Kembaraku

by admin on April 4, 2013 · 18 comments

Apabila melihat rakan-rakan blogger yang lain mengembara, terasa amat cemburu. Siapa yang tak suka berjalan kan. Mungkin belum ada rezeki untuk ke mana. Jimat duit untuk kahwin.

Jadi di sini aku nak menceritakan tentang di mana aku pernah mengembara dalam 5 buah negara. Nak diikutkan 6 negara tapi disebabkan salah satu negara tersebut adalah di Singapura, aku tak masukkan sebab Singapura adalah kampung aku. Setiap tahun akan balik Singapura.

Negara yang terawal pernah aku pergi adalah negara Thailand. Waktu itu adalah pada tahun 1999. Masa tu darjah 5 dan ikut rombongan. Jadi aku ingat-ingat lupa masa berada di sana. Tapi yang paling aku ingat adalah bagi gajah makan tebu dan tangkap gambar dengan kambing dekat masjid Pattani. Nak kena cari semula gambar-gambar tu. Lagi satu yang aku ingat, lepas kitorang makan dekat satu kedai ni, tiba-tiba ada seorang ni cakap “Islam?” kami pun cakap “Ya”. Lalu dia pon berkata “kenapa makan dekat sini, sini ada letak ular dalam tomyam”. Patut lah sedap semacam tomyam tu. Lain kali kena hati-hati.

Tahun 2002 pula, aku kembara ke New Zealand. Berjalan dengan mak dan kakak.

Lapangan Terbang New Zealand

Yang paling aku ingat dekat New Zealand ni kejar kambing biri-biri. Comel sangat.  Lepas tu pergi kilang coklet dan dapat free sebab aku comel sangat. Budak-budak biasa lah sentiasa comel kan. Kemudian kami duduk dekat satu apartment yang ramai pelajar dari Malaysia. Mak pun masak masakan kita untuk mereka dan mereka sangat-sangat gembira. Itu je la yang aku ingat.

Tahun 2005 pula aku dapat menunaikan umrah. Alhamdulillah dapat juga ke sana. Macam-macam pengalaman yang aku dapat. Antaranya, dapat naik Gua Hira’, kemudian, ada salah satu ahli kumpulan tak percaya akan “air janggut nabi”, macam-macam lagi la. Paling best, unta cium aku. Melekit, tapi tak apa. Binatang kesayangan nabi.

Bersama Mutawif

Tempat paling yang aku suka untuk pergi selalu. InsyaAllah jika ada rezeki lebih akan pergi ke sana lagi.

Tahun 2007 pula aku pergi ke Bali, Indonesia. Ikut abang pergi honeymoon. Tapi kami tak kacau daun ye. Abang cakap kalau pergi 4 orang harganya lebih murah. Jadi aku dan mak tolong bagi kan murah. Kalau nak pergi honeymoon, memang Bali tempat yang paling sesuai untuk malam pertama. Sebabnya dengan bilik-bilik aku pihak hotel letak bunga berbentuk “love”. Sangat romantik!

Tanah Lot, Bali

Waktu tengok matahari terbenam, Subhanallah begitu besar kehidupan semula jadi yang diberi oleh Allah S.W.T. Yang paling aku ingat, kena kejar monyet dekat Monkey Forest. Orang tu dah cakap jangan genggam tangan sebab nanti monyet ingat ada makanan dia. Aku gatal nak buat eksperimen, haaa amik kau. Pecut 100000 meter aku sehingga ada sorang tu kata buka tangan, baru monyet tu berhenti secara tiba-tiba. Ada rezeki, akan ke sana lagi bersama bakal suami.

Seterusnya tahun 2010, aku ke Melbourne. Pergi dengan kesemua adik-beradik. Aku pergi ke Melbourne dalam keadaan sedih. Berat hati juga nak pergi sebab mak kena sakit Tibi. Tapi dah bayar kan. Mak pun cakap tak apa, bapak ada untuk jaga. So kira ok la. Tapi bila kami berada di sana pada hari kedua, bapak call cakap mak masuk hospital semula. Tapi mak masih cakap pada kami “jangan risau, enjoy yourself”. Menangis aku kat sana.

Tempat Shopping

Bagi aku Melbourne ni biasa je, pergi tempat Kangaroo, salah time, sebab time tidur. Pergi tempat Koala pula, binatang yang paling malas. Asyik tidur juga. Pergi tempat Penguin, waktu hujan. Lagi pun gelap sebab masa tu penguin baru naik darat. Apa pun ok la, at least dah sampai sana.

Kalau naik kapal terbang tu, setiap tahun naik kapal terbang. Kampung kat Singapore, jadi berterbang je la.

Cadangan tahun ni nak pergi Indonesia, balik kampung bapak nak cari saudara. Tapi cadangan sahaja, Allah yang menentukan.

 

{ 18 comments… read them below or add one }

sweetkurma April 5, 2013 at 12:29 am

tu lah kan, memang best kalau dapat peluang mengembara ni, akak pun suka jugak :D

Reply

admin April 5, 2013 at 12:31 am

betul tu kak..cuma wang tidak mengizinkan.. he he

Reply

wazy April 5, 2013 at 1:25 am

Dah lama tak menggembara ni,dalam Malaysia pun belum habis berjalan
wazy recently posted..Komisyen Ketiga Dari Postlinks

Reply

admin April 5, 2013 at 1:31 am

samalah.. Sabah je belum lagi.. nanti da pergi Sabah nak pusing pulau pulau plak

Reply

hafizrahim April 5, 2013 at 7:52 am

Syoknye asyik jalan2 je die..sy tahun ni melancong dalam malaysia..tunggu baby besar sikit baru boleh pergi jauh2..hehe
hafizrahim recently posted..WeChat Party 2013

Reply

admin April 5, 2013 at 12:40 pm

itu la.. bila baby dah besar baru best… kalo kecik2 ni, dia je da satu beg.. heheh

Reply

hafizmd April 5, 2013 at 10:30 am

Bestnye! Ni yg jeles ni…hehe

Ambe tahun ni belum sempat ke mana2 lagi, mungkin akan ke kawasan sekitar Malaysia jer….malas nak bawak anak2 naik flight (padahal tak cukup duit..hahaha)

thanks tyka berkongsi citer =)
hafizmd recently posted..Tiba-tiba Bercuti…

Reply

admin April 5, 2013 at 12:42 pm

ambe pulak yang jeles…
haha tak ape.. tunggu ada rezeki bawak anak-anak naik flight..
dalam Malaysia pon ada tempat yang menarik

Reply

Mohd Luthfi April 5, 2013 at 10:57 am

untunglah dapat pergi jalan jalan…. saya baru travel 3x jer
Mohd Luthfi recently posted..5th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2013

Reply

admin April 5, 2013 at 12:43 pm

ok la tu travel 3 kali da…
tak ape.. nanti ada rezeki boleh travel banyak tempat lagi kan..

Reply

akubiomed April 5, 2013 at 11:13 am

Kalau berjalan dengan berduit seronok. Kalau tidak sekadar cuci mata sahajalah.
akubiomed recently posted..Berita terkini daripada bilik gerakan

Reply

admin April 5, 2013 at 12:49 pm

betul tu. walaupun ada Rm10k, pasti tak cukup jugak..

Reply

Denaihati April 5, 2013 at 11:45 am

wah muda2 dah banyak mengembara. mudahan dipermudahan utk ke indonesia nanti
Denaihati recently posted..Sheikh Abdul Karim Omar Al Makki bertemu Jemaah Surau Al-Ikhlas Taman Bukit Belimbing

Reply

admin April 5, 2013 at 12:53 pm

insyaAllah.. plan je dlu…

Reply

staibaqhang April 5, 2013 at 3:11 pm

best dapat mengembara banyak tempat… saya malaysia pun tak habis lagi… bila lah nak dapat jalan2 ke luar dari malaysia tercinta ni..
staibaqhang recently posted..Pertandingan Fotografi Majalah Smithsonian 2012 / 2013

Reply

titan April 5, 2013 at 10:32 pm

mana satukah kembarnya??
titan recently posted..Jobdirumah Payment – Kali ke 26

Reply

Lynn April 6, 2013 at 1:21 am

Dah lama tak mengembara kecuali di alam mimpi.
Lynn recently posted..LAGENDA 1ST SIXTEEN….BELASAH !!

Reply

Ezad Skytech April 9, 2013 at 10:53 pm

byk tempat jugak la da pergi ye…den ni luar dari Malaysia mmg sekali pun belum lagi….
Ezad Skytech recently posted..WeChat Party 2013

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

Previous post:

Next post: