Khamis malam Jumaat, penuh dengan misteri.
Hantu keluar setiap malam, bukan pada hari Khamis malam Jumaat saja. Ini dalam fikiran aku. Bagi aku, hantu keluar setiap hari sebab aku pernah nampak benda tu hari Sabtu. Jadi setiap hari lah hantu keluar kan?
Petang tadi aku ada hal di Subang Parade. Nak keluar federal highway, pasti kesesakan lalu lintas. Jadi aku parking kereta di KTM Shah Alam, naik komuter. Senang dan cepat. Selesai hal aku terus pulang ke rumah.
Sampai di stesen Shah Alam dalam pukul 7.45 macam tu. Kereta aku parking tu sama laluan dengan teksi. Tiba-tiba pakcik tu tanya nak pergi mana. Mungkin dia tak tahu aku bawa kereta.
Pakcik tu tanya nak ke mana? Aku pun jawab “seksyen 21 boleh pakcik”. Muka pakcik dah lain lalu berkata “eh, tu kan kubur”. He he, saja kena kan pakcik tu.
“Tak ada lah pakcik, kereta saya kat belakang tu” kata aku. “Malam ni malam Jumaat dik oi, jangan memain”.
Aku pun gelak sambil minta maaf. “Gurau je pakcik, maaf ye”.
Lalu aku masuk ke kereta terus pulang dengan cepat untuk mengejar solat Maghrib.
{ 15 comments… read them below or add one }
wakaka. kejam betul.
fariq recently posted..Lagu Zaman Kanak-Kanak
mana ada kejam… baik je tau
Hahaha.. Apa punya pakcik.. Bukan main takut dia.
Hazmin Hamudin recently posted..Koleksi Shot Glass
Hahaha… Anuar recently posted..15 Oktober 2013 satu penantian yang mendebarkan..
uik kamu biar betol haa..nyaris jantung pakcik tu tak gugur muhii..nakal2 juga dik tyka ni yer suri recently posted..Kisah Main Dengan Kekasih
anak-ank sekarang mmg suka usik org tua. bgtulah ada mesra bgtu ni kekadang org mudah ya sy jumpa susah betul depa nak hormat warga tua. nak tegur mereka lagilah payah huhu…cuba pakwe kacak, awek cun depan mata mekaju je r tegur tanye nama mtk no hp kan..kan..kan suri recently posted..Sebening Hati Yang Suci
Mesti pakcik tu ada pengalaman ngeri.
Apa la.. Hantu pun takut. Kalau dia tunjuk muka lempang je.
Cikgu Hairul recently posted..Lombong Bijih Timah di Sungai Lembing Tarikan Pelancong ke Pahang
tak baik.. haha.. kesian pak cik tu..
agaknya dia pernah kena, atau mungkin juga kawan2 dia pernah kena. itu yg takut semacam tu.. haha.. ko kejam tyka.. haha
fiezaradzi recently posted..Bersangka Baik
Mula2 baca ingat pakcik tu menakutkan..rupa-rupanya pakcik tu yg takut..cis..
Hairul Azni recently posted..Semak Keputusan STPM 2012
Di rumah mempunyai 17 ekor kucing dan seekor arnab!
AzizMostafa recently posted..Any chance for an English
nasib juga tak jumpa lagi pakcik tu kat simpang
saja2 nak tumpang kereta
haha
TehR recently posted..Mycraftzon
ko buat lawak dengan pakcik tu ehhh….
sukma recently posted..Tshirt Kelab Blogger 2013 ..
hahaha kira terer jugak lah ya siap nyamar jadi hantu hiks
sweetkurma recently posted..titik noktah persahabatan
hoho..best la pakcik tuu..
titan recently posted..Jemputan ke Sidang Media KRU MMasterClass
nasib baik la pakcik tu ok je….layankan je…heee~
Ezad Skytech recently posted..CPUV Berganda Dari Nuffnang