Kamera Gedabak

by admin on April 8, 2013 · 17 comments

Apa tu kamera gedabak? Hah, itu la erti kata lain bagi DSLR. Nama “kamera gedabak” telah diberi oleh blogger INI.

Nak diikutkan, aku memang tak ada DSLR, tapi aku tahu serba sedikit tentang ilmu DSLR ni. Pernah menghadiri kursus basic oleh Adhadi.

Pelik kan, pergi kursus tapi tak ada DSLR. Ini disebabkan abang aku bagi pinjam DSLR dia. Baik kan abang aku. Dia tengok adik dia minat dalam ilmu fotografi, dia bagi pinjam.

Kebanyakkan event yang aku pergi, aku akan bawak DSLR. Abang aku tak kisah dan tak risau. Sesetengah orang mesti risaukan benda yang mahal bagi pinjam kat orang lain.

Nikon D90

DSLR abang aku adalah Nikon D90 dan abang ipar aku D3100. Bila dah pegang D90, rasa lain D3100 ni. D90 dah kira profesional juga lah. Abang aku lebih suka mengisi masa lapang dengan pergi memancing dari outing untuk belajar tentang DSLR ni.

Abang aku hanya beli body kamera, malah aku yang tolong tambah aksesorinya. Aku baru saja beli tripod dan battery grip. InsyaAllah ada rezeki lebih nak beli flash nya yang original SB-600. Ingat nak ambil Nissin, beza juga harganya. Tapi lebih baik sabar dan ambil yang original Nikon kan. Siapa-siapa tahu tempat yang murah, roger la ye.

Kemudian, kami ada 3 lens untuk kamera gedabak ni. Beli lens ni, kitorang share duit. Padahal aku yang cadangkan suruh beli lens apa yang patut. Tapi dia pun setuju, beli saja lah. Antaranya Sigma 80-200mm, Nikon VR 18-105mm dan Nikon AF-S 50mm. InsyaAllah dalam perancangan akan beli lebih lens lagi sebagai koleksi.

Disebabkan DSLR ni bukan hak milik aku, aku akan berazam untuk dapatkan DSLR sendiri. Mungkin aku akan ambil D7000. Kalau rezeki lebih lagi, aku akan ambil juga DSLR Canon EOS 600D. Mahal kan? Itu la gatal nak cuba DSLR kawan yang kaya-kaya, dah sedap pegang. Tunggu duit jatuh masuk dalam bank je ni.

Bila tengok rakan blogger pergi menembak,  memang nak pergi. Tapi kita ni anak dara, tak dibenarkan keluar malam-malam.

Buat masa ni guna kamera kompak saja la. Bersyukur dah sebab berjaya guna duit sendiri tanpa hutang.

Kawan-kawan UiTM ada DSLR pun masih berhutang sebab guna duit PTPTN. Sekarang baru terkial-kial nak bayar balik PTPTN. Aku tak ambil PTPTN sebab duit elaun menjadi seorang komander dan MPP sudah mencukupi untuk sara hidup ketika berada di UiTM.

Buat masa ini, nak target SB-600 sahaja. Ada yang nak bagi hadiah tak?

{ 17 comments… read them below or add one }

akubiomed April 8, 2013 at 11:05 pm

Fuh D90. Minta abang jual harga adik beradik. :-) akubiomed recently posted..Peti sejuk Mitsubishi Electric L4Grande direka untuk keluarga besar

Reply

Puan Bardboo April 8, 2013 at 11:05 pm

Dulu suami akak pkai D3100, skrg pakai D90. Memang mmpk perbezaan kualiti gambar. Tp akak tak suka pakai D90 ni, berat sgt. Huhu
Puan Bardboo recently posted..Seronok Pakai Stokin

Reply

staibaqhang April 8, 2013 at 11:09 pm

pakai kamera gedabak nanti tangan naik mussle mcm ahli bina badan… ekekekek… layan dak shot ngan kamera gedabak tu…
staibaqhang recently posted..Teknik Cropping Gambar

Reply

sukma April 8, 2013 at 11:14 pm

akak tak der pun camera DLSR nie….best ek kalau ada…
sukma recently posted..MENANG HADIAH DI HARI TERBUKA ATM

Reply

Akuro San April 8, 2013 at 11:20 pm

pernah check kat web ‘Free Trade Zone’ tak? kat situ banyak org jual barang-barang kamera secondhand…
Akuro San recently posted..Header Akuro San – Si Gadis Ninja Kembali

Reply

azman April 8, 2013 at 11:26 pm

Kena menabung pelan2….ada duit terus sambar jer :) azman recently posted..Ops Burung Turki – Taman Burung Kuala Lumpur

Reply

hafizmd April 9, 2013 at 12:32 am

Wah..kirenye mmg ada asas yg baik dalam kamera gedabak ni..baguih2

Kang lepas ni, mana tahu boleh jadi photographer handalan
hafizmd recently posted..Fakta Penting Tentang Bayi Kekuningan/Jaundis

Reply

auc April 9, 2013 at 12:48 am

huh jadi photografer pulak ni :) auc recently posted..Disebalik Tabir Dodol Kukus Bersama TV3

Reply

hafizrahim April 9, 2013 at 8:10 am

saya ada kit lense dengan 50mm f1.8g je..lense lain belum mampu nak beli.hehehe
hafizrahim recently posted..Applikasi Game Badminton Di Alam Maya

Reply

staibaqhang April 9, 2013 at 10:12 am

kamera apa yg kita ada itulah kamera terbaik sebenarnya… teruskan berkarya.. karya kita milik kita
staibaqhang recently posted..Teknik Cropping Gambar

Reply

Denaihati April 9, 2013 at 1:17 pm

boleh menuntut nanti ni…heeeeeee. semoga sukses milikii DLSR sendiri nanti yer

Reply

fyna April 9, 2013 at 2:57 pm

sekarang fyna pakai d90…. untuk job wedding. ^_^ sebab memang lain fungsi setiap kamera kan.
fyna recently posted..Tema Majlis Perkahwinan Rozita Che Wan Dan Zain Saidin

Reply

onlajer April 9, 2013 at 4:20 pm

DLSR pegang pun tak pernah
onlajer recently posted..Gula Jawa Rasa Coklat

Reply

puanbee April 9, 2013 at 6:54 pm

akk sayang duit nak beli kamera mahal2 hehe .. beli je la second tu .. kalau bertekad blh je simpan duit ..
puanbee recently posted..Applikasi Wee Chat – Seronok nya sembang bersama.

Reply

Ezad Skytech April 9, 2013 at 10:45 pm

kena betul2 nekad je nak beli DSLR ni….kalau ada duit…sambar je..hee~
Ezad Skytech recently posted..WeChat Party 2013

Reply

titan April 10, 2013 at 12:59 am
munir ardi April 10, 2013 at 12:56 pm

saya cuma guna hp jadul untuk ambil gambar
munir ardi recently posted..Agar Artikel blog baru anda mudah terindeks oleh google.

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

Previous post:

Next post: