Manifesto

by admin on April 6, 2013 · 19 comments

Haaa, sekarang tengah sibuk manifesto masing-masing kan?

Jadi aku nak kongsi pengalaman bahawa aku juga pernah bermanifesto.

Bermanifesto di depan pelajar-pelajar

Tahun 2010 aku tercalon untuk menjadi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Pahang. Nak ikutkan, aku tak mohon pun MPP ini. Tiba-tiba aku dapat panggilan telefon dari pihak HEP suruh datang ke pejabat untuk taklimat pencalonan.

Pelik! Aku tak mintak pun jadi MPP ni sebab aku terlalu sibuk dengan komander kesatria dah. Rupanya pensyarah dari fakulti aku mencadangkan disebabkan aku aktif dalam kokurikulum dan akedamik.

Mula tu risau gak kalau kalah kan. Dah la “gemuk”, mesti tak nak orang undi. Tapi alhamdulillah, aku menang. Mesti lah menang. Walaupun aku garang dalam komander, pelajar kokurikulum suka dekat aku. Aku tegas ketika mengajar, tetapi aku ramah ketika di luar.

Selepas diumumkan menang

Berbalik kepada manifesto tadi, bayangkan kita bercakap depan hampir 2000 pelajar. Tak ke berdebar. Masa tu Allah saja tahu hati ni macam mana. Dekat mikrofon tu ada wayar. Dah berapa kali aku pusing-pusing wayar tu. Kelakar pulak ingat masa tu. Dah la kena cakap depan Pengarah Kampus, pensyarah-pensyarah. Tapi sekarang aku dah berbalik menjadi seorang pemalu. Macam mana tu?

Undilah Saya.

Kawan Bersama Poster Aku

Alhamdulillah ada kawan-kawan membantu memasang poster. Balik saja dari kelas malam terus pasang poster sampai 2-3 pagi. Kawan lelaki ada yang sanggup panjat pokok.

Jadi aku dah rasa macam mana berkempen dan bermanifesto. Turun padang jumpa pelajar-pelajar untuk mengetahui masalah mereka. Bukan senang untuk menjadi seorang pemimpin. Yang pasti manifesto adalah janji. Alhamdulillah aku dapat menunaikan janji kepada pelajar.

Apa pun, selamat mengundi untuk PRU 13. Kalau tak tahu nak undi siapa, meh la undi den. He he.

p/s – Maaf, blog aku tak nak usik tentang politik walaupun aku seorang politik tegar.

{ 19 comments… read them below or add one }

ejam April 6, 2013 at 8:25 pm

wah tak sangka datin kita ni “ahli politik” juga, lepas kawen dgn “dato” nanti kembalilah berpolitik semula, kami akan pangkah datin…tu pun kalau manifesto menguntungkan kami…hehe
ejam recently posted..Karipap Mini Ada Jual Di Sini.

Reply

admin April 6, 2013 at 8:31 pm

hhahaha tak tak.. DT akan jumpa rakyat selalu.. berbasikal, berenang, futsal.. cehhh…

Reply

staibaqhang April 7, 2013 at 12:00 am

wah…. ahli politik…. tahun 2030 nanti masuk bertanding parlimen mana?
staibaqhang recently posted..DSLR atau Kamera kompak, mana yang sesuai untuk blogger?

Reply

admin April 7, 2013 at 12:49 pm

haaa itu rahsia la.. he he

Reply

Hanif Menhad April 7, 2013 at 11:10 am

tahniah DT, mesti banyak pengalaman baru ditimba ni… :o Hanif Menhad recently posted..PRU13: Semak Daftar Pemilih SPR Secara Online, SMS atau Talian Talipon

Reply

admin April 7, 2013 at 12:51 pm

memang banyak sangat.. dahulunya tak ada keyakinan diri.. sekarang alhamdulillah sudah ada keyakinan diri

Reply

Hanif Menhad April 7, 2013 at 1:48 pm

bagus-bagus, pengalaman yang sama hanif dapat masa belajar, rugi bagi yg tak join kan?
Hanif Menhad recently posted..PRU13: Semak Daftar Pemilih SPR Secara Online, SMS atau Talian Talipon

Reply

admin April 7, 2013 at 2:23 pm

betul… memang rugi, sebab masa ni baru boleh rasa macam-macam pengalaman..

Reply

Razlan April 7, 2013 at 1:57 pm

Ada bakat warisan masa yg akan datang ne
Razlan recently posted..Contoh Resume Pen. Pegawai Pembangunan Masyarakat

Reply

admin April 7, 2013 at 2:22 pm

insyaAllah amin…memang salah satu impian

Reply

MK Kimi April 7, 2013 at 2:32 pm

AKu pon ada pengalaman bermanifesto masa matrik. kelakar plak bila ingat balik…haha!
MK Kimi recently posted..Buffered Earning #6, #7, #8 – Mac 2013

Reply

WRizuan April 7, 2013 at 5:28 pm

tak lama main level atas pulak la DT hehehe
WRizuan recently posted..Wordless Wednesday : Proses Asas Pilihanraya Malaysia

Reply

Hazmin Hamudin April 7, 2013 at 6:18 pm

Tunaikan tak janji-janji masa bermanifesto dulu? Hehe
Hazmin Hamudin recently posted..Intipati Manifesto Barisan Nasional 2013 Sempena PRU 13

Reply

Ustazah Ain April 7, 2013 at 6:34 pm

Pengalaman mahal tu, tentu berdebar2 masa nak tahu keputusan undi..Tahniah atas pengalaman indah tu..kot2 la boleh bermanifesto lagi suatu hari nanti. :o

Reply

Kazen April 7, 2013 at 8:18 pm

huhu terbaik. saya pun dulu JPP jgak 8) Kazen recently posted..WordPress – I was here

Reply

Denaihati April 7, 2013 at 8:30 pm

orang kuat MPP rupanya, dah banyak pengalaman ni, boleh jadi calon PRU13…heee
selamat mengundi semua nanti.

Reply

titan April 8, 2013 at 1:35 am

bukan lu memang garang kahhh??
titan recently posted..One Punch Man.

Reply

auc April 9, 2013 at 12:47 am

jom undi DT
auc recently posted..Disebalik Tabir Dodol Kukus Bersama TV3

Reply

Ezad Skytech April 9, 2013 at 10:49 pm

janji ditepati tak….heee…
Ezad Skytech recently posted..WeChat Party 2013

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

Previous post:

Next post: