Panduan Menurunkan Berat Badan Budak Sekolah

by admin on April 12, 2013 · 8 comments

Keyword Dari Nuffnang

Ada yang mencari panduan ini untuk anak-anaknya. Tapi yang keluar ada dari entri INI. Rasanya senaman itu tidak sesuai dengan”budak sekolah”.

Jadi di sini aku akan kongsi bersama anda panduan menurunkan berat badan untuk anak-anak kecil melalui pengalaman aku. Aku gemuk kerana salah aku sendiri. Seorang ibu mahu melihat anaknya sihat, tapi aku masih mahu ikut nafsu iaitu makan, makan dan makan.

Sebagai ibu bapa, anda perlu memberi perhatian sepenuhnya tentang kesihatan anak-anak anda.

Panduannya senang sahaja.

  • Sebelum pergi sekolah, pastikan beri anak-anak sarapan pagi. Ini sangat penting. Jangan seperti nasi lemak atau mee goreng. Nanti mengantuk di sekolah. Boleh beri sandwich atau telur rebus. Ataupun seperti koko crunch, honeystar. Ini supaya masa rehat di waktu sekolah mereka tak terlalu lapar. Bila dah lapar, macam-macam nak makan kat kantin tu. Betul kan?
  • Apabila balik dari sekolah beri makanan yang khasiat. Anda boleh mencari di Google “makanan khasiat”. Cadangan aku beri nasi putih , ikan dan sayur. Kalau anak-anak tak suka sayur, gantikan dengan buah.
  • Masalah besar adalah makan malam. Makan malam tu yang membuatkan masalah berat badan. Makan malam ni jangan bagi nasi, maka bagi la sup. Cadangan boleh buat bihun sup, tomyam. Kalau anda malas nak masak, itu masalah anda. He he.
  • Sabtu dan Ahad bawa anak jogging di tasik yang berdekatan. Kalau nak anak sihat, kita pun kena sihat. Ataupun kalau nak nampak kasih sayang tu, beli basikal untuk setiap anak-anak, kemudian berkayuh la bersama-sama ya.
  • Pastikan anak tidur 8 jam, kerana tidur 8 jam dapat bakar 500 kalori.
  • Elakkan memberi makanan seperti McDonald, KFC, Pizza Hut. Sekali sekala tak apa. Jangan selalu.
  • Didik anak-anak minum air putih dari kecil lagi. Jangan biasakan minum air manis.

Rasanya itu sahaja dari aku. Sebenarnya jangan risau dengan budak sekolah terutamanya bagi pelajar sekolah rendah. Ini kerana badan mereka sangat aktif. Tapi jika anak anda sudah masuk ke alam remaja dan sudah baligh, itu yang perlu berhati-hati. Jaga lah kesihatan untuk anak-anak dan untuk diri sendiri juga.

 

{ 8 comments… read them below or add one }

titan April 13, 2013 at 6:49 am

kalau budak tu aktif, selalu main bola..main kejar-kejar..susah diorang nak gemuk sebab metabolisme badan tinggi..even diorang makan banyak pun..susah nak gemuk sebab terlalu aktif..tapi kalau tak aktif..pastu rajin plak makan..memang senang nak naik..
titan recently posted..Samseng Sekolah Lan Todak – Part 2

Reply

admin April 13, 2013 at 7:52 pm

tu la.. kalau budak aktif dalam bersukan tiada masalah.. ini kokurikulum pon malas nak gi payah gak kan

Reply

hafizmd April 14, 2013 at 5:09 pm

asal bila hari koku jer..kaki sakit..hahahaha
hafizmd recently posted..Live Streaming Kelantan vs ATM & Piala Axiata 2013 Separuh Akhir

Reply

Khairul Zamri April 14, 2013 at 12:58 am

haha jadi cam kes sy jugakla, pastu terus sy up entri ikut seacrh keyword tu. 8) Khairul Zamri recently posted..April is busy in my life

Reply

munir ardi April 14, 2013 at 7:20 am

budak saya nih overweight semoga bisa turunkan berat badannya engan pola ini
munir ardi recently posted..6 Selebriti Dunia yang memiliki Pulau Pribadi

Reply

Denaihati April 14, 2013 at 11:10 am

betul, tak perlu risau sangat, budak sekolah/remaja ada banyak aktiviti luar untuk keluar peluh.
Denaihati recently posted..Kisahnya Secebis Hati part 18

Reply

hafizmd April 14, 2013 at 5:11 pm

Bestnya baca entri yg DT tulis sbb berdasarkan pengalaman DT sendiri. Best dan jgn lupa ek utk teruskan berkongsi tips utk turunkan berat badan

Nampaknya, ambe nak kena cukupkan tidur, tp taklah smpai 8 jam…tu budak2 jer kan?hehehe
hafizmd recently posted..Live Streaming Kelantan vs ATM & Piala Axiata 2013 Separuh Akhir

Reply

Daus Hafiz April 18, 2013 at 12:23 pm

Boleh amalkan utk pljr sy ni..huhuhu
Daus Hafiz recently posted..Musafir penuh harapan dan impian

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

Previous post:

Next post: