Oh My English

by admin on April 15, 2013 · 22 comments

Siapa tengok Oh My English? Best kan suami “I” (Aaron) berlakon.

Lupakan tentang itu sebentar. Kali ini aku nak tekankan bahawa bahasa English itu sangat penting. Kenapa?

Petang tadi mak aku dapat anak murid baru. Untuk pengetahuan, mak aku adalah seorang guru mengaji dan juga mengajar bahasa Arab.

Kemudian, murid baru ini kena tukar guru mengaji kerana guru yang lepas tidak fasih dalam bahasa English. Seriously,budak umur 6 tahun ni speaking baik punya. Ada orang recommend kan suruh mengaji dengan mak aku sebab mak aku memang boleh speaking punya. Ye lah, sekolah Singapore kan, mestilah dah biasa. Aku ni je yang terkedek-kedek dengan bahasa orang putih ni.

Alhamdulillah rezeki mak pada bulan ini, dapat anak murid baru. Kaya pula tu, mak aku cakap harga “dua angka” sahaja, tapi orang tu nak bagi “tiga angka”. Alhamdulillah rezeki aku. Tapi mak aku dah cakap dengan parents tu yang mak aku ni garang. Memang mak aku garang gila. Tak sah tak ada yang menangis, tapi pelik tak ada seorang pun nak berhenti. Power kan mak aku. He he.

Sedangkan anak saudara Sultan Selangor pun mak aku pernah tarik telinga, ketuk pensil kat tangan. Tak ada pula kena hukum pancung. He he. Sehingga kini, alhamdulillah masih ramai yang nak belajar mengaji dengan mak aku walaupun tahu garang.

Walau bagaimana pun, apa-apa bahasa pun memang sangat penting. Terutamanya bahasa English. Kalau dapat ilmu bahasa lain itu maknanya dapat bonus.

{ 22 comments… read them below or add one }

arynet April 16, 2013 at 1:18 am

suka guru garang juga, cepat dan mudah belajar. Segarang mana pun, kita tetap ingat guru bila kita dah besar.. dengan garang dialah, kita berjaya. :D

Reply

admin April 16, 2013 at 11:57 am

betul tu. Alhamdulillah ramai yang berjaya dalam ilmu Al-Quran. mak saya amat pantang kalau tak ikut hukum tajwid.. menangis budak dibuatnya

Reply

sukma April 16, 2013 at 8:41 am

elok guru garang cepat pandai…..

Reply

admin April 16, 2013 at 11:57 am

zaman sekarang ni kan tak bole ada guru garang.. diupdatenya di FB nanti.. he he

Reply

Hazmin Hamudin April 16, 2013 at 8:57 am

Semoga lagi murah rezeki lagi lepas ni ye. Nak belajar, kena marah tu perkara biasakan.
Hazmin Hamudin recently posted..Buku Bogel Menuju Tuhan Sudah Sampai

Reply

admin April 16, 2013 at 11:58 am

amin-amin Ya Rabal’alamin.
insyaAllah rezeki tu ada. cuma Allah dah susunkan bila dan berapa banyak kan.

Reply

ejam April 16, 2013 at 2:19 pm

teringat zaman kanak-kanak riang dulu, setiap kali balik mengaji memang akan menangis punya..
dah arwah ustaz tu, ayah kepada sahabat zaman kecilku..Al-Fatihah.
ejam recently posted..Perubahan Tarikh Seminar Buat Duit Dengan Blog Anjuran Denaihati.com

Reply

admin April 17, 2013 at 4:32 pm

kan… tapi mak selalu pesan camni masa kecik kecik.. “biar kita menangis sekarang , jangan dalam kubur nanti menangis tak tahu mengaji” heeee

Reply

titan April 16, 2013 at 3:22 pm

aku tak berapa pandai english nih..
titan recently posted..Masih popular di Melaka dan Johor Bahru

Reply

admin April 17, 2013 at 4:40 pm

same la kita..

Reply

KiD April 16, 2013 at 3:38 pm

oh my englishhhhh… DT tak mengajar?
KiD recently posted..Pelancaran Dumex Dugro 5 Power Nutri

Reply

admin April 17, 2013 at 4:41 pm

mengajar subjek matematik je buat masa ni

Reply

Denaihati April 16, 2013 at 3:44 pm

memang guru agama/ngaji mesti garang dan ada sikit paksaan kot…bab rotan macam tak boleh lari..heee, baru cepat melekat ilmunya.
Denaihati recently posted..Tarikh baru Seminar Buat Duit dengan Blog

Reply

admin April 17, 2013 at 4:41 pm

betul.. tapi ada sesetengah kata tak bole ajar garang. nanti mereka tak minat..

Reply

munir ardi April 16, 2013 at 4:27 pm

saya cikgu bhs Inggris tapi waktu ke Malaysia kemarin masih juga terdiam saat bicara dengan native speaker he he
munir ardi recently posted..10 CEO dengan Pendapatan Tertinggi di Dunia

Reply

admin April 17, 2013 at 4:50 pm

he he… macam macam dialek pada bahasa inggeris ni kan

Reply

hafizmd April 17, 2013 at 10:09 am

Cikgu mengaji mmg kena garang, kalau tak, anak murid payah nak pandai…hehe

Ingat arwah abah, mengaji dgn abah mesti berderai air mata..alhamdulillah..pandailah jugak mengaji…

p/s-mak tyka duduk mana? mana tau, kot2 dekat ngn ambe, lehla hantar anak ambe sekali..hehe
hafizmd recently posted..Nak Kuruskan Badan? 5 Cara Cepat Bakar 300 Kalori!

Reply

admin April 17, 2013 at 4:51 pm

betul kena garang.. kalau tak garang nanti main2 je..

dekat shah alam… jauh kan… heee

Reply

blackrosehunter April 17, 2013 at 2:41 pm

rasanya bahasa inggeris bukan bahasa english.. :-)

Reply

admin April 17, 2013 at 4:52 pm

erkk.. same je la.. heeeeee

Reply

Ladfe Amir April 18, 2013 at 12:20 am

cikgu yang garang nilah yg selalu berjaya didik anak muridnya sampai berjaya. terkenang2 sampai bila2
Ladfe Amir recently posted..[Hadis Palsu] Dosa Meninggalkan Solat

Reply

Hafizul April 18, 2013 at 10:20 am

Entah la sampai sekarang fail bab english nih..
Hafizul recently posted..Pendapatan Ke-10 Dan Ke-11 Dari Jobdirumah

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

Previous post:

Next post: