Tak Suka Bergambar

by admin on April 22, 2013 · 6 comments

Kalau perasan aku jarang post gambar aku sendiri di blog atau laman sosial Facebook. Kalau ada pun aku pakai ala-ala Zorro kan.

Tengok lah masa event bowling bersama blogger, aku tak masuk dalam gambar.

Entah kenapa aku tak suka nak tunjuk diri aku dekat orang luar. Mungkin sebab malu dengan rupa aku. “Kan Gemuk”.

Tapi tak juga, kadang-kadang aku gila bergambar terutamanya kalau dengan kawan rapat. Dengan blogger masih aku malu dan sopan santun. Kalau kenal, aku lah orang yang paling gila bergambar.

Orang yang aku rapat aku akan bergambar “kaw-kaw” punya. Akan tetapi kalau aku kurang rapat dengan orang tu, aku akan tunjuk sifat pemalu aku.

Mungkin lepas ni aku akan post gambar aku sendiri apabila ada gambar “Sebelum dan Selepas”. Itu yang aku nantikan.

Ni tengah fikir, masa seminar buat duit dengan blog nanti, nak pakai topeng ke tidak.

{ 6 comments… read them below or add one }

staibaqhang April 23, 2013 at 9:59 am

pakai jgn tak pakai…
staibaqhang recently posted..street photography with fuji X-E1

Reply

eiela April 23, 2013 at 10:53 am

saya bergambar ikut mood je. tak payah pakai topeng lah..
eiela recently posted..Anak Minta Ibu Doakan Kejayaan Peperiksaan

Reply

amirulfaiz April 23, 2013 at 12:47 pm

Hehe, pakai purdah. :D amirulfaiz recently posted..2 tahun dah nak menulis?

Reply

ejam April 23, 2013 at 9:15 pm

jangan ler pakai topeng kat seminar tu, saya nak bergambar dengan DT untuk kenang-kenangan sebelum DT berubah wajah sepenuhnya nanti…bleh kan..tunaikan impian saya nak bergambar dgn blogger DT ni…hehe
ejam recently posted..Pertama Kali ke Klinik 1Malaysia.

Reply

MK Kimi April 23, 2013 at 10:26 pm

itu normal kalau dgn org tak kenal automatik jd malu2 kucing nk bgmbr..haha! selamt berseminar nnt
MK Kimi recently posted..Lagi Gajet Baru, Asus A45VD

Reply

titan April 26, 2013 at 2:06 pm

gua tak suka bergambar. tapi orang ramai suka bergambar dengan gua. haha
titan recently posted..Menang RM100 dari Giveaway Hairulazni.my

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

Previous post:

Next post: