Penyakit Keturunan

by admin on April 14, 2013 · 25 comments

Penyakit keturunan adalah penyakit paling bahaya. Bayangkan kita amalkan pemakanan yang sihat, hidup gaya sihat, sentiasa bersenam alih-alih boleh kena sakit kencing manis, darah tinggi dan macam-macam lagi.

Perkara ini adalah benar. Sewaktu mak aku buat pembedahan buang rahim (cancer), katil sebelah tu orangnya nampak muda. Bila tanya, sakit kencing manis. Dia pon terkejut sebab dia tak suka minum air manis, tidak makan yang berminyak. Doktor kata ini dari keturunan. Tak sangka kan.

Sama seperti keluarga kami. Keturunan dari belah bapak, sakit darah tinggi. Adik beradik bapak semuanya ada darah tinggi tetapi tidak ada kencing manis. Belah mak aku pula, sakit kencing manis. Adik beradik mak pun semua ada kencing manis , darah tinggi tu ada juga sebab tekanan dengan anak-anak agaknya. He he.

Jadi kami adik-beradik kemungkinan besar boleh mendapat penyakit darah tinggi dan kencing manis. Aku lagi lah, sudah dikategorikan dalam “diabetic baby”.

Selain kencing manis dan darah tinggi, kemungkinan besar kami adik beradik boleh kena penyakit barah. Makcik (adik mak nombor 3) meninggal dunia akibat barah hati dan buah dada. Terkini makcik (adik mak nombor 2) kena serang penyakit barah buah pinggang dan paru-paru. Kini masih dalam rawatan hospital. Baru-baru ini nenek saudara meninggal pun sebab barah buah dada dan tulang.

Doktor pakar DEMC dah pesan pada kami semua, mungkin dalam 60% kami boleh menghidap penyakit barah. Mak aku dulu ada ketumbuhan kecil di buah dada dan pada tahun 1999 mak kena buang rahim sebab ada ketumbuhan. Kalau tidak mesti aku ada adik lagi kan? He he.

Jika kami kena penyakit barah, kami redha dengan ketentuan Ilahi dan kami akan cuba terbaik untuk menjaga kesihatan kami.

 

{ 25 comments… read them below or add one }

Sop April 14, 2013 at 7:14 pm

Sop pun ada penyakit keturunan yg perlu diambil perhatian iaitu kencing manis,,
kena jaga2 kalau dah tahu :) Sop recently posted..Axiata Cup 2013 : The Cube – Gateminton Challenge

Reply

admin April 15, 2013 at 8:25 pm

kencing manis pon bahaya… jaga2 dari sekarang ya

Reply

AFIF April 14, 2013 at 11:29 pm

keluarga saya mungkin batu karang kot..sebab dari datuk sampai ke adik beraik mak saya ada penyakit tu..
AFIF recently posted..Bentuk Sikap Jujur Dengan Rm20

Reply

admin April 15, 2013 at 8:26 pm

oh batu karang pon ye? jangan tahan kencing la gitu

Reply

auc April 15, 2013 at 1:23 am

Alhamdulillah setakat ni x de lagi penyakit keturunan ni :) auc recently posted..Botnet Serang WordPress

Reply

admin April 15, 2013 at 8:27 pm

alhamdulillah…. ape pun jaga kesihatan dengan baik

Reply

Hafizul April 15, 2013 at 12:56 pm

Penyakit keturunan nak buat macam mana dah kan?redha ajer lah..
Hafizul recently posted..Sudah Cukup Sudah

Reply

admin April 15, 2013 at 8:27 pm

itu la kena redha saja lah… itu yang Allah bagi.. itu pun untuk kebaikkan kita juga

Reply

Hafizul April 18, 2013 at 10:22 am

Betul tu DT…mungkin ada hikmah disebalik semua ni.,.
Hafizul recently posted..Pendapatan Ke-10 Dan Ke-11 Dari Jobdirumah

Reply

Mama I.A April 15, 2013 at 1:09 pm

kalau ikut belah mak saya, darah tinggi la nampaknya..huhu…
Mama I.A recently posted..[PERKONGSIAN] Psikologi Tumbesaran Anak-Anak

Reply

admin April 15, 2013 at 8:28 pm

haa, jangan stress dengan anak-anak.. he he

Reply

Hazmin Hamudin April 15, 2013 at 2:07 pm

Takut jugakkan sakit keturunan ni. Memang tak boleh nak buat apa dah.
Hazmin Hamudin recently posted..Pesanan Ikhlas Dari Perdana Menteri Malaysia

Reply

admin April 15, 2013 at 8:31 pm

memang takut…sedangkan kita da jaga kesihatan baik sekali

Reply

Denaihati April 15, 2013 at 2:16 pm

kira anak bongsu lah ni….he he
insyaAllah boleh usaha dan berdoa, mudahan takde.

Reply

admin April 15, 2013 at 8:41 pm

he he.. anak manja gitu..
insyaAllah risau juga kan.. tu selalu buat medical check up.. kalau kena tahap 1 kena la cepat cepar merawat

Reply

onlajer April 15, 2013 at 2:39 pm

Wah takutlah dengan penyakit keturunan ni
onlajer recently posted..Permainan SEO Tak Terkalah

Reply

admin April 15, 2013 at 8:48 pm

ada penyakit keturunan tak? kalau ada jaga-jaga..

Reply

Oneblogsocial April 15, 2013 at 3:16 pm

Kalau macam itu,kita usahakan agar penyakit ini tak lagi menular pada keturunan kita.Seringkalilah untuk konsultasi dengan dokter pakar.
Oneblogsocial recently posted..Terimakasih Untuk Wanzawawi.com

Reply

admin April 15, 2013 at 8:48 pm

betul. sejak ada keluarga yang meninggal, sentiasa buat medical check up dengan doktor pakar

Reply

titan April 15, 2013 at 5:46 pm

keturunan gua ramai sakit jantung. Jadi, gua pun ada potensi juga.
titan recently posted..Masih popular di Melaka dan Johor Bahru

Reply

admin April 15, 2013 at 8:49 pm

kurangkan minum cendol.. santan tu bahaya

Reply

KiD April 16, 2013 at 3:43 pm

semua orang termasuk yang membaca entry ini perlu jaga kesihatan.. :) KiD recently posted..Pelancaran Dumex Dugro 5 Power Nutri

Reply

Khairul Zamri April 16, 2013 at 7:08 pm

baru tau kencing manis juga berpunca dari penyakit keturunan, kena blik tnya mak ayah gini risau2

Reply

Myra Jay April 18, 2013 at 10:11 am

Semoga dijauhi, memang kategori keturunan tapi semua ni kehendak Allah kan..

Sabar dan elakkan..
Myra Jay recently posted..HandBag Carlo Rino

Reply

blackrosehunter April 27, 2013 at 8:51 pm

penyakit kencing manis dan darah tinggi ni penyakit keturunan..potensi untuk mendapat penyakit tu ada..tapi kalau amalkan gaya hidup sihat..insyaAllah dijauhkan..
blackrosehunter recently posted..10 Wasiat Imam Syahid Al-Banna

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

Previous post:

Next post: