Baucar Buku 1 Malaysia 2013

by admin on February 1, 2013 · 17 comments

As salam sahabat blogger dan semua.

Sekarang Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) sedang hangat di Facebook, di mana mereka masih keliru dan banyak persoalan tentang BB1M ini. Aku post entry khusus untuk pelajar UiTM ye, sebab aku dari UiTM. IPTA dan IPTS yang lain saya tidak tahu. Berbalik kepada BB1M ini, semalam UiTM Shah Alam ada post di FB, memberitahu BB1M untuk UiTM akan dikeluarkan pada 31 Januari 2013 dan pagi tadi FB UiTM Segamat juga beritahu sudah keluar dan boleh di ambil di Pejabat Bendahari.

Aku sangat-sangat tertanya kerana aku pelajar semester akhir dan praktikal pun sudah tamat. Jadi, adakah aku layak untuk menerima BB1M ini. Aku lihat ramai kawan-kawan tanya di FB UiTM Shah Alam dan UiTM Segamat. Mereka tidak jawab pun, mungkin kesibukan. Jam 2 petang aku terus telefon pihak UiTM Segamat tentang ini. Akhirnya aku dapat selesaikan masalah kekeliruan aku.

Oleh itu, kepada pelajar UiTM terutamanya pelajar degree yang sedang cuti sem, anda tak perlu susah payah balik ke kampus masing-masing kerana anda boleh ambil baucar tersebut di mana-mana UiTM Cawangan. Kepada pelajar semester akhir yang sedang tunggu result pula, kita memang layak untuk menerima baucar tersebut.

Jadi, tadi jam 3 petang aku terus menuju ke UiTM Shah Alam untuk mengambil baucar tersebut. Kenapa aku ambil awal? Sebab nak elakkan “jem pelajar”.

Inilah baucarnya

Ingat, semasa nak tuntut baucar ni, bawa kad pelajar dan kad pengenalan ya. Kalau tak bawa, memang tak dapat dan jangan lupa bawa pen. Sebab nak kena isi dulu Nama dan Kad Pengenalan. Lepas dah isi, mereka akan cop baucar ini untuk pengesahan UiTM.

Untung juga aku ini, belajar dah habis tapi masih dapat kesemua ini. Syukur Alhamdulillah. Akan guna sebaik mungkin.

Kad Siswa dan Baucar

Kad siswa ni expired sampai 2015, baucar pula dapat RM250. Belajar dah habis. He he. Jangan jeles ya.

Sekiranya masih keliru tentang baucar ini, boleh juga layari laman INI.

{ 17 comments… read them below or add one }

Man February 1, 2013 at 6:45 am

boleh beli buku masakan kalau macam ni. =)
Man recently posted..6 Rahsia Pemilihan Warna Si Jejaka

Reply

admin February 1, 2013 at 11:30 am

orang nak diet ada ke patut suruh beli buku masakan.. aiyaya

Reply

Aretikz February 1, 2013 at 7:13 am

Untungnya.. huhu..
Aretikz recently posted..An Owl Story

Reply

admin February 1, 2013 at 11:31 am

rezeki Allah.. he he

Reply

Denaihati February 1, 2013 at 11:56 am

Alhamdulillah, mudahan dapat guna untuk tujuan yg terbaik

Reply

admin February 1, 2013 at 12:01 pm

in shaa Allah denaihati.. akan guna untuk yang terbaik dan diredhai Allah S.W.T

Reply

Izzat Eshak February 3, 2013 at 8:16 pm

Bestnya dapat baucar buku =)
Izzat Eshak recently posted..Profile facebook kepada fanpage

Reply

admin February 4, 2013 at 11:50 am

mesti lah.. he he

Reply

Katak Comel February 4, 2013 at 1:20 pm

pnjm kad bole x???
hihi
Katak Comel recently posted..GAMBAR HOT SITI SALEHA PAKAI SELUAR LEGGING KETAT

Reply

admin February 4, 2013 at 3:55 pm

kalau dengan saya boleh je.. hehehe

Reply

MK Kimi February 4, 2013 at 11:36 pm

dengki tgk ramai student uitm post pasal ni. student utm tak dapat2 lagi…
ok, nak listkan buku apa nk beli.hehe
MK Kimi recently posted..Drastik

Reply

admin February 5, 2013 at 12:34 am

hahahah.. jangan jeles.. saya dah guna RM100 dah…

Reply

Joanna H. Weiss February 8, 2013 at 10:33 pm

Status permohonan pengambilan pelajar baru program Sarjana Muda e-PJJ/PLK sesi kemasukan Mac 2013 boleh disemak pada 22 Januari 2013 (Selasa) bermula jam 3.00 petang.

Reply

fatin February 16, 2013 at 5:44 pm

hahhha , voucher fatin tinggal RM50 je .

Reply

admin February 16, 2013 at 9:59 pm

amboy cepat nya habis.. kite ade lg RM150 lagi..

Reply

Botz February 27, 2013 at 3:25 pm

kalo tak pakai jual aje lee.

Reply

admin March 4, 2013 at 11:24 pm

ehhh pakai laaa

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

Previous post:

Next post: