Giliran Sudah Tiba

by admin on March 9, 2013 · 10 comments

Ini adalah gambar aku bersama sepupu dari Singapore. Aku lebih rapat dengan sepupu sebelah mak berbanding dengan bapak. Ini kerana sebelah bapak aku, aku adalah cucu yang terakhir. Atas aku pun abang aku yang beza umur 8 tahun. Sepupu yang pertama pun umur dah nak masuk 50 tahun. Anak dia pun dah sama umur dengan aku. Jadi memang tak rapat sangat, kalau raya pun aku lebih suka beraya di Singapura.

Kenapa aku suka beraya di Singapura?

Sejujurnya, bila dapat duit raya, aku jadi orang kaya. He he. Selain itu, kitorang sepupu umurnya dekat-dekat. Kira satu kepala lah. Jadi abang-abang dan kakak aku sudah pun kahwin, sekarang ini sepupu aku yang sama umur dah tunang. Dalam 5 bulan ni dari bulan September lepas 3 sepupu tunang. Satu bulan September, satu bulan November dan baru-baru ini awal bulan Mac.

Bila dah berkumpul tu, macam-macam soalan lah. Tiba-tiba nenek tanya, “Siapa pula lepas ini”.

Semua pandang aku. Ah, sudah! Calon pun tak ada lagi.

Ya, bila nak ikut kan umur, memang sudah tiba giliran aku.

Takkan tak ada calon lagi?

Sebenarnya aku dalam sesi perkenalan dengan seorang ini. Jika diizinkan Allah S.W.T dan jika itu jodohku, minta dipermudahkan.

Aminnnnnn

{ 10 comments… read them below or add one }

fariq March 10, 2013 at 12:38 am

cepat2 la datin.. boleh kawan2 blogger semua makan nasi paprik eh nasii minyak nanti,
fariq recently posted..Lelaki Sekarang Minat Perempuan Lebih Umur

Reply

Sumijelly March 10, 2013 at 12:57 pm

Wah…sedang mengenali…cepat2… best woo kawen…tup tup dah 4 anak macam kak sumi…hahaha
Sumijelly recently posted..Contest Kaca Mata PapaMifz.com

Reply

auc March 10, 2013 at 1:16 pm

moga dipermudahkan segalanya :) auc recently posted..Skybox

Reply

Denaihati March 10, 2013 at 2:22 pm

Alhamdulillah, dah giliran, merasalah makan dari minyak kat singapura…

Reply

staibaqhang March 10, 2013 at 5:32 pm

semoga dipermudahkan segala urusan dan dipanjangkan segala kebahagiaan
staibaqhang recently posted..Chicken Soup for the Soul Edisi Bahasa Melayu

Reply

wazy March 11, 2013 at 12:29 am

Semoga semuanya berjalan dengan lancar,lepas ni boleh makan nasi minyak la yer
wazy recently posted..Komisyen Kedua Dari Postlinks

Reply

wandisini March 11, 2013 at 12:25 pm

insyaallah niat yang baik akan dipermudahkan oleh-Nya
wandisini recently posted..Boleh Kamu Baca Tulisan Jawi?

Reply

ejam March 12, 2013 at 10:57 am

wah dh bau2 nasi goreng dah ni…cepat2 yer…hehe
ejam recently posted..Eizil Network Dengan Promosi Bulan Mac 2013.

Reply

MK Kimi March 13, 2013 at 10:05 pm

wedding of the year. ramai press nk interview datin sorang ni…hehe
MK Kimi recently posted..Wordless Wednesday #9 – Coklat Langkawi

Reply

Ezad Skytech March 20, 2013 at 1:09 am

soalan cepumas tu kan…heee…semoga dipermudahkan segalanya…
Ezad Skytech recently posted..CPUV Berganda Dari Nuffnang

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

Previous post:

Next post: