Contest Kaca Mata PapaMifz.com

by admin on March 6, 2013 · 10 comments

Aku berkaca mata sejak tahun 2003 lagi. Waktu itu aku berada dalam tingkatan 2. Mula perasan rabun apabila aku menghadapi masalah kekaburan untuk melihat papan hitam walaupun sudah duduk di hadapan kelas. Lalu aku balik ke rumah mengadu kepada kedua ibu bapaku. Mereka sangat risau dan terus malam itu juga pergi ke kedai cermin mata. Aku disahkan hamil rabun. Ini bermakna aku sudah 10 tahun berkaca mata

Ini adalah cermin mata tahun 2012. Untuk pengetahuan semua, setiap tahun aku akan bertukar tukar cermin mata, tapi pernah 2 3 kali tukar dalam setahun sebab patah kerana aku seorang yang lasak. Cermin mata ini dibuat pada awal tahun 2012 dan kini sudah masuk bulan 3 2013 masih bertahan lagi. Aku suka cermin mata ni sebab lasak. Aku tidur dengan dia, aku mandi kolam renang dengan dia, aku solat dengan dia. Dia masih setia dengan aku. Nak dibandingkan dengan dulu, aku tidur dengan cermin mata, esok paginya dah senget.

Tak ingat lah cermin mata ni jenama apa, yang tahu cari murah-murah je. Kesian dengan mak, sebab mak punya cermin mata je dah RM1, 500. Mak punya jadi mahal sebab jenis yang rabun jauh dan rabun dekat tu. Lepas tu kena tinted lagi sebab silau. Lepas mak kena tibi mata mak jadi teruk, tu kena cari yang paling bagus sekali. Jadi aku cari lah murah-murah untuk kurangkan beban mak dan bapak. Baik tak aku? He he.

Dari cermin mata yang pertama sehingga sekarang , aku beli dekat Menara Optik. Memang pelanggan setia lah, tak pernah cuba kedai cermin mata lain. Sebab kalau beli dari kedai Menara Optik, setiap kali raya mesti dapat kad raya. He he. Aku tak berapa nak tahu tentang jenis kanta ni, yang aku tahu aku punya tinted sikit sebab aku ada rabun silau. Aku nak tinted warna merah tapi mak marah. Jadi aku tukar warnah kelabu kehijauan.

Tak silap aku, beli cermin mata ni berharga RM300. Tak berapa nak ingat sebab mak dan ayah yang bayar, kalau sendiri bayar sendiri ingat lah. Ye la, aku student lagi mana ada duit nak buat cermin mata. Buat masa ni, aku sangat bangga dengan cermin mata yang aku guna sekarang ini. Aku tidur macam mana pun, ia tetap di mata hidung ku, anak buah yang suka tarik cermin mata ni buat mainan campak sana sini, masih stabil lagi. Berkat anak solehah kut sebab kurangkan beban mak. He he.

Ini adalah kisah cermin mata ku. Mungkin dengan aku cerita ni aku boleh dapat hadiah kan. Cuba korang try pula, cerita tentang cermin mata, lepas tu boleh dapat hadiah. Mana tahu kan, Rezeki Allah dah tetapkan. Siapa nak join tu boleh tekan SINI. Tarikh tutup 15 March 2013 tau. Cepat jangan ketinggalan.

{ 10 comments… read them below or add one }

fariq March 6, 2013 at 3:47 pm

cite pasal spek ni, kwn tgh geram ape nama holder yg kat idung tu asek keje nak tanggal je,, haha sakit hati betul..
fariq recently posted..Contoh Surat Perletakan Jawatan

Reply

admin March 6, 2013 at 5:25 pm

itu maknanya kena cari yang baru….
sakit woo kalau takde tu.. tetajam kat idong

Reply

Faizal Fredley March 6, 2013 at 3:53 pm

hhaha..aku baru tgh hari tadi gi kedai cermin mata buat spek….rasa mcm x leh terima yg diri ini rabun….harga aku buat dlm 270 jer…tp x pasti confiden ke x nak pakai nanti
Faizal Fredley recently posted..Berjemur Musim Sejuk Di Eropah

Reply

admin March 6, 2013 at 5:26 pm

larh rabun juga.. mungkin selalu mengadap komputer..
mula mula ko pakai mesti pening pnye..cari yg sesuai ngn muka, baru kehenseman nanti

Reply

akubiomed March 6, 2013 at 9:32 pm

Wah setiap aktiviti harian tanpa menanggalkan cermin mata. Kalau cermin mata boleh bercakap tentu dia ucapkan terima kasih kerana dapat menjadi teman setian sepanjang hari. :-) akubiomed recently posted..Contest Kaca Mata PapaMifz.com

Reply

admin March 6, 2013 at 10:59 pm

hahaha betul… memang sentiasa melekat kat mata ni… sangat lasak

Reply

Ezad Skytech March 7, 2013 at 1:21 am

sampai tidur pun still pakai spek…cepat la jahanamnya spek tu…time tido mana sedar kan…heee~
Ezad Skytech recently posted..Wordless Wednesday #67 | Burrp

Reply

papa mifz March 7, 2013 at 11:04 am

terima kasih sebab sudi join contest PM…

semoga serjaya yer…:)
papa mifz recently posted..Wordless Wednesday – Jemput Makan Semua

Reply

admin March 8, 2013 at 9:29 pm

same same

Reply

lokman March 10, 2013 at 9:42 am

gudluck.. ^_^.
lokman recently posted..Contest Kaca Mata PapaMifz.com

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

Previous post:

Next post: