Bermadu Ke?

by admin on May 1, 2013 · 27 comments

Baru berkesempatan untuk buka blog sendiri. Demam yang agak teruk kali ini. Bila jumpa doktor, katanya suspek “Denggi”. Allahurabbi. Tapi sempat cakap dekat doktor, “dah lama saya tak kena gigit nyamuk ni doktor”. Doktor kata, mungkin aku tak perasan.

Entah, bila aku kena gigit pun tak tahu. Apabila doktor kata “suspek denggi”, terus aku minum air kelapa, sup ketam, dan air jambu. Pernah kena demam denggi kan, jadi dah pengalaman dan tahu nak buat apa. Janji jangan masuk hospital.

Ubat demam denggi ni senang saja, minum air banyak-banyak. Itu sahaja. Alhamdulillah sekarang badan aku dah naik ruam, dah nak baik lah ni.

Berbalik kepada tajuk ini, semasa aku mendapat rawatan doktor di DEMC, dalam masa yang sama anak angkat mak pun masuk hospital akibat batu karang yang dah bernanah. Macam itu lah bunyi nya. Aku pun melawat sambil duduk atas kerusi roda. Tak larat nak berjalan, masih dalam keadaan demam panas.

Nama pesakit tu Faris, Faris ni panggil mak aku “emak”, aku pula panggil mak Faris tu “ibu”. Masa tu doktor pun datang nak tengok keadaan pesakit. Doktor tu pun hairan sebab ada panggilan “mak” dan “ibu”. Akhirnya doktor berani bertanya “bermadu ke?”. Aku yang demam ni dan Faris yang sakit tu pun boleh gelak.

Yang penting doktor tu handsome, sempat pesan kat aku “get well soon”. Rasa macam terus baik demam ni. He he.

Selamat hari bekerja semua.

{ 27 comments… read them below or add one }

Puan Bardboo May 1, 2013 at 4:41 pm

hihihi…amboi2..tengah sakit pun sempat lagi tengok doktor hensem ye
Puan Bardboo recently posted..Contest Review Blog Paling Popular

Reply

admin May 1, 2013 at 5:17 pm

mata sihat lagi.. heeee

Reply

Hazmin Hamudin May 1, 2013 at 4:52 pm

Hehe.. Slumber je doctor sound bermadu ye.
Hazmin Hamudin recently posted..Selamat Hari Pekerja 2013

Reply

admin May 1, 2013 at 5:18 pm

ha tu la.. mungkin dia tak boleh nak pendam.. hahaha

Reply

Denaihati May 1, 2013 at 8:55 pm

konpom demam ni, “hari bekerja”…patutnya “hari pekerja”…hee. semoga cepat semboh yer.

Reply

admin May 1, 2013 at 9:50 pm

terima kasih tuan.. tu la, tatabahasa pon dah out da..

Reply

KiD May 1, 2013 at 10:17 pm

ohhooo… kena minum air banyak2 yea kalau denggi.
KiD recently posted..Blogger Masa Muda

Reply

admin May 1, 2013 at 10:22 pm

yup betul tu kid.. minum air banyak2.. same je masuk hospital masuk air.. tu je…

Reply

fiezaradzi May 2, 2013 at 1:12 pm

oo.. bukan yg masuk air tu de mineral lain kan? ye ke?
fiezaradzi recently posted..Pilihan Raya Umum PRU 13

Reply

admin May 3, 2013 at 3:03 pm

same je dengan air 100 plus tu…

Reply

Faizal Fredley May 1, 2013 at 10:37 pm

hahahah..sempat lagi usha doktor tu yer….ahahha..anyway get well soon…
Faizal Fredley recently posted..Alhamdulillah Rezeki Blogger Suam-Suam Kuku

Reply

admin May 3, 2013 at 4:53 pm

badan demam, mata je tak demam.. hahaa

Reply

padin May 1, 2013 at 10:51 pm

uh-oh moga cepat sembuh…
padin recently posted..Ekspedisi Gunung Arong

Reply

titan May 1, 2013 at 11:33 pm

sila jumpa doktor tu hari-hari. nescaya sembuh cepat.
titan recently posted..Gadis bertudung hijau tak terkalah.

Reply

fiezaradzi May 2, 2013 at 1:13 pm

pastikan dulu, doktor tu dah kawen ke belum.. kang tambah demam pulak..
fiezaradzi recently posted..Pilihan Raya Umum PRU 13

Reply

Ezad Skytech May 2, 2013 at 12:10 am

selamber je doc tu tanya ye…haha~
Ezad Skytech recently posted..Wordless Wednesday #70 | Habiskan Cuti Di Sungai Congkak

Reply

mohdazahar May 2, 2013 at 12:12 am

semoga cepat sembuh, minum air byk2
mohdazahar recently posted..Gambar Maria Farida Liuk Lentuk Badannya Di Gym

Reply

munir ardi May 2, 2013 at 6:16 am

Dah sembuh kan Sobat semoga selalu sehat dan bisa update terus blognya
munir ardi recently posted..Hasil Akhir Semifinal 2 leg 2 Liga Champion 2013 Barcelona Vs Bayern Munchen 0-3 Tragis

Reply

Khairul Zamri May 2, 2013 at 11:57 am

wah wah wah doktor hensem terus baik demamnya pasni kena buat-buat sakit laa nak jumpa doktor slalu haha
Khairul Zamri recently posted..CloudFlare activated on my blog

Reply

fiezaradzi May 2, 2013 at 1:16 pm

moga cepat sembuh.. doktor tu ramah tak? kalau hensem tapi senyap je, tak cepat juga baik.. hehee

de setengah orang nak sakit lagi, boleh jumpa doktor ‘hensem’ tu selalu..hahaa
fiezaradzi recently posted..Pilihan Raya Umum PRU 13

Reply

hafizmd May 2, 2013 at 1:55 pm

‘get well soon’ cewah…

sempat lagi tu..hahaha

pe2pun, ambe ulang balik cakap doc tu, moga cepat sembuh=)
hafizmd recently posted..10 Blog Melayu Terbaik Edisi ‘Tepung Kena Ragi’

Reply

staibaqhang May 2, 2013 at 3:38 pm

get well soon… tapi saya bukan dr yang ensem itu…wakakaa
staibaqhang recently posted..Apa itu Photojurnalism?

Reply

onlajer May 2, 2013 at 4:00 pm

macam mana pulak boleh kena denggi nih!
onlajer recently posted..Doa naik Kenderaan

Reply

Melastik Bintang May 3, 2013 at 4:12 pm

haha dah agak dah mesti tengok doktor punya..
Melastik Bintang recently posted..At-Tijarah – Produk Makanan Timur Tengah

Reply

AkmaOmar May 8, 2013 at 2:45 am

Doktor blur dah…anyway be carefull gegirl..kalau sekali kena denggi ni senang menyerang balik..anakbuah saya kena gak..asal demam je suspek denggi..

Selalu orang buat sup ketam utk kebah denggi ni, yang sebenarnya paling mujarab rebus ketam semata2, air tu minum tanpa pak aji nomoto, garam bagai..hanyir tapi elok :) AkmaOmar recently posted..PRU13 Saya Sayang Malaysia, Anda Bagaimana?

Reply

eiela May 8, 2013 at 2:10 pm

haha kelakar jugak nih Dr hensem berpesan terus rasa nak baik demam ek. hehe
eiela recently posted..Nombor 206 Pukul 4.00am

Reply

Tips Isteri Power May 10, 2013 at 12:50 pm

Kepada semua blogger kat luar… contohilah post nie.
.. walaupun simple.. tapi berisi…
Tips Isteri Power recently posted..Tips Isteri Power

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

Previous post:

Next post: