Bercinta Semasa Belajar

by admin on March 26, 2013 · 15 comments

Ada satu status di FB mengatakan “dah la ptus cinta,sekarang musim final exam,stress giler”. Mungkin ini salah satu kelemahan bercinta semasa belajar.

Seperti biasa, aku akan ceritakan melalui pengalaman.

Sewaktu aku belajar di UiTM Jengka, aku pernah bercinta dan putus cinta. Aku juga ada melihat keadaan sekeliling. Roomate semua ada kekasih dan ada yang tak ada kekasih. Jadi aku dapat melihat kebaikan dan kelemahan bercinta waktu belajar ni.

Pertama sekali, mesti la rasa bahagia kan bercinta ni. Lagi-lagi dapat pasangan yang romantik dan saling memahami. Sebagai contoh, kita ada quiz, test atau assignment dan pasangan kita faham keadaan kita siap bagi kata-kata semangat lagi. Kalau yang jenis tak romantik dan kuat cemburu tu memang masalah. Nak pergi kelas kena lapor, nak pergi tandas kena lapor, nak pergi makan kena lapor. Nampak je romantik sebab ambil berat tapi bagi aku menyemak. Nasib baik pasangan aku masa tu tak macam tu. He he.

Sewaktu aku bercinta memang ada kelebihan dan kelemahan. Kebaikan dia, aku selalu dapat kata-kata semangat dari si dia.Kalau aku stress, dia sanggup datang Jengka hilangkan stress aku. Sweet tak kitorang.

Kelemahannya pula, masa si dia kemalangan, aku tak fokus langsung dalam kelas. Sampai demam dibuatnya. Siapa tak risaukan. Jadi kelemahannya, effect pada pelajaran aku. Dah lah masa tu ada 3 test. Semua aku tak buat.

Itu cerita semasa bercinta. Masa putus cinta, aku tak pergi kelas seminggu. Banyak juga aku ketinggalan dalam pelajaran. Bila dah lepas, rasa memang bodoh juga. Tak apa lah, benda dah lepas. Oleh itu, aku jadikan semua ni sebagai pengalaman.

Kesimpulannya, kalau dah bercinta tu, pandai-pandai lah jaga diri, jangan sampai terganggu dengan pelajaran kita. Kalau tak bercinta lagi bagus. Sebab masa aku buat degree di UiTM Segamat, aku tak bercinta langsung. Rasa sangat bahagia. Tak banyak fikir, bebas apa kita nak buat.

Apa pendapat anda pula?

{ 15 comments… read them below or add one }

sukma March 27, 2013 at 11:07 am

ada pro & kontra…kekadang org yg kita cintai itu bukan menjadi teman seumur hidup & menjadi teman pengganti jer…tu yang buat menyemak fikiran kita…kusut nak study hard…adalah lebih baik kita belajar…then baru bercinta..sebab utamanya mengabiskan boreh yooo….
sukma recently posted..WORDLESS WEDNESDAY # 04

Reply

admin March 27, 2013 at 4:33 pm

haa stuju tu.. lagi lagi tang topup.. rasa membazir pun ada… huhu

Reply

boni kacak March 27, 2013 at 11:46 am

itulah.. kalau lelaki pun boleh lemah disebabkan cinta, apatah lagi pada wanita kan? :) boni kacak recently posted..Komik G3 Mac 2013 Jilid 109

Reply

Asyrof Asri March 27, 2013 at 2:48 pm

Betul, setuju dengan saudara Boni Kacak. ;) Asyrof Asri recently posted..AsyrofAsriStudio.com, MuazFaris.com Kenali Blogger Kacak, Comel Dan Bergaya

Reply

admin March 27, 2013 at 4:34 pm

perggh teringin nak tengok mu lemah sebab cinta.. heeee

Reply

Denaihati March 27, 2013 at 1:58 pm

kalau student oversea ada juga yg terus kahwin dan cemerlang dalam pelajaran. dalam negeri jarang2 pulak dengar(tapi ada). apapun bergantung pada individu boleh uruskan atau semakin kusut, kalau rasa mengganggu eloklah tumpukan pelajaran dulu,
Denaihati recently posted..Kisah Ashabul Kahfi

Reply

Asyrof Asri March 27, 2013 at 2:50 pm

Tak salah bercinta, tapi kena pandai jaga diri sendiri.

Jaga waktu, jaga hati, jaga perasaan semua orang.

Itu tips saya bercinta di Universiti dan jauh-jauh berbatu pulak kan? heheh ;) Asyrof Asri recently posted..I Want To Go Back Home This Year

Reply

azam March 27, 2013 at 3:17 pm

Perghhh best woooo cintan cintun masa belajar ni, tambahan kalau makwe sekelas so bleh la notanya kita photostat

Reply

incik March 28, 2013 at 12:11 am

saya bercinta semasa belajar selama 8 tahun, alhamdulillah sekarang dah kahwin n bahagia, memang byk cabaran, eeii sabo je la..
incik recently posted..Pulau Mabul, Sabah- Destinasi percutian sebelum pergolakan

Reply

munir ardi March 28, 2013 at 5:27 am

saya masih lagi senior high school dulu tapi cuma jadikan motivation supaya rajin datang ke school karena dulunya saya nih budak malas
munir ardi recently posted..SEO atau SEM

Reply

Hazmin Hamudin March 28, 2013 at 11:40 am

Kalau kena caranya, memang boleh buat cemerlang dalam belajar.
Hazmin Hamudin recently posted..Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2013

Reply

KyrulNickzam March 29, 2013 at 8:47 am

Tepuk dada tanya selera.

Bagi Kyrul, jika dia pandai bahagikan masa.. rasanya tiada masalah kot.

p/s: xsuka cari awek satu U.. :lol: KyrulNickzam recently posted..(Video) ‘Pencuri’ Berusia 2 Tahun Di Tangkap

Reply

titan March 31, 2013 at 5:43 pm

nasihat aku..bercintalah setiap masa. haha..
titan recently posted..Komisen ke 25 dari Jobdirumah

Reply

KiD April 1, 2013 at 1:45 am

ada juga kawan yang bercinta dari sekolah.. sambung ke U.. dan selepas kerja beberapa tahun., diorang kahwin.. tapi bilangannya sangat kecil dibanding dengan cinta monyet zaman sekolah..
KiD recently posted..Bercinta Selepas Nikah atau Sebelum Nikah?

Reply

munir ardi April 1, 2013 at 5:51 am

Leave a Comment

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

Previous post:

Next post: