Adakah Telefon Awam Masih Berguna?

by admin on February 24, 2013 · 13 comments

Anda semua masih ingat telefon awam atau dikenali sebagai “public phone” ? Lupa akan rupanya? Sekejap aku tunjuk kan.

Gambar dari Encik Google.

Anda rasa public phone ini penting tak? Masih ada orang awam menggunakannya tak? Ya lah, sekarang kan zaman moden. Semua ada handphone kan.

Tapi bagi aku, public phone masih lagi berguna dan penting. Mula-mula aku ingat dah tak guna dah public phone dan yang ada sekarang ini sebagai perhiasan je. Rupanya tidak.

Nak jadikan cerita, pagi tadi aku ke pasar beli barang dapur. Nak balik tu aku nampak seorang makcik ini tekan tekan nombor dekat public phone tu. Setahu aku, kebanyakkan public phone di Malaysia ini dah rosak.

Aku pun tanya makcik tu , nak telefon seseorang ke? Rupanya dia nak call anak dia suruh ambil dia. Makcik tersebut lupa bawa handphone.

Tengok! makcik pun ada handphone cuma tertinggal. Dan ini ternyata public phone sebenarnya masih berguna untuk rakyat Malaysia. Aku pun tolong makcik itu call anak dia. Nasib baik makcik itu ingat nombor telefon. Kalau tidak ingat, payah juga.

Apa pun, kita perlu ada sikap bantu-membantu, tolong-menolong. Aku pernah dengar cerita merompak sebab kes ini. Kita niat nak membantu rupanya ini salah satu cara untuk merompak kan?

Oh! Aku ada belajar dengan ustaz cara melindungi diri. Kita baca satu doa iaitu ayat dari Al-Quran supaya diri sendiri ini sentiasa dilindungi oleh Allah S.W.T.

Sebelum aku tolong makcik itu, aku jampi dulu. He he.

{ 13 comments… read them below or add one }

KiD February 24, 2013 at 11:27 pm

masih lagi boleh digunapakai oleh sesetengah golongan..
KiD recently posted..Arked Man Sungai Besar

Reply

admin February 25, 2013 at 12:36 am

tapi kebanyakkan nya rosak.. tu yang masalah ni.. haiyaa

Reply

dean February 24, 2013 at 11:35 pm

Masih lagi relevan, untuk beberapa situasi. Rasanya lah. :)

Reply

admin February 25, 2013 at 12:36 am

yup memang masih relevan.. cuma kebanyakkan rosak je..

Reply

Lizz February 25, 2013 at 1:03 pm

pada kita mungkin tak tapi bagi mereka yang bermastautin dekat sini macam contoh org indonesia dan lain2 mereka still perlukan tepon ni
Lizz recently posted..BRIM 2013 Layakkah Kita Untuk Menerima?

Reply

admin February 25, 2013 at 1:53 pm

tu la.. tapi dah banyak rosak kan..
jadi kerajaan kena betulkan balik semua public phone yang ada di Malaysia ni kan.

Reply

akubiomed February 26, 2013 at 1:38 am

Bila keadaan kecemasan ia tetap berguna.
akubiomed recently posted..Contest Kaca Mata PapaMifz.com

Reply

admin February 26, 2013 at 4:42 pm

memang tetap berguna, tapi kebanyakkan rosak kan.. tu masalahnya..

Reply

MK Kimi February 27, 2013 at 11:14 pm

teringat masa kt TBS sabtu lepas. kat level 4 ada disediakan ruang nak letak public phone..adalah dlm 6 ruang cmtu. tp dari 6 tu hanya satu je letak public phone, itupon mcm takde org guna sgt..
MK Kimi recently posted..Cubaan Habiskan Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M)

Reply

admin March 4, 2013 at 11:22 pm

itu la pasainya…
sepatutnya penuhkan..

Reply

ejam February 28, 2013 at 8:43 am

mohon kongsikan doa pelindung tersebut… :) ejam recently posted..Seminggu Lebih Mencari Benda Yang Hilang.

Reply

admin March 4, 2013 at 11:09 pm

doa mandrem ni.. haehehahea

Reply

Ezad Skytech March 7, 2013 at 1:28 am

kalau emergency..mmg sgt2 berguna public telephone ni..:D
Ezad Skytech recently posted..Wordless Wednesday #67 | Burrp

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

Previous post:

Next post: