Cukup Senang Untuk Turunkan Berat Badan

by admin on January 30, 2013 · 16 comments

Assalamualaikum sahabat blogger.

Hari-hari kita mengeluh dengan berat badan kita terutamanya pada yang berbadan besar seperti aku. Betul tak? Dah diet pun tak turun-turun berat kita. Dah jogging pun tak kurang juga, kalau kurang pun sikit saja.

Sebenarnya kita tak faham cara yang sebenar untuk kurangkan berat badan kita. Oleh itu, aku buat kajian tentang hal ini sebab aku dalam proses penurunan berat badan. Azam 2013 aku adalah BMI aku normal. Sekarang overweight. Masya Allah.

Cara senang untuk turunkan berat badan adalah :-

  • Banyakkan minum air putih. 1 Liter air putih bersamaan dengan 25kg berat badan manusia. Kalau badan anda 75kg, jadi kena minum air 3 Liter satu hari. Tetapi lagi banyak lagi bagus.
  • Kalau ada duit lebih, beli produk sampingan yang boleh dipercayai contoh nya Herbalife dan Alpha Lipid SD II. Ini memang antara produk yang disarankan oleh doktor pakar.
  • Cari kawan untuk bersaing. Kalau ada kawan nak turunkan berat badan, buat satu pertandingan siapa turun berat badan paling banyak. Apabila ada persaingan, memang kita bersungguh-sungguh nak turun kan berat badan kita.

3 perkara di atas memang tips yang boleh dipakai sebab aku sedang menggunakan cara ini. Aku hari-hari pastikan aku minum air 8-10 Liter air kosong. Lebih banyak minum air kosong, lebih cepat badan susut.

Ya, aku sekarang mengambil produk Herbalife. Mahal tu memang mahal, tapi kita boleh buat benda tu jadi murah. Nak tahu? boleh tanya kemudian. Memang berkesan lah siapa ambil produk ini. Tapi jangan tanya aku apa bezanya dengan Alpha Lipid sebab aku tak ambil. Dan kenapa aku tak ambil Alpha Lipid? Sebab utamanya adalah aku tak minum susu. Itu saja.

Kini aku ada kawan untuk bersaing. Beliau adalah kawan sekolah menengah. Kami sama-sama nak target Hari Raya tahun ni dah boleh pakai baju kebaya. Wah kebaya tu! Sepanjang aku hidup selama 24 tahun ni, tak pernah cuba baju kurung kebaya sebab aku gemuk dari kecil. Ini lah masanya untuk aku buktikan.

Bonus untuk turunkan berat badan, aku pergi gym, berbasikal, cardio workout hari-hari. Aku tak ambil nasi dah 2 minggu. Air manis tak ambil langsung. Keputusannya dalam 2 minggu ini aku dapat turunkan berat badan sebanyak 7kg. Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T kerana menguatkan mental dan fizikal ini.

Lepas ini aku akan usulkan kenapa dah diet, jogging tapi berat badan masih sama. In shaa Allah.

 

{ 16 comments… read them below or add one }

KiD January 31, 2013 at 12:27 am

nak jogging… tapi…. tapiii./.. ada tapinya… hehehe
KiD recently posted..CPUV ke 3 Nuffnang 2013

Reply

admin January 31, 2013 at 12:36 am

mana boleh ada alasan… ala xpe.. isteri dah sayang cukup la.. he he

Reply

akubiomed January 31, 2013 at 1:14 am

Ebook Ebook Panduan kurang 5kg dalam 5 minggu oleh Kevin Zahri berjaya menurunkan berat badan ideal. http://ow.ly/hgBYA

Reply

admin January 31, 2013 at 10:11 pm

tak tahu pula ada program tu..
tapi skrg DT dapat kurang kan 5kg dalam 2 minggu.. he he

Reply

Aretikz January 31, 2013 at 7:17 am

Berat badan normal.. tp.. ada part yg xnormal.. haha..
Aretikz recently posted..Apa Tujuan Menjadi Kaya?

Reply

admin January 31, 2013 at 10:13 pm

hah pelik tu…

Reply

hairulafiz January 31, 2013 at 10:56 am

apa yang penting jangan memaksa diri nanti badan merana…
hairulafiz recently posted..Nasi Tomato

Reply

admin January 31, 2013 at 10:14 pm

betul.. sekarang buat kerana Allah.. semoga Allah merahmati niat ini

Reply

Katak Comel January 31, 2013 at 1:22 pm

tips terakhir tu pling bgos n pling jimat..
semulajadi n menyihatkan..
hihi
Katak Comel recently posted..HANIS ZALIKHA TAKUT GOSIP

Reply

admin January 31, 2013 at 10:14 pm

he he… tips ni reka sendiri..

Reply

liza February 1, 2013 at 10:24 am

aku pun tgh berazam ni..harap2 berjayalah..tips yg bagus..masalah aku tang minum air tu lah..huhu

Reply

admin February 1, 2013 at 11:25 am

boleh punya.. sebab aku ajar kawan aku dia dah bole minum 3L satu hari. dulu dia susah nak minum..

Reply

Ayie Rizaly February 2, 2013 at 4:03 pm

keren gan
gan kunjungi blog ane gan info-pasid.blogspot.com mohon tinggalin komen gan.hehehe thanks

Reply

admin February 4, 2013 at 11:50 am

iya saya sudah singgah.. terima kasih ya sudi singgah di blog ini

Reply

fyna February 8, 2013 at 3:38 pm

fyna pun on the way nak turunkan berat badan gak ^_^
fyna recently posted..GAMBAR KEKASIH HAFIZ SUIP, IZZAH ZIE?

Reply

admin February 14, 2013 at 8:43 pm

fyna kan kurus.. nak turunkan berat lagi? haiyaaa

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

Previous post:

Next post: