Kalau Gagal, Kena Buat Apa?

by admin on February 17, 2013 · 14 comments

Semalam adalah hari keputusan peperiksaan bagi pelajar UiTM, UKM dan USM. IPTA dan IPTS yang lain aku tidak pasti.

Keputusan aku? Alhamdulillah lulus. Bagi aku, lulus dah cukup dah. Kalau dapat dekan, itu bermakna rezeki. Aku bukan orang yang pandai pun. Biasa-biasa sahaja. Jadi tak mengharap pun dekan. He he.

Siapa yang gagal?

Dalam pukul 10 pagi, aku dapat what’s app yang bertulis “kak, saya ada gagal lah, macam mana ni ye? Apa nak buat? saya dah buat betul-betul masa exam lepas.. ”

Banyak betul soalan dia kan.

Kenapa dia tanya dan minta pendapat dari aku?

Sebab dulu aku pernah gagal. Bukan 1 subjek, tapi pernah 2 subjek dalam satu sem tu. Masa Diploma, aku pernah gagal masa Sem 2, Sem 4 dan Sem akhir. Tapi aku tak pernah rasa sedih, aku tak pernah rasa putus asa kerana ini semua sebab mak dan bapak aku beri semangat.

Apa pendapat aku?

Aku tak balas what’s app , tapi aku call adik angkat aku. Biar sampai ke hatinya cepat, kalau MSG itu, macam berdebar-debar je kan. Jadi aku tak nak risaukan dia.

Aku terangkan secara lembut kepada si dia begini.

  • Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah dah tentukan.
  • Buat balik paper tu, confirm boleh dapat A. Sebab dah belajar 2 kali. Dapat naikkan semula CGPA. Pastikan buat betul-betul.
  • Jangan malu dengan kawan. Biar mereka pandang-pandang sebab kita tak lulus. Masa inilah baru kita tahu siapa kawan kita.
  • Malu nak masuk kelas Junior? Apa nak dimalukan. Buat tak tahu saja. Niat masuk kelas untuk belajar. Insha Allah senang ilmu masuk nanti.
  • Sentiasa berfikiran positif.

Ini sahaja lah aku nasihatkan adik ini. Tapi balasnya menangis. Sebab aku buat dia rasa aku seorang ni kawan baik (Bangga jap). Bagi aku, semua adalah kawan aku. Selagi kita boleh beri nasihat, kita nasihat. Kita kongsi pengalaman yang ada. Pengalaman menjadikan pengajaran.

Setakat ini, adik angkat aku dah boleh terima kenyataan.  Alhamdulillah.

Tapi yang penting!

  • Jangan niat nak bunuh diri kalau gagal.
  • Jangan putus asa.
  • Life must go on. Hidup perlu diteruskan.

p/s : Ok tak header baru?

{ 14 comments… read them below or add one }

LilyNrman February 17, 2013 at 1:57 am

Salam perkenalan dari kiter…Lily

Saya pun pernah gagal jugak! Teruk. Dulu saya boleh lah dikategorikan sebgai pelajar cemerlang kat sekolah menengah. Bila masuk foundation jer, bang sungkur. Adeh. Sakit.

Tapi, itulah nasib baik tak tersungkur. Terpeleok sikit jer. kita kena bangkit balik and fight apa yang kita fight for! ok? tell ur adik that. wah?
LilyNrman recently posted..romantic connection

Reply

admin February 17, 2013 at 2:27 am

salam perkenalan dari sy juga.. nama glamour kt arena FB dan blog Datin Tyka / DT..

kehidupan ini ibarat roda. kadang-kadang kita di bawah dan kadang-kadang kita di atas. tak apa sakit sekejap je.. sakit tu akan sentiasa mengingatkan kita kan..

tak apa, dia baca ruangan komen ni nanti.. he he

Reply

Izwan February 17, 2013 at 4:54 pm

terima kasih atas perkongsian
tak mudah nak bangun bila gagal..

Reply

admin February 18, 2013 at 2:54 pm

betul.. mengambil masa untuk terima hakikat kita gagal…

Reply

Izzat Eshak February 17, 2013 at 6:19 pm

Datin belajar kat U mana tu?
Izzat Eshak recently posted..Pembantu rumah Indonesia lambung anak

Reply

admin February 18, 2013 at 2:04 pm

DT belajar di uitm

Reply

MK Kimi February 17, 2013 at 6:44 pm

org yang pernah gagal adalah org yg lebih berjaya. sbb dia tahu cara nak counter balik kegagalan dia..

kirim salam kat adik agkt tu, eh?? :) MK Kimi recently posted..10 Blogger Terbaik Malaysia

Reply

admin February 18, 2013 at 2:02 pm

amboih siap kirim salam tu…
yup betul tu… orang yang berjaya sekarang pasti pernah rasa kegagaln

Reply

Imran February 17, 2013 at 7:09 pm

terima kasih bagi tip…semoga rebah bangun balik…
Imran recently posted..Pintu Rezeki

Reply

admin February 18, 2013 at 12:28 pm

sama-sama. betul tu… kita kena bangkit semula..

Reply

Kaki Kencing February 17, 2013 at 7:46 pm

btul 2..
kbykn org yg berjaya skg blaja dr kslpn mse lalu dan mereka x ulangi kslpn mse lampau..
Kaki Kencing recently posted..MK1M – Makanan Kucing 1Malaysia

Reply

admin February 18, 2013 at 11:19 am

betul. tapi macam saya, selalu juga failed.. hahaha.. main main kot..

Reply

ohcikgu February 20, 2013 at 2:21 am

yang penting, jangan mudah putus asa dan mengaku kalah. setiap yang gagal tu..adalah step-step awal ke arah kejayaan.
ohcikgu recently posted..Petua Guru untuk menjadi Guru Cemerlang dan Terbilang dan Kacak.

Reply

admin February 20, 2013 at 11:19 am

Dan itu juga dugaan yang Allah berikan. Supaya kita lebih bersabar.

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

Previous post:

Next post: