Nak Derma, Derma! Tak Nak Derma, Diam!

by admin on May 28, 2012

Dari tajuk pun rasanya korang dah faham apa aku nak sampaikan kan.

Tengahari tadi aku lunch di gerai, biasalah mesti ada orang yang nak minta sedekah nak makan juga. Jadi aku sedekahlah RM 1. Tapi ada lah makcik sebelah ni taknak sedekah. Tak apalah, sedekah ni kena ikhlas kan. Tapinya makcik ni membebel je. “Ni lah zaman sekarang, tahu nak minta sedekah je. Bukan nak usaha”.

Kalau aku ni berani tadi nak je aku cakap macam ni kat makcik tu “makcik, kalau makcik nak sedekah, makcik sedekah lah dengan ikhlas. Makcik senyum dekat dia pon dah boleh kira sedekah tau makcik”.

Tapi apakan daya aku anak muda, perlu hormat orang tua kan.

Aku nak kongsi serba sedikit mengenai aku.

Dulu aku seorang yang sombong. Mak aku nak sedekah dekat orang buta ke, mesti aku cakap “mak kenapa kena bagi dia duit”

Mak aku pernah pesan “ka, kita hidup jangan sombong dan jangan kedekut. Bila kita tolong orang hari ini, insyaAllah orang akan tolong kita pada hari lain”.

Tu la kata-kata dan pesanan dari mak aku.

Aku percaya, kita keluar RM1 untuk orang yang susah, insyaAllah kita boleh dapat RM10 dengan secara tiba-tiba.

Dari pengalaman aku, minggu lepas aku nak balik ke Shah Alam dari Segamat. Kat stesyen keretapi tu ada lah orang India ni ramai anak dia, yang buat aku sedih bila anak-anak dia buka tong sampah nampak sisa-sisa makanan dan minuman , mereka ambil dan terus minum dan makan. Ya Allah, kesian aku tengok.

Terlintas, aku ambil chispmore dalam beg aku dan bagi mereka makan. Lapar sangat mereka. Dalam purse aku cuma ada RM3. Dalam bank ada lah sikit tapi tak sempat nak keluarkan. Terus aku ambil duit tu aku bagi kat makcik India tu “auntie, dalam poket saya cuma ada RM3 Auntie ambil ye.”

Aku pulang ke KL dengan tiada duit. Cuma mengharapkan “touch n go” je.

Tahukah anda, seminggu selepas tu aku dapat rezeki lebih. Ada orang bagi aku duit. Ya Allah. Bersyukur sangat. Betul kata mak aku, “hari ni kita tolong orang, lain hari orang akan tolong kita pula.”

 

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

Previous post:

Next post: