Blog Tyka

Flower

Cerita Penuh Tentang BLOGundi

Assalamualaikum ,

betul ke nama tajuk entry ? ah belasah je la.. yang penting semua dah tahu tentang BLOGundi ini.. aku panggil segmen ni sebagai game ye ..

Game ni macam ni caranya .. mula-mula aku kan dah pick 20 orang (aku pakai random) untuk mereka berkempen supaya mengundi mereka .. Aku panggil mereka kumpulan 1 sebab kumpulan 1 dah ada persaingan dengan kumpulan 2 .. Kumpulan 2 masih belum mula berkempen kerana tak cukup ahli .. aku nak 2o blogger dalam 1 kumpulan ..

Peringkat Pertama

Kumpulan 1 (tekan SINI untuk tahu siapa yang tercalon dan tekan SINI untuk undi mereka) . Kumpulan 1 sedang bertanding antara satu sama lain mula dari jam 8 malam tadi . Aku akan tamatkan mereka pada jam 4 petang (Selasa-5/7/11) . Keputusan undian adalah pada pukul 4:30 petang . 10 undian terakhir akan tersingkir dari game ini . Manakala yang 10 lagi akan diteruskan pertandingan ..

Kumpulan 2 (tekan SINI untuk tahu siapa tercalon dan tekan SINI untuk undi mereka) akan mula bertanding pada jam 10 pagi dan aku akan tamatkan mereka pada jam 4 pagi .. aku akan update siapa 10 peserta yang akan terus ke peringkat seterusnya pada jam 4:30 pagi (mesti ramai tidur kan.. korang boleh tahu siapa pemenang tu pada pagi itu) .. seperti biasa 10 peserta terakhir akan tersingkir …

Peringkat Kedua (Team Building)

Kumpulan 1 (mula game pada pukul 6 petang hingga 12 malam) , 10 orang ni akan aku bahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan A dan B. aku sendiri akan bahagikan , kalau pilih sendiri nanti tidak adil pula , takut pilih geng . tujuan game ni aku nak masing masing kenal antara satu sama lain .. Keputusan undian nanti akan bagitahu siapa yang pertama sampai ke 10 kan. jadi aku akan ambil nombor ganjil sebagai kumpulan 1 dan nombor genap sebagai kumpulan 2 . Apabila sudah dibahagikan kepada 2 kumpulan , aku akan bagi mereka satu tugas .. senang je tugas nya .. design logo untuk kumpulan masing-masing .. Maknanya nanti akan ada 2 logo lah ..

Apabila sudah siap logo tersebut , setiap ahli mesti post entry kat blog masing-masing tentang logo tersebut  .. contohnya [A,B,C,D,E] akan post entry pasal logo kumpulan A dan [F,G,H,I,J] akan post entry pasal logo kumpulan B .. cara aku pilih logo tercantik adalah melalui jumlah komen dari blog setiap ahli .. contohnya , untuk kumpulan A [A=8,B=12,C=8,D=21,E=14] so aku tambah semua sekali jumlah komen yang masing-masing perolehi .. komen paling banyak itu lah pemenang bagi peringkat kedua ini .. kumpulan yang kalah akan tersingkir .. aku bagi masa 6 jam untuk buat logo dan kumpul komen .. 12:30 malam keputusan akan diberikan ..

Pesanan : dalam peringkat kedua ni , cara korang communicate adalah bebas .. sama ada korang guna FB inbox ke untuk berbincang , YM ke , Skype ke , call ke , SMS ke , masing masing .. fikir jalan terbaik ok ..

Kumpulan 2(mula game pada pukul 9 pagi hingga 3 petang ;Rabu 6/7/11) , cara nya sama saja seperti aku dah terangkan seperti di atas ..  pukul 3:30 petang keputusan akan diberikan

Peringkat ketiga (mula pertandingan pada hari Rabu jam 5 petang – 10 pagi)

Kedua-dua kumpulan akan bertanding pada waktu sama sebab aku nak sama kan waktu untuk peringkat akhir .. kumpulan 1 ada masa untuk rehat nanti ye .. ok , untuk peringkat ketiga ni aku akan mulakan semula BLOGundi .. maknanya memang kena kempen habis-habisan sekali .. aku akan buka poll undi untuk setiap ahli .. 5 ahli untuk kumpulan 1 dan 5 ahli untuk kumpulan 2 , bermakna ia akan jadi 2 poll ..

aku nak masing masing buat poster untuk diri sendiri dan post kan kat blog masing masing untuk kempen ni. korang just backlink tempat untuk undi je  , tak payah lagi letak header blog aku sebab sekarang hak masing masing untuk kempen .. blog korang di separuh akhir sekarang . kempen habis-habisan . aku bagi masa 17 jam untuk kempen dan undi …

Yang layak masuk ke peringkat akhir adalah undian paling banyak dari setiap kumpulan .. yang hanya ke peringkat akhir adalah 2 orang sahaja .. ini bermakna 8 orang akan tersingkir di peringkat ketiga ini..

Peringkat akhir

Yang ini aku akan tunggu kedua-dua peserta sebab nak ikut masa dorang , takut kalau mereka kerja ke , ade kenduri ke . nanti tak sempat pula nak update blog . kalah pula di kira tidak adil . so aku akan pastikan mereka berdua betul-betul free .. Aktiviti untuk peringkat akhir masih di rahsiakan .. tunggu ye ..

Ada perubahan hadiah .. baca betul-betul ya ..

  • 10 peserta yang tersingkir pada peringkat pertama akan mendapat hadiah “review blog dari blog Datin Tyka” .. 2 kumpulan maknanya 2o blog untuk direview ..
  • 5 peserta yang tersingkir pada peringkat kedua akan mendapat cenderahati dari Sarawak .. 10 peserta akan mendapat cenderahati ini ..
  • 4 peserta yang tersingkir pada peringkat ketiga akan mendapat promote blog korang di blog ini dengan munggunakan banner 125×125 untuk SETAHUN .. 8 banner akan dipromosikan di blog Datin Tyka..
  • Naib Juara mendapat 1 tiket wayang Transformer 3
  • Juara mendapat 2 tiket wayang Transformer 3

Related posts:

  1. Segmen : BLOGundi
  2. Nak 20 Blogger Lagi
  3. Beri Pendapat Tentang Header
  4. Kisah Angry Birds

Tags: , , ,

4 Responses to “Cerita Penuh Tentang BLOGundi”

  1. July 5th, 2011 at 10:10 am

    stalkerz says:

    bila nk mula ni…hehehhehehehehe

  2. July 5th, 2011 at 10:20 am

    admin says:

    dah bole mula.. sila la kempenkan diri ye.

  3. July 5th, 2011 at 9:30 pm

    eqbalzack says:

    salam tyka…
    sangat2 menarik dan abg eq suka blogger ada idea mcm ni…
    eqbalzack recently posted..limited edition badge…nak tak?!

  4. July 5th, 2011 at 11:40 pm

    admin says:

    wasalam .. terima kasih abg eq

Leave a Reply

CommentLuv badge
:D :) ^_^ :( :o 8O :shock: 8) ;-( :lol: xD :wink: :evil: :p :whistle: :woot: :sleep: =] :sick: :straight: :ninja: :love: :kiss: :angel: :bandit: :alien: