Memang benar dengan kata “Sabar, Rezeki tu ada”.
Sabtu lepas, aku berjalan seorang diri ke Mid Valley untuk mencari buku. Aku sanggup pergi Mid sebab MPH dia besar dan sangat puas hati. Kan baru dapat baucar buku, jadi aku guna sebaik mungkin baucar yang diberi oleh kerajaan.
Ini adalah antara buku-buku yang aku beli.
Setelah selesai shopping di Mid Valley, aku pun pulang ke rumah kakak aku di Ukay Perdana. Aku guna public transport saja, senang. Tak adalah tersangkut dengan kesesakan lalu lintas.
Aku naik teksi dari stesen LRT Setiawangsa dan aku dapat pemandu teksi yang sudah berumur. Aku rasa umurnya dalam lingkungan 70 tahun. Pakcik ni kurang pendengaran, dia suruh cakap kuat-kuat. Mungkin sebab faktor umur. Aku terbayangkan pakcik tu adalah bapak aku sendiri. Nak sara hidup untuk keluarga.
Bila dah sampai, harga teksi tu RM11 saja. Tapi aku kasihan sangat dengan pakcik tu, lalu aku bagi saja lah RM 15. Walaupun sekarang aku tengah “sengkek”, tapi tak apalah, rezeki tu ada. Pakcik tu pun cakap “terima kasih nak, hari ini rezeki pak cik. Esok rezeki anak pula”. Aku pun terus mengaminkan.
Tup-tup, hari ini aku dapat jualan dari Herbalife. Masya Allah. Terima kasih Allah. Memang benar, rezeki tu ada. Rezeki, jodoh dan ajal datang dariNya.
{ 6 comments… read them below or add one }
Buat baik balasannya juga baik
MK Kimi recently posted..Kembali Pegang Pipet
tapi tak mengharap pun.. niat membantu kerana Allah… mengejar amalan untuk akhirat nanti.. kan
Tulisan Aqif Azizan memang terbaik.
Izzat Eshak recently posted..Wordless Wednesday #1
betul tu. sangat hebat beliau. cuma sekarang dia ada masalah kesihatan kan..
Yup, semoga beliau cepat sembuh.
Izzat Eshak recently posted..Exchange link
in shaa Allah.. aminnn