Entri lepas menunjukkan aku sibuk dengan kemas-mengemas. Aku kemas bilik selama 12 jam. Mula pada pukul 3 petang, siap dalam pukul 3 pagi. Dalam 12 jam tu ada aku cuma minum dan solat. Update blog dalam 15 minit.
Nampak sangat sepah kan. He he. Sebenarnya kemas tu boleh kejap je. Yang melambatkan, aku tengok gambar-gambar. Surat-surat cinta yang ditulis dalam kelas dulu. Ada diari lama-lama. Itu yang melambatkan kerja.
Ini bilik tengah. Ada sesetengah rumah tak ada bilik tengah ni, mereka pecahkan untuk jadikan bilik lebih besar. Kitorang tak nak sebab bilik tengah ni boleh dijadikan “playground”. Dulu kitorang main game PS1 dan PS2 kat sini je. Sekarang aku sendiri buat bilik tengah ni sebagai bilik “gym” dan tempat gosok baju. Aku workout fitness kat bilik ni.
Ni pulak bilik sesiapa sahaja. Nak diikutkan, ni bilik aku. Tapi aku dah biasa tidur di ruang tamu sebab dulu bilik dah penuh dengan adik-beradik dengan pasangannya. Bila masing-masing dah pindah rumah sendiri, aku masih dah biasa tidur dekat ruang tamu.
Jadi, selesai dah sesi pembuangan barang-barang Diploma dan Degree. Dapat juga 2 bungkus sampah besar.
Bila dah kemas-kemas tu, macam-macam lah aku jumpa.
Alat-alat tulis dapat kumpul setengah kotak, kalkulator tu pula pernah hilang, bila dah beli yang baru, tiba-tiba yang hilang tu muncul. Ajaib betul. Pendrive pula aku ada lagi banyak, tapi aku bagi kat kawan-kawan aku yang tak ada tanggungjawab. Reti pinjam, bila minta balik kata dah hilang. Boleh dia cakap “kau kan kaya, banyak pendrive tak rasa hilang satu ni”. Sabar je la. Tak apa lah, aku halalkan.
Bila dah kemas semua ni, dalam pukul 4 pagi aku tidur. Sabtu lepas ada solat-solat sunat kat surau. Pukul 8 aku dah kena pergi surau. Dapat rehat sekejap je. Habis solat tu, aku dah rasa tak sedap badan. Tapi aku masih tak rehat lagi. Lepas solat aku terus cari katil dengan mak. Nak cari katil yang sesuai untuk bilik aku. Sampai malam juga la cari nya.
Hari Ahad pula, aku ke Bukit Kemuning dan Gombak. Ada jemputan tunang dua pupu dan kenduri kahwin. Mula-mula, tak nak ikut sebab nak rehat. Tapi disebabkan yang kahwin kat Gombak ni orang Sulu, aku pun nak busy body juga. He he. Tapi orangnya baik sebab dia Ustaz. Asal je sana.
Balik tu, aku totally pengsan. Baru nak dapat rehat sepuas-puasnya. Pagi tadi baru pergi DEMC, alhamdulillah demam biasa sahaja. Dah cek doktor, lapar pula. Teringin nak makan steamboat.
Dapatla jugak makan steamboat. Alhamdulillah, sekarang badan dah segar sikit.
Panjang juga entri kali ni, update untuk hari Sabtu dan Ahad sekali. He he.
{ 18 comments… read them below or add one }
Peh..kalau sebelum tu tikus masuk boleh sesat tu..hehehe.
hafizrahim recently posted..Modern Style Home
alhamdulillah tak jumpa tikus.. ahahhaha
Tyka… oh Tyka… boleh upah tolong kemas umah kid tak? hehehehee… power laaaa DT nih…
KiD recently posted..300 Blogger Diperlukan untuk BUAT DUIT!
bolehhh.. satu jam RM50… boleh? hahahha
sekali macam tongkang pecah daa….kalau dah kemas baru cantik sikit mata memandang yea…kalau demam cepat-cepat cari air 100 plus….
sukma recently posted..KERJAYA DALAM ATM-PERAJURIT MUDA
haha sebenarnya barang semua dalam kotak.. bila keluarkan ini la jadi nya…
DT minum air kelapa je kalau demam
boleh tahan koleksi khazanah datin. banyak yang dah boleh dilelong kot…heee
sayang nak lelong.. huhuhu
wah.. rajin buat 5S
Mus recently posted..Sukanya Hannah Bila Dijadikan Eksperimen Gambar Potret
kalau dah rajin tu, semua benda nk kemas… heee bila malas satu apa tak jadi.. he he
Koleksi time belajar mmg byk, nak2 tang buku segala bagai…habis belek..pat hari boleh tak siap2…hahaha
p.s. kalkulator sampai 3 tuh…kiri kanan kira..hhehehe
hafizmd recently posted..Doa Petua Demam Panas & Demam Campak
student finance. biasa la kalkulator banyak.. he he…
Dasat. Peel sama la. Sambil berkemas, sambil belek-belek barang-barang lama.. Kemudian, ambil masa lama.. hehe
| 7 Rahsia Takaful Pendidikan
>> http://takafulpendidikanterbaik.com/
haa itu la.. bila baca tulis lelame ni kelakar jugak
sgy penat jika berpindah.. angkat barang ok sekejab tp nak mengemas sebulan.. heheh
angkat sekejap je.. nak ngemas tu.. alahaiii..
bila da mengemas ni…barang2 yg kita cari2 selama ni tak jumpa mmg tetiba je ada…selalu mcm tu…heee~
Ezad Skytech recently posted..Smartphone Murah Di Pasar Malam
Banyak barang yang dikemas. Bila sudah luas pandangan baru rasa tenang. Malangnya badan pula tak sehat.
akubiomed recently posted..Merakam keindahan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin