Misteri Jam 12

by admin on June 30, 2011 · 15 comments

Assalamualaikum ,

mungkin ada perasaan yang aku post di FB tentang Misteri Jam 12 ni kan.. sebenarnya ini adalah rancangan radio di Singapore .. kalau pergi Singapore tu buka lah rancang 89.7 ye ..nama DJ tersebut DJ KC …

Kenapa aku suka sangat dengar rancangan ini ?

Sebabnya rancangan ni rancangan paling seram , sampai terbayang-bayang di buatnya .. sebelum aku dengar radio online pukul 12 aku akan pastikan aku dah pergi tandas .. sebab nanti dah lepas dengar confirm tak nak pergi tandas .. rancangan ini khas untuk orang yang ada pengalaman tentang alam misteri contohnya histeria ke , hantu masuk dalam badan ke , hantu dekat tandas ke .. hantu dekat dalam lif ke .. macam macam kita boleh dengar dari orang yang dah terkena kacauan hantu ni ..

Boleh meremang la juga di buatnya .. ada satu masa tu aku dekat Singapura , aku balik dalam pukul 1.30 pagi macam tu , sebelum tu aku dengar Misteri Jam 12 ni la .. sampaikan aku naik rumah pakcik aku naik lif tutup mata je .. seram dia sampai terbawa-bawa..

Aku tahu rakyat Malaysia atau rakan blogger-blogger tak pernah dengar Misteri Jam 12 ni kan .. jadi aku nak kongsi dengan korang lah .. aku kat sini (Malaysia) dengar guna on9 .. klik >> SINI << untuk mendengarnya ..

Setiap hari Isnin hingga Jumaat sahaja tau.. memandangkan hari ni hari Khamis malam Jumaat , mesti jadi lebih mencabar kan .. he he ..

Selamat mendengar semua , kalau korang rasa taku dan seram jangan salahkan aku pula ..

{ 15 comments… read them below or add one }

foreverlove June 30, 2011 at 6:53 pm

macam best je.. huhu.. suke2
foreverlove recently posted..Lepas Gastrik, Sakit Kepala Pulak

Reply

admin June 30, 2011 at 10:59 pm

hehe nnt try dengar tau. best

Reply

cikpuanWani June 30, 2011 at 7:02 pm

Nak try dengar malam ni :) cikpuanWani recently posted..segmen dan jom dapatkan 1000 follower bulan ini

Reply

admin June 30, 2011 at 10:59 pm

boleh bole. mmg best. huhu.. selamat mendengar

Reply

Eja RotiKeju July 1, 2011 at 12:18 am

hye tyka..da follow awk..=)

nk try dgr jgk laa…xtau la esk jd histeria..huhu..

Reply

admin July 1, 2011 at 10:48 am

ok thanksn nnt tyka follow blek k ..

wah histeria? hakhak

Reply

azel cak July 1, 2011 at 12:39 am

patut selalu tak dapat je channel kat henset
hahaha … ciss
tapi selalu singgah kat blog misteri tuh
seram gak bila baca ~
azel cak recently posted..Ada Saja Tak Kena Hari Nih !

Reply

admin July 1, 2011 at 10:48 am

a ah channel xdpt kene dengar radio .. seram kan. he he

Reply

a z r y July 1, 2011 at 1:15 am

wahhhhh .. tengkiu bagi link untuk dengar MJ12 online . aku memang selalu dengar MJ12 masa belajar kat pontian dulu . haha .. :D a z r y recently posted..Happy 19th Birthday ! :D

Reply

admin July 1, 2011 at 10:49 am

he he .. selamat mendengar tau ..

Reply

firdaus hashim July 2, 2011 at 12:43 am

Tak nak dengar…
hahahha…

Reply

admin July 2, 2011 at 1:41 am

tanak dengar sudah.. wekk

Reply

Alia July 2, 2011 at 3:52 pm

err, berani nye kauu !
Alia recently posted..Awak ! Kenapa kita menangis ?

Reply

admin July 2, 2011 at 4:45 pm

tak ada la berani sangat. takut juga aku dengar nya

Reply

catdog June 29, 2012 at 10:00 pm

Ishhh…. Takut la nak dengar. My cousin, aunty, uncle, nenek, atuk kat Sg pun tak brani nak dgr cerita2 seram tu. Gler kau mlm2 mlm buta nak dgr radio tu. Siapa lahh yang brani nak buka radio tu mlm2 buta. Orang lain nga tidur kat katil yang kita ni dgr radio cerita2 seram. Naik bulu roma. Tak pasal2, bila kau buka radio online tu, sedang khusyuk kau dgr, tiba2 tak sedar, kau menjelma kat kawasan perkuburan. Haha. MisteriJam12! Tiada siapa yang boleh mengesahkan kebenarannya! Wuwahahahaha~

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

Previous post:

Next post: