Apa yang terlalu sensitif? Bagi aku hal politik. Sedia maklum aku adalah dari parti “tersebut”. Di blog aku tak heboh sangat aku parti mana. Tetapi di Facebook, pasti ramai tahu aku dari parti mana.
Apa yang aku perasan, sedikit demi sedikit unfriend aku. Sensitif sangat kah? Politik adalah politik. Kawan tetap kawan. Jangan kerana politik, putus persaudaraan.
Tempat aku ni di Shah Alam, aman damai. Kawasan aku lah, walaupun ramai tak puas hati dengan calon Parlimen tu kan. Markas parti kami dekat-dekat. Kalau malam tu boleh minum sama-sama. Yang bestnya ada dua imam surau kami, seorang parti A dan lagi seorang parti B. Baik sahaja.
Kami tak anggap politik ni maksudnya bergaduh. Tak dapat apa pun kalau gaduh ni. Kita nak tegakkan Islam untuk mengejar syurga tapi takut pula disebaliknya. Ye la, dok kutuk sana, kutuk sini.
Jikalau parti yang aku kempen ni menang atau kalah, yang penting aku dapat keluarkan peluh. He he. Boleh juga dapat turunkan berat badan aku ni. Itu yang penting.
Apa pun sahabat yang lain, jangan lah bergaduh hanya disebabkan politik. Kalau orang tu ngorat bini, baru boleh bergaduh. He he.
{ 6 comments… read them below or add one }
Yup, sepatutnya tak gaduh2 kalau berlainan sokongan politik. Kawan tetap kawan kan?
Izzat Eshak recently posted..Domain Berpotensi Besar
politik ni kena berfikiran terbuka..
jangan campur aduk dengan persahabatan.
Mus recently posted..Ambil Gambar Dalam Air Dengan Telefon Pintar Samsung S3 Di Tuaran
ya,sy akui politik mmg sensitif.jiran sy sendiri bermasam muka & x tegur sapa.hebatnya penangan politik.tp…biar kita kuasai politik,jgn politik kuasai kita.
Portal KSSR recently posted..Cuti umum 5 & 6 Mei 2013 ?
orang kita sekarang ni memang ramai yang kelakar belaka..
titan recently posted..3 Soalan tentang Jobdirumah.
kat Malaysia ni politik memang isu yang terlalu sensitif..pantang dipetik, habis panggil datang serang satu geng..sebab tu saya langsung buat dunno je bila dengar orang bercakap pasal politik..i say no to politic
hafizrahim recently posted..Harga Emas Jatuh? Apa Perlu Buat?
haha..dorang buat lawak ..kehkehkeh .. jgn risau, tak ada apa2 akan jdi dgn lawak dorg ..
BeritaKaki recently posted..Tips Blogging : Luaskan Perhubungan