Moden VS Tradisional

by admin on March 8, 2013 · 12 comments

Anda sekarang ikut yang mana satu? Anda sekarang seorang yang moden dan masih mengamalkan tradisional atau anda seorang yang moden tapi merasakan tradisional mengarut?

Kawan-kawan sekarang ramai yang baru lepas bersalin dan sentiasa merungut dan mengadu di Facebook.

Pertama sekali, demam kuning biasa bagi bayi yang baru dilahirkan. Ikut orang tua, jemur dan guna ubat-ubatan seperti ada jual di kedai cina. Ada yang kata guna susu kambing kan. Tetapi doktor pula kata ini semua mengarut.

Jadi anda nak ikut yang mana satu? Ikut orang tua ke atau ikut kata doktor.

Kedua, bayi dalam usia 0 bulan hingga 1 atau 2 bulan, elok dibedung kan? Tapi kata doktor juga, bayi tak perlu dibedung sebab ia membuatkan angin dalam badan tak keluar. Dan di Malaysia cuaca panas, jadi ia akan berpeluh. Kalau ikut orang dulu, bayi kena bedung untuk mengelakkan angin masuk.

Jadi zaman sekarang ni termasuk kawan-kawan aku, mereka lebih percaya cakap doktor. Doktor always right. Ingat! Dulu mak kita jaga macam mana? Sihat je sehingga dah kahwin ada anak.

Cara orang dulu lebih baik dari sekarang. Doktor tu pun mungkin mak dia bedung. Kan?

Akhir kata, pesanan mak aku, budak zaman sekarang mana nak ikut lagi cara orang dulu. Betul ke? Aku tak ada pengalaman lagi dalam bab-bab gini.

 

{ 12 comments… read them below or add one }

ejam March 8, 2013 at 10:05 pm

memang ada yg tak berjaya nak diikut dah tradisi yg lama skrg ni, antaranya bedung baby tu..bukan mak pak tak nak bedung tapi baby tu sendiri menunjukkan tanda tak sesuai dah dibedung, ganasnya bukan main kejap2 dah terkeluar tangan…haha.

pakai barut pada baby, minggu2 awal bolehlah lepas tu kalau baby membesar dgn jayanya maka bergulunglah barut tu berada di atas dada, jadi gangguan pula pada pernafasan baby tu, sayang anak lebih penting dari sayang tradisi tu.

pasal baby kuning masih lagi amalkan petua, daripada bagi “dadah” pada anak baik bagi yang natural dari alami…titisan air anggur hitam juga baik kalau tak dapat susu kambing..
ejam recently posted..Baju I AM @EjamOthman dan @norsaritanaini Selamat Diterima.

Reply

admin March 8, 2013 at 10:08 pm

tapi orang dulu buat, semua anak anak sihat kan…
kekadang orang tua cepat terasa hati..
confuse.. kena kahwin dan ada anak cepat ni, baru bole rasa…

Reply

Izzat Eshak March 8, 2013 at 11:45 pm

Cepat2 DT kawen =P
Izzat Eshak recently posted..Gaji dalam bisnes

Reply

admin March 13, 2013 at 1:11 am

erkk.. sabar sabar.. duit tak cukup lagi ni.

Reply

Kujie March 9, 2013 at 7:30 am

ikut apa yang orang dulu buat..sebab masa berpantang , mak mertua datang dari kampung jaga utk tempoh 2 minggu

buat apa melawan…. tolak ansur.

bedung tu buat juga, ada baiknya – anak tidur nyenyak tak terkejut-kejut sampai tergapai gapai tangan

susu kambing pun bagi..tapi bukanlah sebotol sampai sendawa…. bersederhana, sesusu…………sejam kemudian sesudu. ubat pun kalau berlebihan akan jadi racun juga. kalau ckp susu kambing tu, jgnlah dok bayangkan secawan. itu dah salah.

benda ni bukan ada pihak yang total salah, total betul.. kita ni jangan dok rumitkan perkata remeh..ramai ibu2 muda kak jie tengok dia orang jadikan semua tu masalah..sampai terganggu proses berpantang , jadi stress… tu yg tak tenang.

ikut saja mana yang bersesuainya,..secara bersederhana,
Kujie recently posted..Contoh Email Kepada Pengiklan

Reply

admin March 13, 2013 at 1:14 am

pengalaman dari kak jie. tu la, sekarang ni zaman moden.. ramai nak ikot moden saje.
terima kasih kak jie kongsi pengalaman

Reply

Cikgu Hairul March 9, 2013 at 10:55 am

Tradisional pun ada baiknya. Doktor pun guna petua2 tradisional ni masa dia berpantang.
Cikgu Hairul recently posted..Reason ke Listen?

Reply

admin March 20, 2013 at 11:40 am

tapi doktor sendiri kata ini semua nonsence.. pelik doktor doktor sekarang ni.. he he

Reply

Denaihati March 9, 2013 at 1:31 pm

bab lepas bersalin dan baby, elok ikut tradisional, walaupun tak dapat ikut 100%. bedung, bertungku, jemur baby waktu pagi tu utk kurangkan demam kuning semuanya baik. tapi kalau baby sakit lama, berhari2, kena bawak klinik takut ada sakit lain.

Reply

staibaqhang March 9, 2013 at 6:15 pm

ada juga kebaikan tradisional ni sebenarnya…. dan yang moden tu tak semestinya baik sentiasa….
org tua2 cakap bedung baik untuk otot bayi… sebab bayi akan cuba untuk lawan kain yang bedung dia… kira senaman la….
bagi saya ikut saja apa yang org tua2 sarankan selagi tak memudaratkan kesihatan ibu dan bayi…
staibaqhang recently posted..Chicken Soup for the Soul Edisi Bahasa Melayu

Reply

auc March 9, 2013 at 6:32 pm

auc ikut mana yg elok
cthnya: bab baby kena kuning masa baru lahir tu, auc 5 org semua x kena kuning.
kita kena ikut jg petua org dulu2 ni
auc recently posted..Tahniah! Anak Abah

Reply

wainazreen March 9, 2013 at 10:21 pm

tradisional dan moden masing2 ada kelebihan, cuma jangan ambil ubat tradisional yang tidak diluluskan takut ada kesan jangka masa panjang.
wainazreen recently posted..Kenapa Suami Selalu Tidur Selepas Berasmara?

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

Previous post:

Next post: