaiklah kalau dapat berterus terang, mesti malu-malu rasanyalah, kias-kias dulu…heee

Reply

hafizmd May 8, 2013 at 5:26 pm

boleh hantar2 biskut dulu ke..hehe
hafizmd recently posted..Wordless Wednesday #37 Permainan Uji Minda Prof. Fizzwizzle

Reply

staibaqhang May 8, 2013 at 3:29 pm

teruskan usaha… mesti mengena… kias2.. risik2.. nyatakan perasaan… insyallah berjaya
staibaqhang recently posted..Sometimes when your day come so suck!! (Kisah Benar)

Reply

hafizmd May 8, 2013 at 5:27 pm

Ada byk dah idea kat atas tu..

Ambe tak reti bab2 hati ni..huhu
hafizmd recently posted..Sir Alex Ferguson Bersara!

Reply

KiD May 8, 2013 at 11:59 pm

haaaaa… lepas ni nak ke seoul garden kat situ lah… aritu gi festival mall je
KiD recently posted..Wordless Wednesday | Anak Murid Cina

Reply

Hazmin Hamudin May 9, 2013 at 7:30 am

Ala.. Sekarang ni dah tak payah nak tunggu kumbang ke apa. Slumber je. haha
Hazmin Hamudin recently posted..Selamat Tinggal Sir Alex Ferguson

Reply

titan May 10, 2013 at 8:08 pm

tak rugi bagitau. bukan kena belanja cendol pun.
titan recently posted..Baru keluar hutan.

Reply

Khairul Zamri May 11, 2013 at 8:16 pm

jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama dia kawin dulu. hiks
Khairul Zamri recently posted..Bulan Rejab 1434H – Tingkatkan amalan kita

Reply

Hafizul May 12, 2013 at 4:16 pm

Ha cepat2 kawin..hehe
Hafizul recently posted..Kite Buatkan Untuk Mak

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

Previous post:

Next post: