Blog Tyka Ditemu Bual

Penat sungguh hari ini. Perlu hadir aktiviti wajib iaitu modul atau erti kata lain “Program Pembangunan Pelajar”. Bagi aku tak terbangun aku. Dari Diploma lagi kena hadir modul ni tapi rasanya seperti tiada purpose pon.

Pagi-pagi sudah dengar ceramah, memang tak lah aku nak dengar. 30 minit je aku dengar lepas tu TERtidur. Tak sengaja nak tidur pon. He he.

Setelah ceramah terus ada LDK (latihan dalam kumpulan). Aktiviti pertama adalah perkenalan diri. Kita kena hafal nama semua orang dalam 1 kumpulan. Tadi ada dalam 21 orang,jadinya kena menghafal lah nama 21 orang tu. Senang je sebenarnya.

Sewaktu aku nak kenal kan diri aku, “Assalamualaikum, nama saya Siti Atikah………… , boleh panggil saya tyka (taika <–cara sebut). Dengan secara tiba-tiba, ada orang menambah. “DATIN TYKA”. Agak terkejut di situ. Aku pon buat muka pelik dan muka tertanya-tanya.

Lalu aku explain kepada rakan yang lain bahawa Datin tu hanya pada FB dan blog sahaja. Kemudian, waktu rehat aku jumpa yang panggil aku Datin tadi. Namanya Dila. “Eh Dila, macam mana tahu nama saya Datin Tyka ye?”..”La DT, blog DT lah. Saya selalu juga masuk blog DT.”

Aku rasa sangat terharu. Lalu kami makan tengahari bersama kerana Dila mahu temu bual tentang aku. Macam-macam dia bertanya contohnya tentang, “perlu ke ada follower?”, “macam mana nak rajinkan diri untuk blogwalking”, fuhh banyak juga soalan dia tanya. Maka aku jawab dengan tenang dan Dila pon faham apa yang aku cuba sampaikan.

P/S: Tak sangka ada juga kenal aku sebagai blogger. Alhamdulillah. InsyaAllah akan cuba menjadi seorang blogger yang terbaik.

Dunia Blog ,

16 comments


  1. Mus

    datin ni mmg femes..
    :mrgreen:

  2. hehehe. tahniah dah jadi feymes.

  3. hai datin yg retis :D

    nk temubual gak blh?

  4. salam kenal. baru nak kenal datin tyka… :D

  5. Man

    naik sain plz….hehehe

  6. heheh untung laa!!! :)) mesty terkujatkan?? :P

  7. Man

    siyes kak. kalau saya yang temu bual, saya minta sain..hehehe..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: