Adakah Anda Setabah Saya?

by admin on February 18, 2013 · 6 comments

Entri ini adalah diari kehidupan.

Jumaat lepas aku telah dapat result UiTM. Orang pertama aku beritahu adalah mak dan secara tiba-tiba mak pun menangis. Aku tak menangis pun. Entah kenapa lah mak ini. Mungkin sebab result aku ini biasa-biasa saja.

Rupanya sangkaan aku salah. Mak pun cakap sambil sedu-sedu. “Mak bangga dengan tyka, degree ni paling banyak dugaan untuk tyka.”

Aku pun terus menangis. Ya! Degree ini memang aku banyak sangat dugaan. Sehingga ada kawan pun cakap dekat aku “kalau dia, dia tak setabah dan sekuat tyka. Sanggup tukar kampus lain.”

Apa dugaan yang aku hadapi?

Peperangan kawan. Memang perang macam Palestine dah rasanya. Cuma Palestine guna bom, perang ini guna mulut.

Jika anda menjadi seperti aku, sanggup tak anda bila dalam kelas tu semua orang benci anda? Pasti rasa nak tukar kelas lain, tukar kampus lain kan? Tak sanggup kan. Tapi aku tidak. Aku masih duduk dalam kelas tu dan belajar seperti biasa. Memang susah nak menghadapi tetapi aku yakin Allah sentiasa menolong kita. Tapi bukan semua benci aku, cuma dalam 70% yang benci dengan aku.

Apa yang terjadi? Kenapa semua benci aku?

Aku ada seorang sahabat yang agak rapat sehinggakan teman lelakinya ada nombor telefon aku, keluarganya pun ada juga. Memang akrab persahabatan kami. Nak jadikan cerita, satu hari tu teman lelaki kawan aku ni asyik SMS aku je, tanya si kawan aku ni ada borak dengan lelaki lain tak, rapat tak. Masa tu musim exam. Aku dah stress sangat, aku terbongkar kan rahsia yang kawan aku tu ada rapat dan SMS Call di malam hari dengan lelaki lain.

Siapa tak stress, dah lah musim exam, teman lelaki tu pula selalu SMS, Call, FB tanya. Stress wehh.. Kan dah terpecah kan rahsia. Tapi lepas tu hubungan mereka makin rapat. Masalah kecil je, tapi dibesar-besarkan.

Mungkin ini salah aku tapi ada juga kata bukan salah aku. Keliru juga lah.Dari situ semua dalam kelas aku tak kawan aku dah. Menjeling-jeling gitu.

Pergi ke kelas seorang diri, pergi makan seorang diri, belajar seorang diri. Memang dugaan aku. Tapi aku memang yakin, aku tak salah. Aku minta, kalau aku salah atas perbuatan ini, gagalkan aku dalam peperiksaan. Alhamdulillah 3 sem berturut-turut aku lulus dan pointer makin naik.

Walaupun dalam kelas tiada kawan, aku masih ada kawan dari course lain. Dia sentiasa memberi semangat pada aku.

Apa yang membuatkan aku menjadi setabah ini?

  • Aku sentiasa minta pertolongan dari Allah S.W.T supaya sentiasa memberikan aku kekuatan.
  • Aku nak habiskan belajar dengan berjaya bukan kerana kawan.
  • Mak sentiasa pesan, “sabar tyka, sikit lagi nak habis belajar. Focus”
  • Berani kerana benar, Takut kerana salah.

Kalau anda, macam mana? Nak satu kelas dengan kawan tu lagi tak? Nak tukar kampus lain tak?

 

{ 6 comments… read them below or add one }

nyamuk February 18, 2013 at 6:28 pm

macam tak berbaloi kalau kita nak tukar semata2 sebab dia…pernah gak jadi sebelum nie…buat tak gheti jer
nyamuk recently posted..Celcom Offer Memang Best

Reply

admin February 18, 2013 at 8:26 pm

memang buat tak reti je.. tu bole hidup sampai skrg ni.. he he

Reply

sukma February 19, 2013 at 10:31 am

sedih lak dengar citer nie…bergenang jap air mata…teringatkan anak kat UIA (mungkin ada situasi begini kat campus) tetapi berani kerana benar takut kerana salah…..syabas!!!
sukma recently posted..APA RESEPI AYAM BRAND SEMPENA TAHUN BARU CINA

Reply

admin February 19, 2013 at 3:09 pm

sedih eh cerita ni. he he..
kalau anak-anak ada masalah, beri semangat. seperti mak saya buat…
selalu berpegang pada kata-kata “berani kerana benar”. kalau di dunia tak selamat, insya Allah di akhirat nanti Allah bersama kita.. kan.

Reply

Asyrof Asri March 24, 2013 at 1:11 am

Bila baca post tyka ni, hati saya terasa ingin tulis “Adakah Anda Tabah Seperti Saya?”

heheh .. nak tiru ..

Yep, saya juga ada kesusahan disini. InsyaAllah saya akan cuba ceritakan di blog saya nanti. ;) Asyrof Asri recently posted..AsyrofAsriStudio.com, MuazFaris.com Kenali Blogger Kacak, Comel Dan Bergaya

Reply

inaheugene March 29, 2013 at 5:29 pm

Good tyka..proud of you. Awak kuat,kalau sy sy tak tahu boleh buat macam awak atau tidak…hehe

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

Previous post:

Next post: