Adakah Itu Peminta Sedekah Atau Malaikat?

by admin on February 25, 2013 · 17 comments

Peminta sedekah atau malaikat? Mesti pernah dengar kan malaikat boleh menjadi manusia untuk menguji manusia di bumi Allah ini?

Haaaa, adakah ini yang berlaku pada aku tadi. Sebentar tadi aku survey kedai kamera di Shah Alam Mall (Plaza Masalam). Nak cari kamera. DSLR? Bukan, kamera digital biasa sahaja. Lepas survey itu, nak pergi ambil anak buah pula di Smart Reader Seksyen 9 Shah Alam.

Masa nak lintas jalan tu, melihat seorang peminta sedekah. Duduk di sebelah McDonald. Berjubah yang berwarna kelabu. Selalunya aku memang sediakan duit kecil dalam beg untuk beri sedekah. Tapi hari ini tak ada pula dalam beg. Jadi aku patah balik ke kereta untuk ambil.

Masa nak sedekah tu, hilang orang tu. Jalan depan sikit mana tahu ada kat depan tu. Tak nampak kelibat langsung. Takkan dalam 1 minit dah berjalan jauh. Aku parking depan Mcdonald je pun. Tak puas hati, cari sampai ke belakang kedai. Mana tahu dia dah sampai situ. Tak ada pun. Orang itu jalan bertongkat, takkan jalan laju sangatkan.

Balik cerita dengan mak. Mak cakap “malaikat la kot”. Takut aku dengar. Kalau benar itu adalah malaikat, aku minta ampun pada Allah S.W.T, niat aku memang mahu beri. Jangan lah uji aku lagi seperti begini.

Nasihat aku, anda jangan lah buruk sangka pada peminta sedekah. Aku pernah tegur kawan aku sebab kata peminta sedekah ni sebenarnya dapat subsidi. Tapi tak berusaha.

Bagi aku, nak bagi duit, bagi. Jangan nak membebel. Dah la membebel, duit tak nak bagi. Apa pun tak boleh.

Fuh, sehingga sekarang aku terfikir. Betul ke tu malaikat?

 

{ 17 comments… read them below or add one }

suri February 25, 2013 at 4:10 pm

salam..

hurm..sy rasa mugkin anda salah pandang ker hee..entahlah sabarlah nnti klu jumpa org lain bgi jelah kt org tu.sush nak jumpa org balik melainkan kita pi sana balik.

sllu klu ada niat nak buat pkra yg baik insyallah pahal tu kita dah dpt.tu belum kita buat amalan tu mesti dpt pahal dg byk.
suri recently posted..Petua Kentang Tahan Lama

Reply

suri February 25, 2013 at 4:11 pm

sebuat malaikat ingt juga masa kami berborak dg adik beradik mmg bising.pastukan sampai satu saat suasana tu jadi diam.satu apa pun tak bunyi.pastu mak ada ckp malaikat tgh lalu.

wahulam…
suri recently posted..Psttt!! V

Reply

admin February 26, 2013 at 12:40 am

betul betul..
kalau suasana tengah meriah, tiba tiba senyap, slalu kata itu malaikat lalu.. hebat kan..

Reply

Denaihati February 25, 2013 at 4:17 pm

ok lah kalau malaikat, kalau jin cerita lain…heeee
betul sentiasa sangka baik dan tangan yg diatas lebih baik. kecualilah betul2 jelas bohong macam sindiket ke.

Reply

admin February 26, 2013 at 12:38 am

kalau jin samsudin tak apa la tuan DH. hehe
tapi, kita tak tahu itu sindiket atau tidak. macam mana eh.?
Allah lebih mengetahui kan..

Reply

sukma February 25, 2013 at 4:41 pm

peminta sedekah nie kekadang kita harus bagi sedekah kekadang tak??? tengah pokai…
tapi tadi akak bagi sedekah kat parking keter bangunan tabung haji ada OKU (siap tunjuk kad OKU) minta sedekah. Setelah sedekah siap dia doa semoga murah rezeki…AMIN…
sukma recently posted..AKU BAYAR ASTRO GAK…

Reply

admin February 26, 2013 at 12:37 am

betul kak…
lepas sedekah nanti mereka doa..
kita pun mengaminkan..

Reply

jal February 25, 2013 at 10:12 pm

tak kurang pon duet kita kalau bersedekah, bertambah2 lagi adalah tak caya rajin2 lah bersedekah tapi kena pastikan bersedekah tu cukup syarat iaitu bukan untuk menunjuk2, malaikat atau tidak itu kerja ALLAH s.w.t jika benar beruntung lah anda dapat melihat malaikat didalam jelmaan manusia.
jal recently posted..ChurpChurp yang baik hati

Reply

admin February 26, 2013 at 12:35 am

benar. Allah sentiasa memberi rezeki kepada hambaNya.

Reply

KiD February 25, 2013 at 10:21 pm

tangan yang memberi lebih baik dari menerima.. asal ikhlas.. berikan kepada yang memerlukan..
KiD recently posted..Asrama untuk SK Malinsau dari ASTRO KASIH

Reply

admin February 26, 2013 at 12:11 am

DT dah terbiasa untuk memberi kerana bapak dan mak selalu pesan, bantu lah orang seperti mereka..

Reply

daddydee February 26, 2013 at 1:12 am

mau berpeluh juga ketiak kalau kena situasi begini. hehehee
daddydee recently posted..Takut Hantu Atau Tuhan ???

Reply

admin February 26, 2013 at 4:46 pm

cek ketiak tak peluh. he he.. cuma nervous sangat. hilang sekelip mata.

Reply

akubiomed February 26, 2013 at 1:37 am

Bersangka baik. lagi pun sudah berniat untuk memberi sedekah.
akubiomed recently posted..Contest Kaca Mata PapaMifz.com

Reply

admin February 26, 2013 at 4:45 pm

in shaa Allah.. apa pun Allah sahaja tahu niatnya.

Reply

ejam February 28, 2013 at 8:40 am

betul tu, kita anggap yg baik2 saja duit yg kita sedekahkan itu digunakan..
ejam recently posted..Dia Seorang Saja Nak Makan.

Reply

admin March 4, 2013 at 11:10 pm

in shaa Allah, Allah sahaja tahu niat kita..

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

Previous post:

Next post: