Jangan salah faham ya. Di sini bukan perkhidmatan benda-benda tak senonoh tu. Ni semua dari keyword blog.
Nak ajak datin main apa eh? congkak? sep sep tom tom?
Zaman sekarang ni senang je ye. Taip saja dekat google, keluar apa yang patut. Kalau dulu mungkin kena guna Yellow Pages.
Kepada yang membuat carian ni, tak rasa salah ke, tak rasa takut azab api neraka ke, tak rasa segan dengan Allah S.W.T ke? Allah Maha Melihat dan Mengetahui, dia tahu apa kita buat.
Dulu di Facebook aku guna nama sebenar aku iaitu Siti Atikah. Lepas tu aku guna semula nama Datin Tyka sebab ramai RINDU dekat Datin Tyka. Ramai kenalan lebih suka panggil aku datin.
Setelah aku guna semula nama Datin Tyka, automatik ramai jejaka hangat, jejaka kacak add aku. Gambar profile tu tak tahan, ada yang tak berbaju, gambar pisang, macam-macam lah. Seram aku tengok.
Siap ada tanya aku, aku ni sugar mommy ke? Nauzubillah.
Persoalannya, kenapa DATIN jadi mangsa keadaan? Kesian Dato’/Datuk. Mungkin kaki sosial ni tahu datin sentiasa rasa sunyi sebab datok sibuk memanjang.
Tak apa, aku di sini tak rasa sunyi, walaupun datuk tak pernah wujud, game hantu sentiasa teman aku.
Sekali lagi, kepada orang yang membuat carian itu, insaf-insaf la ye. Seronok di dunia ni sekejap je, akhirat nanti lama seksa dia.
{ 15 comments… read them below or add one }
Dasyat zaman sekarang ni, keyword macam tu pun jadi bahan.. ish2.. Teruk2..
Irwan Alessa recently posted..Burger Bakar Kampung | Meru Style!
Teruk jugak yer kalau pakai keyword datin..
hatiputera recently posted..Pagespeed Blog Atau Loading Blog Sudah Laju
zaman sekarang nie semuanya di hujung jari..tekan jer..semua kuar…
Sukma recently posted..Segmen Nabeel Fikree Mencari Bloglist
tak sangka bila letak nama Datin, mmg ramai pula yg minat. Saya nak tukar FB profile jadi Datuk pula lah.
sebut jer datin yangtu jer tau, huh….
WRizuan recently posted..Wordless Wednesday : Kapal UFO ditemui di Malaysia
Adoi… Terlebijh akal betul diorang ni.. Elok dibuang la nama datin tu…
Hazmin Hamudin recently posted..Pengangkutan Awam Di Malaysia Sangat Teruk
memang tak nak guna dah nama datin.. tapi ramai kenal datin dari nama sebenar.. bila da guna nama datin lama. baru semalam keyword keluar mcm tu
macam2 manusia yg macam perangai n ragam. ini kira melampau
hoho..bahaya nih.
titan recently posted..Tak best la main hack-hack macam ni..
hehehe… lawak juga baca..macam2 jenis orang ada la ni
staibaqhang recently posted..Sunrise Jambatan Kedua Pulau Pinang
wahaaaa…. kat blog akk pun selalu keluar carian entahahapape…
Ummi Hanie recently posted..Bila perempuan bersembang tentang mekap
sekarang ni ramai betul golongan2 pervert..haih..ape nak jadi la.
hafizrahim recently posted..Axiata Cup – Up Your Game
Macam mana keyword panas boleh tuju ke blog ini?
kalau rasa nk main chess jgn lupa jemput saya haha
Kazen recently posted..Tips-Tips Usahawan Berjaya
Hahaha..terbaik…ada jugak keyword mcm ni..adoiii..glamour la siapa yang pakai tagline datin nih..hehe
Hafizul recently posted..Pendapatan Keenam Dari Jobdirumah