Abang Tu Jahat

by admin on February 21, 2013 · 27 comments

Tadi aku pergi bayar bil-bil yang patut. Nanti kang tahu-tahu gelap je rumah.

Alhamdulillah rumah aku berdekatan sahaja dengan pos office, MBSA, Plaza Alam Sentral, PKNS, dan SACC Mall. Jadi aku jalan kaki sahaja. Untuk elakkan kes ragut, pakai lah baju agak selekeh dan jalan macam kutip hutang orang.

Biasa nya orang perempuan lah kena ragut kan. Peduli lah orang kata “perempuan tapi jalan macam gangster”. Jalan ayu-ayu nanti karang, dah lah ragut lepas itu rogol tak ke bahaya.

Dah selesai semua pembayaran, on the way balik singgah kejap kedai sukan. Nak beli seluar sukan. Sejak-sejak nak kurus ini, pergi gym seluar asyik terkoyak je. He he.

Lepas tu teringin nak beli raket sendiri. Aku pun belek-belek raket itu. Lalu abang yang jaga kedai tu pun bertanya.

Abang : Ye, nak cari raket yang macam mana?
Aku : Nak cari yang boleh menang. Haha.
Abang : Dato Lee Chong Wei pun kalah cik. Haha.
Aku : Bergurau saja. Saya nak cari yang ringan supaya tangan tak ada lah sakit sangat.
Abang : Raket ini ada dua jenis. Tapi kalau tak reti main, tak ada tenaga tak boleh juga.

Amboi ! Abang ini perli aku ke apa. Tahu lah aku gemuk.

Ini membuatkan aku mahu cepat-cepat kurus dan sihat. Aku akan buktikan orang gemuk bukan gemuk sampai bila-bila.

 

{ 27 comments… read them below or add one }

Melastik Bintang Yang Hensem February 21, 2013 at 5:39 pm

wah!! memang jahat abang itu..kekekke

dia tak tahu kalau DT smash abis bocor net.. hehehe
Melastik Bintang Yang Hensem recently posted..Mencegah & Merawat Bronkitis

Reply

admin February 23, 2013 at 11:17 pm

hahaha hamboiii..
tapi semalam try smash tak bocor lak.. ahhaha

Reply

MK Kimi February 21, 2013 at 6:54 pm

laser mulut brader tu. takpe datin! jadikan pembakar semangat, biar terbakar sekali lemak2 kt dlm bdn tu :) MK Kimi recently posted..Book Store, Here I Come! Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M)

Reply

admin February 23, 2013 at 11:15 pm

yes yes memang sekarang sesi bakar lemak.. kasi hapus lemak tu… dan dah kurus akan tolong orang lain pula…

Reply

Ladfe Amir February 21, 2013 at 11:25 pm

orang yang berisi pun boleh sihat dan seksi jika rajin bersenam dan mengamalkan gaya hidup betul dan sihat
Ladfe Amir recently posted..Susahkah Soalan Contest Cikai?

Reply

admin February 23, 2013 at 11:14 pm

betul, yang penting sihat..

Reply

KiD February 22, 2013 at 4:46 am

saya nak beli raket lee chong wei.. heeheee
KiD recently posted..10 Blogger Terbaik Malaysia

Reply

admin February 23, 2013 at 11:09 pm

mahal woooo raket dia

Reply

shahsyaz February 23, 2013 at 9:15 am

chaiitttt, hampeh bebenor brader jual tuh, aaiissshhh! 8O

Reply

admin February 23, 2013 at 11:08 pm

tau takpe.. rase nak sekeh je..

Reply

hatiputera February 24, 2013 at 2:24 am

Pakai raket Lining ultra carbon jer datin,,,ringan sikit.
hatiputera recently posted..Fear Factor Selebriti Malaysia

Reply

admin February 24, 2013 at 12:35 pm

ringan tu ringan,, tapi masih tak sempat nak kejar bola tu.. hahaa..

Reply

titan February 24, 2013 at 3:24 am

kalau ada duit dalam bawah rm200 sebulan, daftar kat mana-mana gym dan dapatkan coach/instuctur. Lebih baik begitu berbanding main badminton. Sebab kalau main badminton ni..payah orang perempuan nak kurus sebab diorang kena gerak laju dan lari keliling gelanggang. Mostly orang perempuan bila main badminton, dia stick pada satu dua tempat aje. Kalau main dengan lelaki, mesti lelaki tu bagi bola kat mana perempuan senang nak pukul bola. So, memang takkan boleh punya nak kurus cepat.

jadi, boleh kurus dengan cepat kalau ada jurulatih daripada buat sorang-sorang. Kita kena train dan paksa diri juga kalau serius nak turunkan berat badan.
titan recently posted..Winner MSMW 2013

Reply

admin February 24, 2013 at 12:39 pm

betui tu abang titan…
main badminton ni suka suka je…
mula mula g gym.. bayar rm5 untuk satu hari, coach dia panggil kawan , dia charge free je sebab nak tolong DT turunkan berat badan..
dah penat gila kat gym, saje main badminon suka suka..
ternyata main dengan orang lelaki dia buli… haha. tension

Reply

Izwan February 24, 2013 at 10:32 am

mungkin itu cara dia gurau kasar dengan customer. haha
Izwan recently posted..Jodoh

Reply

admin February 24, 2013 at 12:40 pm

gurau kasar..
mungkin dia nak suruh kita lebih cepat turunkan berat badan kot…

Reply

KiD February 24, 2013 at 11:05 am

gambar abang kedai tu ada tak? hehehhee
KiD recently posted..Kereta Hanis Zalikha

Reply

admin February 24, 2013 at 12:41 pm

ada.. tapi tak baik tunjuk.. mengaibkan je.. he he

Reply

Denaihati February 24, 2013 at 9:32 pm

anggap brader tu beri perangsang dah la kot…heeee
Denaihati recently posted..Blog kenali pembaca anda

Reply

admin February 24, 2013 at 11:07 pm

itu la DH.. hati rasa membuak buak nak cepat kurus ni…

Reply

akubiomed February 26, 2013 at 1:40 am

Selamat menguruskan badan. Seperti saya pernah cakap ada cara mengurangkan berat badan tanpa perlu bersenam sebaliknya dengan aktiviti harian mampu mengurangkan berat badan. Cari ebook Kevin Zahri.
akubiomed recently posted..Contest Kaca Mata PapaMifz.com

Reply

admin February 26, 2013 at 4:41 pm

cari tu dah cari.. tunggu bro belanje je ni.. he he..
mahal la..huwaaa

Reply

sohoque February 26, 2013 at 2:15 am

laaaa.. gemuk seksi apa datin… ;) sohoque recently posted..Tanda – Tanda Hidup Tiada Keberkatan

Reply

admin February 26, 2013 at 3:47 pm

awak sorang je kata seksi.. haha..

Reply

ejam February 28, 2013 at 8:49 am

jangan kurus sangat yer, tinggalkan sikit ciri2 kegebuan tu…org gebu ni manis dipandang berbanding org kurus mcm tiang letrik tu hehe *kejam aku kutuk org kurus* *sebenarnya jeles dgn org kurus*
ejam recently posted..Habis Koyak Sudah.

Reply

admin March 4, 2013 at 11:04 pm

hahaha.. kejam! kejam!
tapi kurus sangat pun tak best kan..

Reply

Ezad Skytech March 7, 2013 at 1:29 am

chooii betul mulut abg tu ye….cehhh…ahahaha~
Ezad Skytech recently posted..Wordless Wednesday #67 | Burrp

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

Previous post:

Next post: