Kahwin 10 Hari Dah Bercerai

by admin on February 26, 2013 · 18 comments

Gosip anak-beranak ketika minum kopi.

Bulan lepas baru pergi majlis perkahwinan anak kawan ayah. Grand juga la majlis mereka. Buat di Dewan bertempat di Kelana Jaya.

Kalau nak di kira kos semuanya dalam anggaran RM40,000 juga tu. Dewan tu harga dalam lingkungan RM 8,000. Dewan sahaja tak termasuk makanan, pelamin, baju pengantin, muzik, kompang mereka panggil ala ala pancaragam dan paling best ada magik tu. Sekarang catering mahal, paling kurang pun RM10 satu kepala. Itu pun lauk ala kadar je kan. Majlis ni siap ada kambing golek.

Kumpul duit bagai nak rak, RM40000 hanya untuk satu hari, lepas itu bercerai. Astaghfirullah Al Azim.

Punca bercerai ni sebab masuk campur ibu bapa. Bukan nak busy body, tetapi mesti nak kena busy body. Ye la, nak tahu juga punca nya. Takkan bercerai suka-suka je kan.

Bila dengar sepenuh cerita ni, mengarut juga sebab bercerai itu. Hanya kerana anak nya tak pernah tengok TV malam, si suami kena ikut serta tak boleh tengok TV malam. Lelaki tengok bola malam-malam kan. Kalau dah jadi milik anak dia, kena ikut syarat keluarganya. Dah macam cerita Tiga Abdul ada syarat-syarat pula.

Risau pula aku nak kahwin nanti. Harap-harap bakal mentua aku tak begini lah.

{ 18 comments… read them below or add one }

Ladfe Amir February 26, 2013 at 6:18 pm

poyo nya family itu. tengok tv malam2 pun tidak boleh.
Ladfe Amir recently posted..Pertama Kali Bertentang Mata

Reply

admin February 26, 2013 at 6:43 pm

itu la.. katanya dia didik anak anak tengok tv sampai 10 malam sahaja… tapi kan da besar.. kontrol sangat…

Reply

Amin A. R February 26, 2013 at 7:53 pm

ape punya syarat daaaa……..pelik2 manusia sekarang ni….
Amin A. R recently posted..#211 Segmen Blogwalking Oleh Eraz Fadli

Reply

admin February 26, 2013 at 8:33 pm

syarat di dalam keluarganya. pelik sangat.
kan dah kahwin. ikut la cakap suami..

Reply

sukma February 26, 2013 at 11:04 pm

syarat yang pelik…lepas kahwin cari jer rumah lain jangan tinggal serumah dengan mentua…
sukma recently posted..PROGRAM SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN TENTERA DARAT KALI KE-80

Reply

MK Kimi February 27, 2013 at 12:17 am

kalau yg bersyarat pelik2 ni baik takyah kahwin awal2… bkn nak membahagiakn anak tp nak memporak perandakan keluarga anak adalah. dunia…dunia..
MK Kimi recently posted..Wedding Siti Fatma & Husaini | Burger Bakar Abang Burn

Reply

Adam Roslan February 27, 2013 at 4:01 am

Salam. Mintak simpang :) Adam Roslan recently posted..(Keputusan Piala FA 2013) Pusingan 2, 26 Februari

Reply

admin March 4, 2013 at 11:32 pm

simpang tu ape. ahha

Reply

hatiputera February 27, 2013 at 8:18 am

Semoga menjadi pengajaran kepada kita semua. walaupun ibu bapa memang buat yang dirasakan terbaik untuk anak masing-masing. Kita kena pandai menyesuaikan diri dengan keadaan. Toleransi adalah penting.
hatiputera recently posted..Huggies Dry Pants Tukarlah Untuk Lebih Senang Dipakai Di Mydin USJ

Reply

admin March 4, 2013 at 11:27 pm

hatiputera da berumah tangga pasti dah ada banyak pengalaman..
den ni, jadi risau pula..

Reply

ejam February 28, 2013 at 8:31 am

sedihnya dgn keluarga tu, masalahnya sangat kecil sanggup buat keputusan yg meninggalkan kesan yg besar…mohon fikir panjang sebelum buat keputusan kurang bijak begini.
ejam recently posted..Dah Lama Tak Makan Kismis Katanya.

Reply

admin March 4, 2013 at 11:13 pm

lelaki tu terpaksa cerai sebab mentua tu serang parents lelaki…
serang tu mcm tak sopan la..
kata jangan hasut anak perempuan dia.. memang tahape ape la

Reply

Encik Din February 28, 2013 at 9:41 am

huh. bende kecik tuh je boleh bercerai. nih mesti anak manja dgn mak bapak ni.
Encik Din recently posted..Blog di Hack sebab guna theme percuma?

Reply

admin March 4, 2013 at 11:02 pm

family tu mcm kuat adat je tengok..
masa gi wedding nampak la jugak

Reply

puanbee February 28, 2013 at 9:09 pm

macam2 hal ye .. kalau gitu ramai la org bercerai , berapa ramai isteri berjaga malam bukan kerana suami jaga malam , tp kerana anak2 kecik pun suka jaga malam
puanbee recently posted..Ibu “Unsubcribe” Pakej Astro Sebab ?

Reply

admin March 4, 2013 at 6:18 pm

mungkin dah ada anak, bole berjaga malam. tapi tak benarkan tengok tv memalam tu tak leh tahan.. kesian anak kawan ayah… stress dia

Reply

Izzat Eshak March 1, 2013 at 12:39 pm

Mintak2 dijauhkan cerai berai ni
Izzat Eshak recently posted..Domain sebagai pelaburan digital

Reply

admin March 4, 2013 at 6:11 pm

betul tu… semoga jauhkan perkara begini

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

Previous post:

Next post: