Matematik Itu Mudah

by admin on February 5, 2013 · 22 comments

Mesti ngeri kan dengar “matematik”? Biasa dah dengar masa waktu sekolah dulu.

Sumber Gambar : Google

Bagi aku, matematik ni senang saja. Keypoint nya, banyakkan buat latihan. Bila kita banyak buat latihan, automatik kita boleh hafal formula. (kalau yang menggunakan formula).

Sewaktu di zaman persekolahan, aku digelar “Gila Matematik” ataupun kadang-kadang dengar “Pakar Matematik”. Bukan di alam persekolahan sahaja, malah gelaran itu kekal sehingga sekarang.

Lagi mencabar bila kita dengar “Add Math atau Matematik Tambahan” kan? Mula lah ibu bapa cari kelas tambahan untuk anak-anak nya, sebab mata pelajaran ini sangat “TERCABAR”. Sebenarnya mata pelajaran ini juga senang sebenarnya.

Waktu di sekolah dan juga di universiti, aku menjadi cikgu matematik kepada rakan-rakan aku. Aku ajar cara aku, alhamdulillah kawan-kawan yang mana belajar dengan aku, boleh dapat A. Sehinggakan pensyarah pun suruh aku sambung dalam bidang Matematik dalam Master nanti. Tapi nanti lah aku fikir.

Majalah Mingguan

Awal tahun hari itu, aku telah di temuduga oleh Karangkraf, iaitu untuk majalah mingguan wanita. Sebenarnya aku tak pernah pun beli majalah ni tapi boleh dapat masuk majalah tersebut. Pelik juga ni. Aku telah dikategorikan dalam “harapan negara”. Hebat tak? he he. Terima kasih karangkraf.

Jadi, sekarang aku dalam perancangan untuk menjadi seorang guru tusyen, tapi itu lah, semua pusat tusyen dah penuh. Mungkin dalam masa terdekat buat home tuition. Tetapi aku perlu imbas kembali dan beli buku matematik edisi yang baru. Takut dah tukar silibus ke, apa ke kan. In shaa Allah, doakan aku juga ye!

Nanti aku buat entri cara-cara untuk “anak-anak muda” minat dalam ilmu matematik. In shaa Allah.

“Problem in math?, Solve it”

{ 22 comments… read them below or add one }

KiD February 5, 2013 at 2:18 am

waaaaaaahhhhh…. anda cikgu..!! nak belajar logaritma dan matriks!! hehhehee
KiD recently posted..Selamat Hari Jadi Mak

Reply

admin February 14, 2013 at 8:50 pm

cikgu kena ulang kaji semula… hehehe

Reply

Man February 5, 2013 at 8:00 am

tambah tolak bahagi darab. tahu yang asas dah ok dah. Tapi budak-budak sekarang ni yang asas pun dah malas nak belajar.
Man recently posted..Oh DJ Lin, Aku Jatuh Hati Pada Mu

Reply

admin February 14, 2013 at 8:49 pm

dorang malas nak belajar, tapi mereka sekarang bijak…

Reply

Dkna Abza February 5, 2013 at 11:25 am

teringat zaman sekolah belajar add maths :)

Reply

admin February 14, 2013 at 8:49 pm

dkna mesti tidor masa dalam kelas.. haaaa…

Reply

cik tot February 5, 2013 at 8:05 pm

oit oit…

kte xngeri pn ngan matematik..hehe.. =p

p/s: cpt la antr borag tuk sambilan..mna tau rezeki awk kt tmpt dlu tu…da antr blom?
cik tot recently posted..MEMPELAJARI ERTI KESABARAN

Reply

admin February 14, 2013 at 8:47 pm

awak pandai.. memang le tak ngeri..

erm belum anto.. taknak la hantar.. he he

Reply

akubiomed February 5, 2013 at 10:50 pm

Bolehlah kongsi method menjawab matematik. Ketika sekolah dahulu saya kurang gemar matematik kerana tidak jumpa mekanisme menjadikan mata pelajaran matematik itu menarik.
akubiomed recently posted..Blogger perlu membaca ini semua poyo

Reply

admin February 14, 2013 at 8:46 pm

menarik kalah artis seperti Heliza Helmi jadi cikgu matematik kan.. hahah

Reply

MK Kimi February 6, 2013 at 1:27 am

cuti haritu smpt ngajar anak sedara add math. tp sygnya math mod pon dia lemah cmne nak fhm add math…lg lemah sy xde bakat mengajar.haha!
MK Kimi recently posted..Blog Bukan Sekadar Bersegmen

Reply

admin February 14, 2013 at 8:45 pm

memang susah nak mengajar.. kita faham , tapi orang lain yang tak faham..susah kan gitu..

Reply

donnyien February 6, 2013 at 10:15 pm

salam.. teringat zaman sekolah dulu huhu
donnyien recently posted..Rahsia menaikkan Pagerank Blog

Reply

admin February 14, 2013 at 8:45 pm

wasalam. ha itu la… zaman sekolah sebenarnya best kan..

Reply

Izzat Eshak February 7, 2013 at 2:00 am

Wah, siap kuar mingguan wanita lagi =)
Izzat Eshak recently posted..Wordless Wednesday #1

Reply

admin February 14, 2013 at 8:44 pm

den pon tak sangka jugak.. he he

Reply

sukma February 14, 2013 at 7:26 pm

saya nak dapatkan formula belajar matematik untuk anak-anak sekolah rendah…
U seorang anak Melayu yang berjaya mendalami ilmu matematik,,,,saya salute….
nanti boleh ajar formula mendalami matematik dengan mudah….
sukma recently posted..BLOODSHED

Reply

admin February 14, 2013 at 8:41 pm

in shaa Allah saya akan kongsi pengalaman bagaimana anak-anak boleh meminati ilmu matematik ni…

Reply

fatin February 16, 2013 at 5:42 pm

wah tahniah tahniah tahniah ! fatin dulu tak minat math bile masuk sekolah menengah minat tu datang tapi tak ada lah terel mana kan bile dapat kelas akaun conferm conferm ada add math . dengar add math and baru masuk kelas die 2 3 kali terus ‘mak, aten nak tukar kelas’ . hahhha , serius math modern pun masih bertatih ni pulak add math tapi bile dah masuk poli rupanya kene hadap jugak addmath. hahhha ,, fikir tak nak repeat je. buat buat latihan senang jugak rupanya. erghh -.-’

Reply

admin February 16, 2013 at 10:00 pm

sebenarnya senang je math ni kan.. banyak buat latihan.. tu je…

Reply

CIKGU ROY February 17, 2013 at 7:49 am

assalam,dik cikgu..sy amat memerlukan bantuan utk anak 11 thn dan 8 thn yg amat lemah dlm mathnya.da mcm2 sy cuba walaupun sy ni cikgu tpi utk bab anak ni sy grrrr..mhon tips dik cikgu…tq

Reply

Dr Fuh March 15, 2013 at 10:43 am

xy-sk+fuh-dt (abc) = ??

:idea: :mrgreen: Dr Fuh recently posted..Raja Azmi Putus Cinta Dengan Pemuzik Muda

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

Previous post:

Next post: