Jaga Aib Kita

by admin on March 6, 2013 · 2 comments

Sekarang ni tengok di Facebook, macam-macam yang di sharekan nya. Harap anda faham apa maksud aku.

Kekadang tu, memang lah orang tu jahat, tapi jangan la buka keaiaban dia. Kalau nak share tu, blur-blurkan muka dia ke atau pun yang tengah hangat sekarang gambar suami isteri tu. Yang bersalah suami nya, tapi isteri jadi mangsa kerana gambar terpampang sekali.

Kalau kita sembahyang, 17 kali kita minta tutup keaiban kita. Tak sembahyang, memang tak jaga aib kita lah maksudnya. Kita nak aib kita sentiasa tertutup, tapi tak rasa bersalah ke buka aib orang lain.

Ini adalah yang kita sebut dalam solat.

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)

Jadi, jangan lah kita baca terlalu cepat semasa duduk antara sujud. Kalau boleh hayati setiap perkataan tersebut.

Semoga hari ini kita jaga aib orang lain, orang lain akan jaga aib kita.

{ 2 comments… read them below or add one }

MK Kimi March 7, 2013 at 6:40 am

InsyaAllah..jika kita jaga aib orang, Allah jaga aib kita
MK Kimi recently posted..Mood Bercuti Sudah Mula

Reply

Cikgu Hairul March 9, 2013 at 10:50 am

Mungkin tak perasan itu aib orang.. Kena juga disedarkan dengan apa cara sekalipun.
Cikgu Hairul recently posted..Reason ke Listen?

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

Previous post:

Next post: