Bad Mood

by admin on April 23, 2013 · 13 comments

Bangun pagi-pagi aku dah fikir positif supaya aku akan jadi seorang positif.

Akan tetapi, lepas aku sarapan, memang tak sedap hati. Rupanya ada perkara buruk yang akan berlaku.

J-Lo kena belasah

Rupa-rupanya kucing aku kena belasah. Siapa buat biarlah aku dan Allah sahaja tahu. Nasib baik aku sempat tengok apa yang terjadi. Kalau terlambat sikit, kucing aku dah kena buang dengan orang tu. Dah siap-siap nak masuk dalam guni untuk dibuang.

Kuasa Allah, hati aku terdetik nak tengok kucing. Terlintas aku nampak orang tu keluar dari rumah aku sambil berlari. Kucing aku yang lain nampak takut. Pasti ada sesuatu yang terjadi.

Aku buka pintu, terlihat tempat kasut aku terbalik, surat khabar pon terbalik. Aku terus keluar ke pagar, melihat orang tu tengah pegang kucing aku sambil nak masuk dalam guni. Aku ada lihat darah di mulut kucing aku.

Perasaan aku masa tu, hanya Allah sahaja tahu.

Terus aku bad mood, tak ada hati nak main candy crush. Apa tah lagi nak blogwalking. Sedih !

Lepas ni nak bela harimau pula la. He he.

Datin Tyka : Walaupun kucing aku bersalah, tetapi jangan seksa kucing macam tu. Aku sanggup kena belasah dari kucing aku. Kucing tak ada akal kot!!!!!!

{ 13 comments… read them below or add one }

ejam April 23, 2013 at 9:13 pm

halau kucing tu elok2 tak boleh ker?
nak juga belasah kucing tu apahal, saper yang tak berakal sebenarnya ni..
oppss ter-emo plak kat blog DT.
semoga terbukalah hati insan tu nak menyayangi kucing :) ejam recently posted..Sayang Nak Lepas Kenapa.

Reply

Khairul Zamri April 23, 2013 at 9:33 pm

manusia mana yg tak perikemanusiaan tu belasah kucing. geram lak tgk bagi sebijik jugak org camtu… kesian kucing tu. Sabar yea
Khairul Zamri recently posted..Cara undi kita dikesan semasa pilihanraya

Reply

admin April 25, 2013 at 12:11 am

masa tengok tu, orang tu tengah tekan kucing tu ke lantai.. kucing DT dah ngiau kuat sangat… Ya Allah, memang sebak tengok semalam

Reply

BeritaKaki April 23, 2013 at 10:08 pm

alamak berdarah ..hmmm …
BeritaKaki recently posted..AFC CUP : Keputusan Maziya SC vs Kelantan

Reply

MK Kimi April 23, 2013 at 10:42 pm

dgn binatang pon sampai nak belasah berdarah mcm tu…takde hati perut punya org!
MK Kimi recently posted..Lagi Gajet Baru, Asus A45VD

Reply

titan April 23, 2013 at 11:04 pm

siapalah orang jahat itu.
titan recently posted..Jobdirumah Payment – Kali ke 30

Reply

Denaihati April 24, 2013 at 7:53 am

kejam lah manusia tu. dah boleh buat report polis…
Denaihati recently posted..Blog Bardboo Kisah Wanita dan Keluarga

Reply

staibaqhang April 24, 2013 at 10:38 am

belasah binatang kesayangan nabi. kat sana nanti jawab la…
staibaqhang recently posted..street photography with fuji X-E1

Reply

hafizmd April 24, 2013 at 10:40 am

kucing mmg takde akal, jadi org yg belasah kucing tu mmg sah tak guna akal..baik buang dia dalam tong!

moga2 dia baca entri ni dan insaf!

geram ambe!
hafizmd recently posted..Wordless Wednesday #36 Ini Kalilah…

Reply

azman April 24, 2013 at 3:49 pm

Memang tak berhati perut langsung,sepatutnya halau elok2 la…
azman recently posted..Dia Jeling-Jeling

Reply

Melastik Bintang Yang Hensem April 24, 2013 at 4:01 pm

haha…. ini pasti orang tu kemaruk tengok wrestling.. orang tak dapat..kucing pun jadilah…
Melastik Bintang Yang Hensem recently posted..Tagline Blog Melastik Bintang

Reply

Hairul Azni April 24, 2013 at 11:51 pm

Belasah dia sampai berdarah mulut pulak la..tak pun suruh kucing tu ramai2 cakor dia..
Hairul Azni recently posted..Last Call For Menang RM100

Reply

Ezad Skytech May 2, 2013 at 12:20 am

kenapa la dgn manusia mcm ni..sanggup buat mcm ni kat kucing…aihhhh~
Ezad Skytech recently posted..Wordless Wednesday #70 | Habiskan Cuti Di Sungai Congkak

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

Previous post:

Next post: