Setelah Membuat Kajian

by admin on April 18, 2013 · 12 comments

Bak kata Prof. Muhaya, bangun pagi perlu sentiasa berfikir positif dan berkata-kata positif. Ini kerana jika kita berfikiran positif, satu hari itu akan membuat kita jadi positif. Kalau negatif, maka negatif lah kita.

Maka aku pun melakukan satu kajian. Semalam bangun pagi, aku berfikiran sangat negatif. Aku marah diri aku kenapa aku gemuk. Secara tiba-tiba petang terus aku kena serangan demam. Kemudian aku jadi bad mood, ada saja tak kena.

Hari ini, seperti biasa aku akan bangun dan dimulakan dengan ucapan Alhamdulillah. “Ya Allah, beri aku kesihatan yang baik pada hari ini”. Alhamdulillah selepas Zohor badan mula cergas, lepas Asar pula terus minum ABC percuma. Kalau tidak lepas Zohor memang nak ke klinik DEMC.

Maka betul lah kata Prof. Muhaya, sentiasa berpositif di pagi hari. Sebab tu aku kalau boleh tak nak tengok tentang politik di laman sosial di pagi hari. Masing-masing mengutuk sana sini, jadi aku terikut-ikut nak mengutuk dan memaki. Maka setiap pagi aku akan baca Al-Quran. Lagipun mak dah pesan, setiap pagi mengaji supaya Al-Quran jadi saksi ketika di alam kubur nanti.

Jadi, sentiasa positif ya.

{ 12 comments… read them below or add one }

penaberkala April 19, 2013 at 12:15 am

ok, bangun pagi esok nak senyum terus
Thanks Allah, It’s Friday!
penaberkala recently posted..SARAWAK CULTURAL VILLAGE

Reply

admin April 19, 2013 at 12:29 am

senyum terus tau… heeee

Reply

hatiputera April 19, 2013 at 12:57 am

Nak kena senyum bila bangun dari tidur pagi. sebelum gosok gigi amalkan meminum air sejuk satu gelas.

Reply

admin April 19, 2013 at 1:18 am

selalu buat juga minum air.. sunnah Nabi

Reply

khairul asrol April 19, 2013 at 3:29 am

hahaha. fikiran positif! mentaliti memang sangat penting. macam nak bangun pagi, kalau kita fikir nak bangun awal memang kita akan bangun awal. :) khairul asrol recently posted..Alexa Ranking Sudah Mencecah Angka 3 di Hadapan

Reply

Akuro San April 19, 2013 at 3:37 am

Setuju dengan kata-kata Prof Muhaya. Dr. Fadzilah Kamsah pun pernah berpesan, suruh set minda kita sebelum tidur perkara2 yang positif. Cakap kat diri kita, ‘esok aku nak jadi aktif, positif, berjaya, dll’… maka kita akan sentiasa cergas pada ke esokkan harinya…
Akuro San recently posted..Aglio Olio Terbaik Restoran Gino’s Recipe, Ara Damansara

Reply

staibaqhang April 19, 2013 at 11:27 am

bila bangun pagi terus ucapkan selamat pagi pada orang sekeliling… Adib dah mula ucap selamat pagi bila bangun dari tidur… comel ja tengok..
staibaqhang recently posted..TIPS Edit gambar : Square Crop…

Reply

Hazmin Hamudin April 19, 2013 at 4:36 pm

Siap buat kajian lagi tu. Memang sepatutnya kita kena sentiasa berfikiran positif. Kalau dok masam, tarik muka, orang sekeliling pun jadi marah.
Hazmin Hamudin recently posted..Macam Mana Nak Hilang Telinga ?

Reply

Bean Moreno April 19, 2013 at 4:50 pm

kita senang terpengaruh padahal kita tak tak tu betul ke tak hehe
Bean Moreno recently posted..Selamat Datang Ke ‘Larkin’ Nunez

Reply

Mama I.A April 19, 2013 at 6:04 pm

wah, bagus tips ni..kena amalkan..kalau boleh memang tak nak berfikiran negatif2 ni..tak best,…
Mama I.A recently posted..[PERKONGSIAN] Nak Hamil Dengan Sihat

Reply

Sumijelly April 19, 2013 at 11:38 pm

Betul..mcm rasa x sehat. .

Kalunkita kata x sehat. .mmg x sehatla..kalu fikir sihat…sihatla.kitakan…
Sumijelly recently posted..Sengkuang Calit

Reply

titan April 21, 2013 at 1:37 pm

hoho..baru tau ke..
titan recently posted..Senaman kardio dapat hilangkan perut buncit dan kuruskan badan.

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

Previous post:

Next post: