Doktor Pakar Kanak-Kanak

by admin on April 16, 2013 · 22 comments

Walaupun aku belum ada anak, tapi di sini aku nak promote sepupu-sepupu aku. Ramai sepupu aku menjadi doktor pakar, antaranya pakar kanak-kanak, pakar mata dan pakar bius.

Di sini ada dua pasang suami isteri. Aku akan kenalkan satu persatu.

Pertama, doktor pakar kanak-kanak yang bernama Dr. Shanaliza Bt. Mohd Shah. Kalau search google, ramai yang puas hati dengan perkhidmatan beliau. Beliau memang seorang doktor yang lemah lembut. Maklumat tentang klinik nya adalah seperti ini :

70, Jalan 1/27F, Pusat Bandar Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur
Tel : 03 – 4149 6660 | Fax : 03 – 4149 6661
Isnin – Rabu : 9.30pg – 12.30tghr | 6.30ptg – 8.30mlm
Khamis – Jumaat : 9.30pg – 2.30ptg
Sabtu : 9.30pg – 12.30tghr
Ahad & Cuti Umum : Tutup

tambahan : kak Liza ni cucu pertama dan aku cucu terakhir. Setiap tahun dapat duit raya dari dia walaupun aku dah berumur 23 tahun. He he

Suaminya pula adalah seorang Pakar Bius yang berkhidmat di Hospital Ampang Puteri Kuala Lumpur. Suaminya bernama Datuk Dr. Azhar B. Md Noh. Rasanya anda semua pernah dengar tentang “ibu mithali lahirkan tujuh doktor”. Doktor Azhar ini adalah anak sulung kepada ibu mithali tersebut.

tambahan : Aku dan anak pertama mereka beza umur hanya 3 tahun sahaja. Sebab tu boleh dapat duit raya. Heeee

Kedua pula, sepupu aku yang bernama Prof. Dr. Mimiwati Bt. Zahari adalah seorang pakar mata yang berkhidmat di PPUM. Boleh baca tentang dirinya di SINI. Beliau baru sahaja dapat “Proffesser” pada tahun lepas.

Suaminya pula pakar kanak-kanan di Hospital Tawakal, Kuala Lumpur. Selalu masuk dalam MHI, Wanita Hari Ini dan juga rancangan di TV 1. Mungkin anda pernah dengar nama Dr. Zarin Ikmal Zan.

ZARIN IKMAL ZAN

Aku pula pernah digelar sebagai seorang “Pakar Matematik”. Kira pakar juga la kan. He he.

{ 22 comments… read them below or add one }

KiD April 17, 2013 at 12:00 am

Bagus… mereka semua berjaya.. saya pun pakar jugak.. :) KiD recently posted..7 Hari Percuma Tonton Hypp TV

Reply

admin April 17, 2013 at 4:52 pm

pakar buat duit dengan blog kannn

Reply

hafizmd April 17, 2013 at 10:04 am

wah! tak sangka yg dr shanaliza tu sepupu DT. Boleh kata, kalau kami ada kes2 tertentu utk pakar kanak2, mmg klinik dialah kami serbu.

Peramah yg amat, mmg puas hati. Ubat2 klinik ni mmg alhamdulillah ‘rasi’ dgn anak2..

p.s. lain kali kalau p, lehla saje2 sebut nama sitiatikah..hehehehe =)
hafizmd recently posted..Nak Kuruskan Badan? 5 Cara Cepat Bakar 300 Kalori!

Reply

admin April 17, 2013 at 4:54 pm

lah yeke.. tak sangka juga.. he he..

oh kalau jumpa sebut je nama atikah anak cik amil…

Reply

WRizuan April 17, 2013 at 1:48 pm

kalau di shah alam doc pakar kanak-kanak di klinik adek seksyen 9, mmg berpuas hati dgn servis di sana :) WRizuan recently posted..Dapat Google Sitelink

Reply

admin April 17, 2013 at 4:56 pm

oh kalau di shah alam , saya prefer di demc je.. tapi mahal.. heee

Reply

Denaihati April 17, 2013 at 2:13 pm

tahniah jadi pakar matematik…he he. seronok dengar orang-orang kita yg berjaya macam ni.
Denaihati recently posted..Calon Panas PRU13

Reply

admin April 17, 2013 at 4:57 pm

betull.. sebenarnya masing masing ada kepakaran tersendirii.. cuma tak tunjuk sahaja…

Reply

Hazmin Hamudin April 17, 2013 at 2:16 pm

Fuh… Ramai doktor dalam keluarga..
Hazmin Hamudin recently posted..Wordless Wednesday | Alexa Audience Demographics

Reply

admin April 17, 2013 at 4:58 pm

a ah.. senang.. kalau masa raya tu, kalau ada demam, ha tanya je.. nanti dapat la ubat free. he he

Reply

Bean Moreno April 17, 2013 at 5:05 pm

hm apa scope pakar kanak-kanak?
Bean Moreno recently posted..Nuffnang Yang Murah Hati

Reply

admin April 17, 2013 at 5:17 pm

saya pon tak pasti sangat.. tapi sebarang sakit bole je rujuk.. nanti dia tahu apa masalahnya..

Reply

Oneblogsocial April 17, 2013 at 6:59 pm

Tahniah,tidak ramai orang yang seberuntung admin.
Oneblogsocial recently posted..Cara Mudah Memindahkan WordPress

Reply

Katak Comel April 17, 2013 at 10:50 pm

saya pakar blogger..
eh!
Katak Comel recently posted..(Video) Tomok Dan Anaknya Yang Comel Duet Lagu “Sejarah Mungkin Berulang”

Reply

Izzat Eshak April 17, 2013 at 11:45 pm

Ramai nye sedara mara doktor =)
Izzat Eshak recently posted..Wordless Wednesday #12

Reply

Ladfe Amir April 18, 2013 at 12:19 am

paling penting..berjaya di dunia dan mesti berjaya juga di akhirat. sejuk perut si ibu mengandungkan mereka yg berjaya ni
Ladfe Amir recently posted..[Hadis Palsu] Dosa Meninggalkan Solat

Reply

auc April 18, 2013 at 12:53 am

bukan senang nak dpt taraf pakar ni :) auc recently posted..Senarai Penuh Calon PRU 13 (BN, PAS, PKR dan DAP)

Reply

titan April 18, 2013 at 1:09 am

ha, elok sangat lah tu.
titan recently posted..Roll Call Harian Anak Saya – Saiful Nang.

Reply

staibaqhang April 18, 2013 at 9:43 am

bagus la dah ramai pakar2 dari kalangan kita…..
tapi saya tengah cari keparan dalam diri saya….
staibaqhang recently posted..Best Birthday Present 2013

Reply

Hafizul April 18, 2013 at 10:17 am

Pernah dgr tentang ibu mithali tu..long time ago..hehe..harapan saya, anak saya akan berjaya mcm ni jugak..hehe
Hafizul recently posted..Pendapatan Ke-10 Dan Ke-11 Dari Jobdirumah

Reply

onlajer April 18, 2013 at 3:56 pm

i say sedara aku takde yang jadi doktor la , kalau nurse tu ada la hehe
onlajer recently posted..Doa Pilihan

Reply

Khairul Zamri April 23, 2013 at 11:42 am

ooooooooooooo umur 23 tahunnnnnnn :mrgreen: Khairul Zamri recently posted..Cara undi kita dikesan semasa pilihanraya

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

Previous post:

Next post: